RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, October 30, 2011

" Bila ketawa hanya diganti dengan perkataan LOL.."

assalamualaikum,
selamat hari ahad, hari ni nak cakap pasal zaman kanak-kanak. kenapa tiba-tiba nak cakap pasal zaman kanak-kanak? kerana zaman kanak-kanak sangatlah best. tak ada tanggungjawab, tak ada masalah, tak payah serabut dengan kerja dan tak payah nak fikir pasal benda lain yang boleh memberikan tenanan mental kepada kita ;p. macam mana idea ni muncul? entahlah, cuma teringat pada my students. serius rindu pada mereka semua. memanglah masih lagI berhubung dengan mereka melalui facebook, cuma memang tak samalah. kalau depan2, boleh lagi sakat2 dan join venture gelak kuat2 dengan lawak mereka. cerita tentang gelak atau ketawa, kalau dulu masa kecil-kecil( sekarang perhaps?), kalau kita tengok benda lawak, mesti ketawa berdekah-dekah. tambah-tambah kalau main masa kecik-kecik, tak kiralah main apa pun, dulu aku selalu main galah panjang, baling-baling selipar, main getah dan macam-macam lagi, aku duduk kampung ( area askar), jadi memang sangatlah kreatif dalam mencipta permainan. dan kadang-kadang tu, main plak ikut musim, kalau time musim main badminton, semua pergi belakang rumah aku pasal ada satu tanah lapang yang boleh guna untuk main badminton, kalau main basikal, main kat depan umah aku pasal ada bukit bukau ( semua kat umah aku je..memang startegik kan..ekekekke..), kalau main galah panjang pun sama...dan yang selalu kitorang main ialah main getah atau main ibu ayam dengan harimau. ( bukan ibu ayam in a wrong way..kahkahkah), masa tu memang gelak kuat-kuat sampai sakit2 perut...tapi sekarang dah lain, i mean budak2 sekarang ni hidup macam dah tak fun. nak tahu kenapa? ni masa aku mengajar budak tingkatan empat dulu, dengar mereka bersembang. selalunya mereka akan speaking with each other ( mereka perempuan melayu okey), biasalah anak orang kaya semua, tak main cakap bm, blackberry sampai dua kat tangan.dengar mereka bercerita dan if ada yang kelakar, nak tahu diorang gelak macam mana? JUST SEBUT "LOL". kau bayangkan kalau macam kita tengok maharaja lawak lepas tu ada lawak tak boleh blah, orang lain akan gelak berdekah-dekah berguling-gulin, tapi mereka ni just sebut "LOL"= lots of laugh....adoiii, tak seronok betul hidup depa ni. alasan mereka cakap macam tu pasal malas nak gelak. aku tak paham, gelak pun boleh malas ke?lainlah tak ada mood ke apa...sampai sekarang aku tak paham..boleh try ni, jap g nak tengok maharaja lawak ulangan dan bila ada yang lawak aku just nak sebut "LOL" aci tak?kahkahkah...opss..."LOL" ;P

0 140 tukang karut:

Post a Comment