RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, October 8, 2011

"Wordless saturday : miss you || preview manuskrip baru "

ps: mood siapkan manuskrip...
sedikit sedutan bab manuskrip baru...

                           BAB 5
“ Dah jumpa apa yang dicari? ”.
Afrina tersentak seketika sebelum menoleh ke sebelah. Wafi terkebil-kebil memandang Afrina yang muka dah macam nampak hantu.
“ Kenapa..?”. tanya Wafi hairan. Afrina meletakkan buku yang dipegangnya ke rak tempat asal.
“ You scared me..”. Afrina menjawab perlahan. Wafi mengerutkan dahi. Dia mengintai buku yang diletakkan semula oleh Afrina. The Hungry Moon by Ramsey Campbell. Patutlah pun.
“ Kenapa ambil buku tu?”. Wafi menjeling Afrina yang leka membaca judul buku-buku di rak sebelah.
“ Hmm...?”.
Wafi mencapai novel seram tersebut lalu membaca sinopsis pada kulit belakang novel tersebut sebelum meletakkan kembali ke rak. Dia melangkah mendekati Afrina yang sedang sibuk mengeluarkan-letak balik buku ke rak secara rambang. Entah apa yang dicarinya dari tadi.
“ Kenapa tengok novel tadi?”. Wafi bertanya lagi.
“ Novel mana...?”. Afrina buat-buat tanya. Tangannya menarik keluar novel Narnia 4 : The Magician's Nephew. Matanya merenung sinopsis di bahagian belakang novel berkulit keras tersebut. Kalau hendak diikutkan hati, dia bukan minat sangat dengan siri Narnia ni. Memadai dengan menonton filemnya sahaja. Setakat ini, novel Harry Potter dan Twiligh masih menduduki carta teratas dalam senarai ‘ Buku Paling Digemarinya’.
The Hungry Moon by Ramsey Campbell.....” Wafi menjawab sambil meneliti koleksi novel di bahagian rak ‘ Novel Bahasa Inggeris “ itu.
“ Saja...” Afrina menjawab malas. Tangannya memasukkan kembali novel Narnia ke tempat asalnya semula. Dia kemudian berjalan perlahan-lahan sambil tangan menyentuh buku-buku di sepanjang rak tersebut. Menghabiskan masa di kedai buku memang merupakan hobi yang tidak dapat dikikisnya sejak dahulu. Dia boleh menghabiskan masa satu hari suntuk di kedai buku hanya untuk meneliti buku-buku yang terdapat di situ. Selalunya kalau dia tak ada rancangan ke mana-mana, memang dia akan menghabiskan masa di kedai buku, membaca buku yang dibelinya di situ juga. Dulu masa mula-mula sampai di perpustakaan universiti, nak nangis rasa apabila melihat pelbagai jenis buku yang berada di dalam perpustakaan yang paling besar pernah dilihat oleh dia seumur hidup. Jangan tak tahu, koleksi novel Harry Potter dan buku-buku karya Harun Yahya pun ada dalam simpanan perpustakaan universiti tersebut. Dia sukakan bau buku-buku lama dan baru. Baginya, itu merupakan antara terapi yang menenangkan.
“ Lepas tu tak boleh tidur malam....”.  Afrina tersedar. Hampir terlupa yang Wafi masih berada di sisinya. Entah apalah yang dibebelkan oleh lelaki itu. Afrina senyum sendiri.
“ Senyum pulak orang cakap...”. suara Wafi menusuk gegendang telinganya. Apalah masalah orang tua ni. Hishh.
“ Apanya?”. Afrina mengalah. Dia memusingkan badan memandang Wafi yang sedang meneliti buku-buku disitu.
“ Novel tadi...horror novel tadi...sejak bila berminat dengan novel-novel genre macam tu?”. Wafi akhirnya meletakkan buku yang dipegangnya ke rak. Matanya memandang wajah Afrina.
“ Tertengok...macam menarik...”. Afrina menjawab malas.
“ Lepas tu, kalau tak boleh tidur malam...jangan cari saya...”. Wafi menjawab sambil menarik keluar novel Narnia yang dikeluarkan oleh Afrina tadi. Afrina mengerutkan dahi.
“ Fine...saya takkan cari awak lagi kalau saya tak boleh tidur malam...”. Afrina menjawab keras sebelum berlalu dari situ menuju ke rak novel yang menempatkan novel bahasa Melayu. Wafi hanya tercegat disitu memandang Afrina yang gaya dah macam merajuk-tarik muka empat belas. Wafi mengeleng kepala sambil tersenyum. Dia menarik keluar novel inggeris di rak tersebut sebelum menuju ke kaunter. Afrina hanya menjeling dengan ekor mata, melihat Wafi membayar harga buku entah apa. Seketika kemudian, Wafi berjalan menghampiri Afrina yang berpura-pura khusuk membaca sinopsis novel ‘ Bukan Kembar Tapi Sama’.
“ Ada benda nak beli ke? Kalau tak ada...boleh kita balik sekarang?”. Wafi bertanya. Afrina hanya mendiamkan diri.
“ Awak...?”. Wafi bertanya lagi. Buat senyap pulak budak ni. Hishh.tak faham betul. Wafi menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Whatever...”. Afrina membawa novel tersebut ke kaunter untuk membayarnya. Hajat hati nak cari novel lain, tapi novel lain pula yang dibelinya. Gasaklah. Setelah membayar, Afrina segera keluar dari kedai tersebut tanpa menoleh ke belakang. Wafi tergesa-gesa mengekorinya dari belakang.
“ Awak...tunggulah....nak pergi mana laju sangat tuuuu....?” Wafi bersuara dari belakang. Afrina memperlahankan langkah kakinya namun masih enggan menoleh ke belakang. Marahnya pada lelaki itu masih bersarang di dalam hati. Terasa hatinya tatkala mendengar kata-kata lelaki itu. Mungkin dia banyak menyusahkan lelaki tersebut. Masakan tidak. Asal tak boleh tidur malam. Lelaki itulah yang dicarinya hatta jam menunjukkan waktu pukul tiga empat pagi. Walau selewat mana pun, pasti Wafi akan mengangkat telefon menjawab panggilan dan menemaninya sehingga dia tertidur. Namun, tak sangka pula perkara tersebut hanya menyusahkan Wafi. Baru kini dia tahu.
“ Awak nak kejar siapa yang jalan macam puting beliung tu..?”. Wafi akhirnya berjaya menyaingi Afrina. Afrina hanya mendiamkan diri. Dia menguatkan volume MP3nya yang diletakkan di dalam poket. Wafi turut mendiamkan diri. Sepanjang perjalanan pulang itu, hanya bunyi engin kenderaan yang bertali arus sahaja yang menemai mereka. Perjalanan dari kedai buku tersebut ke kolej kediaman tidaklah jauh sangat. Memadai sahaja dengan berjalan kaki. Keadaan Afrina yang hanya mencuka dan mendiamkan diri melayan perasaan itu membuatkan Wafi turut mati kutu. Membiarkan gadis itu melayan perasaannya sendiri sementelah dia turut kepenatan menemani gadis tersebut di kedai buku tersebut. Masakan tak penat. Hampir sepetang betapa di kedai tersebut. Lepas sahaja habis latihan bola keranjang pagi tadi, terus gerak ke kedai buku tersebut bersama Afrina. Kata Afrina nak cari novel baru. Bosan tak ada bahan bacaan. Alih-alih merajuk pulak budak ni.
“ Wafii.....”
Afrina dan wafi menoleh serentak ke belakang. Mata mereka tertumpu ke arah Khairul, teman sebilik yang juga merupakan senior Afrina.
“ Bro....”.
“ Ler.....aku ingat hal penting apa yang kaucakap tadi....rupa-rupanya....”. Khairul melirik matanya ke arah Afrina yang dah kerut dahi memandang Wafi dan Khairul di sebelah.
“ Biasalah...nanti aku text replacement’s time and place, tapi malam ni jugak..takut tak sempat siap...” Wafi menjawab sambil kedua-dua belah tangan menyeluk kocek. Santai.
“ Okey...aku pun ada awek..so aku faham....” Khairul menganggukkan kepala macam burung belatuk. Afrina dan buat muka pelik. Tangannya menarik keluar sebelah earphone.
“ Ehemm...okeylah..jumpa kat bilik...”. Wafi menepuk belakang badan Khairul.
“ Wokey...take care Afrina...”. Khairul menjawab sambil tersengih memandang wajah Afrina. Mereka hanya memandang belakang badan Khairul yang bergerak menuju entah ke mana. Afrina memandang Wafi yang masih merenung Khairul dari belakang.
“ Apa maksud abang Khairul tu?”. Afrina bertanya sambil mencabut sebelah lagi earphone lalu dimasukkan MP3nya ke dalam beg sandang. Wafi mengalihkan pandangan ke arah Afrina.
“ Tak ada apalah...”. jawab Wafi sambil melangkah masuk ke kawasan kolej kediaman. Afrina mengekori dari belakang.
“ Jangan tipulah...mesti ada sesuatu..”. Afrina masih berdegil. Langkah Wafi terhenti. Afrina turut terhenti.
“ Cik Afrina...tak ada apa-apa...boleh kita pergi ke kolej kediaman awak supaya saya boleh hantar awak balik dengan selamat..?”. Wafi bertanya lemah. Penat barangkali. Namun Afrina hanya memeluk tubuh berdiri tegak di situ, dengan raut wajah berdegilnya. Wafi mengeluh perlahan.
“ Fina...sepatutnya tadi saya ada perjumpaan dengan coursemate yang lain...untuk bincang tentang projek Numerical Analysis...esok ada perbentangan...tapi saya dah batalkan..maksud saya, saya dah tunda ke malam ni..kerana nak temankan awak pergi kedai buku....get it?”. Wafi menjawab. Afrina hanya tegak berdiri macam patung tatkala mendengar penerangan Wafi tersebut. He canceled his meeting just because of me?!
“ Ni kenapa pulak dah rupa macam patung kencana diam membisu seribu bahasa pulak ni?”. Wafi bertanya sambil meraup muka. Letih.
“ Awak canceled perjumpaan awak hanya...hanya semata-mata nak temankan saya....?”. Afrina bertanya perlahan. Sangat perlahan sehingga Wafi terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada setiap patah-patah kata gadis tersebut. Ahh...sudah.
“ Tak juga...saya memang nak pergi kedai buku tu...nak cari sumber tambahan...awak tahulah...bukan senang nak skor subjek tu...”. Wafi menjawab, cuba menyedapkan hati Afrina yang dah gaya macam nak menangis tu. Afrina memandang wajah Wafi.
“ Awak tahu...awak memang tak pandai menipu....”. Afrina berkata sambil menarik nafas panjang. Memang betul agaknya. Dia dah banyak menyusahkan lelaki tersebut.
“ No wonder kadang – kala awak rasa saya ni menyusahkan awak...sikit-sikit cari awak, ada masalah sikit, cari awak..tak boleh handle masalah sikit..cari awak jugak..sama juga dengan tak boleh tidur malam...awak jugak mangsanya.........”.
Wafi mengerutkan dahi. Patutlah monyok je masa dalam perjalanan nak balik tadi. Merajuk rupanya. Wafi tersenyum sendiri.
“ Dahlah awak...saya tak kisah pun..lagi pun saya memang suka je kalau awak ada apa-apa masalah cari saya....dan bukan cari orang lain...bagi saya tu satu penghargaan...”.
Afrina mencebik. “ Perli ke?”. Afrina bertanya. Wafi hanya ketawa.
“ Awak sendiri yang cakap yang saya tak pandai menipu..so, apa kata awak gunakan tongkat sakti elder tu untuk buktikan yang saya ni bercakap benar atau tidak? Atau awak nak guna serum bercakap benar profesor snape? Saya ada sikit dalam poket ni......”
Afrina mencebik sebelum ketawa kecil. Habis semua term dalam buku Harry Potter keluar.
“ Fine...but why...?”. Afrina bertanya. Wafi hanya mengangkat bahu. Afrina mengecilkan mata memandang Wafi yang seolah-olah enggan menjawab pertanyaan tersebut.
“ Dahlah...dah lewat ni...jum saya hantar awak sampai depan kolej kediaman awak...lagipun malam ni saya ada perjumpaan tu...”
Afrina hanya mengangguk sebelum turut melangkah menuju ke kolej kediaman Walinongsari.
“ Mesti abang Khairul fikir saya ni seorang yang teruk...pasal saya, awak terpaksa rearrange semula perjumpaan tersebut..dahlah presentation tu esok...sempat ke?” Afrina masih lagi bertanya.
“ Awak tahu...saya selalu je terasa dengan awak...tahu...”. Wafi berkata sambil memandang sekumpulan pelajar tahun satu bermain sepak raga di gelanggang berhadapan dengan kolej kediaman Putra. Afrina menoleh pantas ke sebelah.
“ Kenapa..?”.
“ Semua senior lelaki awak panggil ‘ Abang’......tapi kat saya, takde pun awak nak panggil macam tu...”.
Afrina ternganga seketika sebelum sedar yang rahangnya dah jatuh beberapa inci.
“ Whattt...?!!.”
“ Betul apa....kalau ikutkan persamaan matematik..senior= abang, saya....”. wafi menunjuk pada dirinya sebelum menyambung. “......senior....so, u should call me abang jugak apa...abang Wafi....macam yang awak panggil abang Khairul, abang Shahrul....abang Ahmed..blah..blah...”. Wafi berkata sambil membuat gaya lembut. Afrina membuat muka hendak muntah.
“ Geli aa...”. Afrina menjawab pura-pura menjeluak.
“ Betul apa...awak tak berlaku adil pada saya....”. Wafi bersuara berpura-pura sedih. Afrina mengelengkan kepala.
“ Merepeklah awak ni..dahlah...saya nak masuk...” Afrina melangkah menuju ke lorong masuk kolej kediaman siswi itu.
“ Afrina.....”.
Afrina menoleh. Dia mengangkat kening. Wafi mengangkat bungkusan plastik, mengisyaratkan supaya Afrina datang semula ke arahnya.
“ Apa lagi...?”.. afrina melangkah malas. Penat nak tidur.
“ Nah..”. Wafi menghulurkan bungkusan tersebut.
“ Erkkkk....apa ni..?”.
“ Just take it...” Jawab Wafi sebelum bergerak menuju ke kolej kediamannya pula. Afrina hanya tercegat di situ. Tangannya membuka bungkusan tersebut. Rahangnya hampir jatuh apabila melihat isi kandungan bungkusan tersebut.
Matanya merenung silih berganti di antara Wafi yang sudah hilang daripada pandangan dengan isi bungkusan tersebut. Tangannya menyentuh isi bungkusan tersebut. Matanya membaca patah-patah perkataan yang tertera di bahagian hadapan isi bungkusan tersebut. Senyum terukir di bibir. Novel PS, I Love You hasil tulisan Cecelia Ahern sudah menjadi miliknya. Dia membuka kulit novel berwarna biru tersebut. Matanya membaca tulisan tangan yang sangat dikenalinya.
‘......Friend is compulsory, love is necessary------ Wafi......”

0 140 tukang karut:

Post a Comment