RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, October 13, 2011

Setem Peti Pos


Tanggal 10/10/11, Pos Malaysia melancarkan edisi khas setem Peti Pos sempena Minggu Setem 2011. Special jgk sbb kali ni ada setem lekat sendiri atau disebut "stiker". Mean xperlu guna gam dah, kita tampal jer mcm tmpal stiker. Bagi pengumpul setem, dengan harga minimum RM12 anda akan mendapat:
1) Sampul hari pertama
2) Booklet ttg sejarah peti pos di Malaysia
3) 5 keping setem berbeza design yg berharga RM 1 setiap satu.
4) 10 keping setem dengan 5 design berbeza yg mana setiap satu berharga 60 sen.

Peti pos yang dipaparkan dalam setem keluaran ini mengambarkan perkembangan reka bentuk peti pos dari zaman pemerintahan British sehinggalah era kemerdekaan, kemudian menuju ke Malaysia terkini. Ia juga memaparkan kepelbagaian reka bentuk peti pos yg menarik. Peti pos ini terdapat di seluruh Malaysia tetapi kebanyakkan telah diganti oleh peti pos terkini.

Peti pos yang terpilih dalam keluaran ini ialah:
  • Peti Pos Bukit Bendera, Pulau Pinang
  • Peti Pos Bukit Fraser, Pahang
  • Peti Pos Melaka Bandaraya Bersejarah
  • Peti Pos Seremban, Negeri Sembilan
  • Peti Pos Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur

Sejarah Peti Pos
Peti pos adalah peti yang digunakan oleh orang awam untuk meletakkan surat yang hendak dihantar keluar yang akan dikutip bg pengeposan oleh perkhidmatan pos ssbuah ngara. Di Malaysia, surat dikutip, diproses dan dihantar oleh perkhidmatan pos nasional, Pos Malaysia Berhad.

Terdapat pelbagai jenis peti pos di Malaysia seperti:
  • Peti pos yang diletakkan dengan tiang lampu
  • Peti pos yg berdiri bebas atas tanah
  • Peti pos yg ditanam dlm dinding or tiang batu
Seperti perkhidmatan pos lain, Pos Malaysia mempunyai peti pos yg berlainan utk jenis surat yg berlainan. Cth spt surat biasa, Mel Udara, PosEkspress dan juga surat biasa mengikut poskod.Peti pos diseluruh dunia dicat dengan pelbagai warna spt merah, hijau, kuning dan hitam. Namun di Malaysia, semua peti surat dicat merah kec PosEkspress yg dicat kuning. Peti pos pada awalnya dikeluarkan di Great Britain dengan memaparkan huruf pertama pemerintah pada masa itu beserta mahkota ataupun jata.

Butiran Teknikal
Tema: Peti Pos (Post Box)
Tarikh keluaran: 10 Oct 2011
Nilai setem: RM 1 (5 rekaan)
Nilai sampul hari pertama : 50 Sen
Nilai buku setem : RM 6.00 (5 rekaan x 2 keping x 60 sen)
Folder : RM 5.50

Kertas : SPM Watermarked, Phosphor Coated Printing
Printing Process : Lithography
Printer : Joh. Enschede Secure Print, Netherland
Stamp Designer : Hazel Design Sdn Bhd

Lampiran
1) Sampul surat hari pertama

2) Setem RM 1 ( 5 design)
Setem ini memamaparkan peti pos asal yg masih digunakan. Peti2 pos ini juga mmpunyai logo asal pos pada zaman ia direka. Anda bleh pegi ke lokasi yg dicatatkan if nak tgk sendiri peti pos yg bersejarah ini.

Peti Pos dari kiri:
[Bukit Bendera, Bukit Fraser, Bandaraya Melaka, Seremban dan Pejabat Pos Besar KL]


3) Setem Stiker 60 sen (5 design)
Pun design mcm yg atas td, cuma ni harga 60sen. Lokasi 5 tadi masih dikekalkan.

Peti Pos dari atas:
[Bukit Bendera, Bukit Fraser, Bandaraya Melaka, Seremban dan Pejabat Pos Besar KL]





4) Stamp Sheet.
Ni bawah ni ada 20 keping stem jika anda berminat beli borong.
Sorotan Sejarah Perkhidmatan Pos
Untuk pengetahuan, sejak beroperasi pada tahun 1800 Pos Malaysia Berhad telah dijenamakan sebanyak 9x. ini bermakna terdapat 9 buah logo perkhidmatan pos bermula dari zaman penjajah British sehinggalah ke hari ini. Pada peringkat awal penubuhan perkhidmatan pos di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos hanya meliputi seluruh Malaya. Dulu, surat-surat disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Selain penggunaan setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat2 dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos. Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem2 India yang mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901.

2 140 tukang karut:

Triple R said...

As salam.

Hi, nur cahaya.
You memang collect setem ke?

I memang collect setem2 edisi/keluaran khas... malang nye I tak dapat membeli edisi pos boxes ini... so, I nak minta tolong.... You ade beli lebih tak setem2 ini? Kalau ade, you nak jual tak? I nak beli.... or kita tukar ngan koleksi2 I...

Kalau berminat, sila contact I di riza_rina@yahoo.com.

Thanks and regards.

Bezit said...

Hi Triple R...

I ada kumpul setem, tapi dulu2 lar. Skrg baru nak mula semula. Minta maaaf, setem ni I tak beli lebih. u cuba tengok dekat website lelong.com.my sbb mmg ada org yg jual, tapi harga 3x ganda lar.

Post a Comment