RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, November 9, 2011

Petua Nenek- Episod 1

1. Merawat Sakit Tekak
  • Sakit tekak boleh dihilangkan atau dielakkan dengan mengamalkan minum air tomato seminggu 3 kali.
  • Jika sakit tekak sewaktu bangun pagi, terus ke bilik air dan tepukan air sejuk di tengkuk anda. Insyallah kahak akan “longgar” dan mudah keluar.


2. Merawat Gusi Bengkak
  • Hancurkan umbut nenas dan campur dengan sedikit garam halus. Kemudian tampal pada gusi yang bengkak dan biarkan sehingga kering.


3. Segarkan Mata
  • Amik beberapa helai daun sirih muda dan cuci sehingga bersih. Kemuadian ramas dan masukkan ke dalam air suam. Tapis air tersebut dan rendam mata di dalamnya sambil mengerdipkan mata berulang kali.
  • Untuk mata terasa sejuk dan segar, gunakkan uncang teh yang telah digunakan. Tekapkan ke bahagian mata seberapa seketika.



4. Merdukan Suara
  • Perahkan limau nipis di dalam air suam. Campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Minum air ini pada pagi keesokan harinya sebelum gosok gigi atau berkumur.

0 140 tukang karut:

Post a Comment