RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, November 21, 2011

Batu Pertama: Batu Delima (Ruby)

Batu Delima ‘dihargai’ sejak ratusan tahun dahulu lagi. Tersangat keras dan dengan kilauan bergemerlapan seperti bara api, batu delima kekal antara batu permata paling berharga di bumi.


Batu delima bukan sekadar cantik dan dihargai sebagai barang kemas, tetapi satu daripada material paling keras yang berguna dalam sektor industri.Delima digunakan dalam jam dan alat penguji ketepatan terutamanya laser di mana mereka dicirikan berdasarkan pancaran cahaya merah. Delima berada dalam kumpulan mineral aluminium oksida (corundum) Al2O3 bersama-sama Nilam (Sapphire). Delima banyak ditemui di Asia Selatan (Indian sub-continent) dan Selatan Asia Timur selain turut dilombong di Amerika dan sedikit di Eropah. Ciri istimewa Delima ialah kesan visual buruj (asterism) di mana pantulan cahaya menghasilkan corak gugusan bintang kesan kemasukkan cahaya. Kesan seperti jarum berkilauan akan kelihatan.

Berasal dari perkataan Latin, “ruber” yang bermaksud merah, sesuai dengan warna Delima di antara warna pink kepada merah darah. Warna merah ini disebabkan kehadiran unsur kromium. Kepekatan warna delima berbeza jika dilihat dari dari sudut atau sisi yang berlainan. Ini menyebabkan Delima asli sukar dikenal pasti warna sebenar mereka. Warna delima yang terang dan batu yang “clear” tanpa kotoran asing meningkatkan nilai harga sesebuah delima itu. Delima mempunyai kekerasan 9.0 pada skala Mohr menjadikannya tidak mudah tercalar atau rosak.


* Artikel lengkap sila rujuk gambar di bawah.

[Klik untuk pembesaran]



0 140 tukang karut:

Post a Comment