RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, October 10, 2011

Menderma secara terang-terangan...boleh ker?


Kita selalu terdengar org kata, if nak sedekah, jgn terbuka tunjuk2 sbb nnt xdapat pahala. sebaliknya kena senyap2 smbunyi jgn org tau baru diberkati keikhlasan tu. tapi sejauh mana kebenarannya? Mari kita lihat ayat ini.

Surah Ibrahim, Ayat 31:

Maksudnya:
Katakanlah kepada hamba-hamba Ku yang beriman, "Hendaklah mereka mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya dan persahabatan.


Perkataan "menafkahkan" bermaksud "dermakanlah". Iaitu Allah berfirman supaya kita bersedekah sbhagian dari harta kita, xkira secara rahsia atau secara terang2nya. Jelas disini, adalah tidak menjadi kesalahan jika kita nak derma secara open or publisiti...betul tak? belum lg...

Ahli ulama bersependapat bahawa, tiada masalah kita nak sedekah secara terang2 atau scara sembunyi asalkan cara ini memberi manafaat kpd si pemberi sedekah. Jika kita selesa sedekah secara terang2 mendapat publisiti, maka go on lar. if rasa xslesa, better lar sedekah scara senyap2. Tapi ada syarat2nya...iaitu if kita nak derma scara terbuka, pastikan tidak timbul perasaan riak, perasaan nak menunjuk2 or ada niat nak dpt kredit dr sapa2 yg tgk tu. Jika kita derma secara terbuka dan amalan itu menjadi inspirasi n mendorong org lain utk turut menderma, maka inilah sebaik2nya. Contoh mudah, seorang guru sengaja kuarkan wang n beri sumbangan mcm nk menunjuk depan anak2 muridnya. Tapi niat guru ni utk jadi tauladan n berharap anak2 muridnya berasa terdorong utk derma jgk, maka ini lah yg dikatakan derma secara terang2 sprti yg dimaksudkan ayat ni.

Diharap penjelasan ni dpt memberi gambaran terhadap kekeliruan yg mgatakan xleh derma secara terang2 n dpt publisiti. Ia boleh, dengan syrt bukan nak raih pujian, tp bertujuan nak didik org skeliling. Niat di hati main peranan utama kat sini. so..marilah bersedekah di jalan Allah....wallahualam..

0 140 tukang karut:

Post a Comment