RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, December 1, 2011

Batu Kecubung (Amethyst)

Batu Kecubung merupakan sejenis kuarza dan dianggap permata yang sangat berharga sejak 3000 SM. Kebanyakan berwarna ungu pekat sehinggalah ungu pucat, kecubung cukup keras untuk digunakan sebagai alat mengikis/melapah/melelas dalam industri.

Disamping populariti komersial sebagai barangan kemas, kecubung ungu atau indigo ini dipakai bishop dan kardinal Kristian moden sebagai memperingati Jesus dan simbol keamanan.Tradisi ini berasal dari Zaman Pertengahan. Kecubung menjadi permata berharga sejak zaman purba berdasarkan rekod yang menunjukkan kecubung digunakan sebagai barang kemas dan cap mohor di Mesir dan Asia Kecil sejak 3000 SM. Berasal dari perkataan Yunani Purba “ἀ-“ (tidak) dan Methustos “μέθυστος” (mabuk), merujuk kepada kepercayaan bahawa batu melindungi pemiliknya dari mabuk. Orang-orang Yunani dan Rom kuno memakai batu kecubung dan membuat bekas minuman dengan kepercayaan bahawa ia akan mencegah mabuk.

[Klik untuk membaca artikel lengkap]


0 140 tukang karut:

Post a Comment