RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, October 18, 2011

BAB 8 : DUA JIWA SATU CINTA


                                                                             BAB 8


“ Saya rasa bab tiga ini dah ok, cuma saya nak awak perkemaskan lagi bahagian rumus ini, cuba buat dalam bentuk jadual supaya senang nak buat bandingan…dan kalau awak dah selesaikan bab ini, boleh terus buat untuk bab seterusnya iaitu Keputusan dan Perbincangan. Dalam bab ini mungkin akan makan masa untuk di siapkan sebab memerlukan banyak pengiraan berulang dan analisis..jadi saya bagi awak masa tiga minggu paling lama..” aku hanya mendengar dengan teliti segala kata-kata Puan Hawa itu, selaku penyelia aku untuk projek tahun akhir ini.

“ Baik Puan..saya akan cuba siapkan dalam tempoh yang puan tetapkan..ada apa – apa lagi? ” aku bertanya sambil menyambut huluran kertas A4 yang mengandungi bab tiga projek aku itu.

“ setakat ini tak ada apa-apa lagi..awak boleh keluar..”

“ terima kasih puan..” kataku sebelum keluar dari bilik puan hawa.

Aku menyeluk poket kanan seluarku apabila aku merasakan getaran telefon bimbitku. Aku mengeluarakan telefon bimbitku dan melihat pada screen. Azlan! Aku mengigit bibir bawah. Sudah hampir dua minggu dia tidak menghubungiku sejak kejadian di mall hari tu. aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut.

“ hello…andria…” kedengaran suara di sana. Begitu menusuk kalbu. Aku memejamkan mata. Cuba untuk mengumpul kekuatan.

“ azlan…” kata –kata itu yang hanya mampu keluar dari bibirku.

“ awak apa khabar? ” azlan bertanya lembut.

“ saya sihat…awak? ”

“ saya kurang sihat…”

Aku tiba-tiba berasa cemas. Aku berjalan menuju ke bangku kayu yang terletak di sebelah banggunan yang menempatkan bilik pensyarah.

“ awak kenapa? ” Tanyaku cemas. Terasa getaran pada suaraku.

“ saya….saya rindukan awak…andria…”

Aku terdiam seketika. Tidak mampu untuk berkata-kata.
“ hari tu awak pergi mana? Tiga hari saya call tak dapat ? Awak marah pada saya ke? ” azlan bertanya dengan nada sayu. Aku menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan.

“ saya ada program anak angkat di desa permai…saya…tak sempat bagi tahu awak…maafkan saya…”

Azlan hanya mendiamkan diri.

“ azlan…? ”

“ saya masih di sini…saya ingat awak dah tak nak kawan dengan saya lagi..sebab tu saya tak contect  awak dua minggu ni….tapi saya tak mampu….sebab tu saya call hari ni..”

Giliran aku pula mendiamkan diri.

“ Boleh kita jumpa ? ” azlan bertanya.

“ maaflah azlan…sekarang ni saya agak sibuk..jadi..” aku terdiam. Tak tahu nak cakap macam mana. Azlan turut terdiam.

“ tak apalah macam tu..take care..bye..andria..” kata azlan sebelum memutuskan talian. Aku tergamam. Tiba-tiba aku di serang rasa bersalah yang amat sangat. Aku melangkah ke dalam banggunan fakulti untuk menghadiri kelas seterusnya.

                                                               ****


Aku membelek-belek buku-buku di bahagian advanced statistic and probability. Hajat aku untuk mencari maklumat tambahan bagi menyiapkan bab empat projek tahun akhir aku. Puah hawa mengalakkan aku menggunakan buku-buku sebagai rujukan utama berbanding menggunakan rujukan pada internet. Dari satu rak ke satu rak aku lawati. Namun buku yang kucari masih tidak jumpa. Aku hampir berputus asa. Namun aku menggagahkan diri untuk berjalan ke rak seterusnya dengan harapan di situlah terletaknya buku yang kucari. Aku menarik sebuah buku tebal dan membelek-belek di bahagian index bagi memudahkan pencarian, namun aku terasa seperti gerak geriku di perhatikan. Aku menjeling sedikit di rak hadapan. Terdapat seseorang yang sedang membaca buku di rak bertentanganku. Buku di tangannya di angkat sehingga ke muka, menghalang pandangku padanya. Aku meneruskan pencarianku sambil berjalan untuk keluar dari rak. Tiba-tiba..

“ maaf..saya tak sengaja..” kataku sambil tunduk mengutip buku yang terjatuh di lantai. Aku bangun dan mendongak. Rasa nak jatuh rahang.

“ awak buat apa kat sini? ” suaraku naik seoktaf sehingga menarik pandangan beberapa pengunjung di perpustakaan itu.

“ saya nak jumpa awak…”

“ tapi kenapa awak datang sini? Macam mana awak boleh masuk sini? ” aku cuba menenangkan diri dan berkata sambil berbisik. “ awak tak sepatutnya berada di sini..”

“ siapa yang cakap ? ” azlan bertanya sambil menyandar pada rak buku tersebut. Kedua belah tangannya di seluk pada poket seluarnya.

“ sayalah yang cakap…macam mana awak boleh masuk sini ?”

Azlan menunjukkan kad pelawat yang tergantung di lehernya. Aku hanya memandang kad pelawat tersebut  sebelum mendongak memandangnya.

“ awak buat apa kat sini ? ” aku bertanya lagi.

“ kan saya cakap saya nak jumpa awak..i miss you…” azlan berkata perlahan.

Aku memejamkan mata. Tak percaya dengan apa yang terjadi.

“ anne….” . terdengar satu seorang menegurku dari belakang. Aku segera berpaling. Alamak.

“ hai ju…” aku menyapa lemah.

“ anne…? ” Julia mengangkat kening memandangku.

“ ju…ni kenalkan..azlan…azlan..kenalkan..ni roommate saya…julia..”.

“ hai..nice to meet you..” azlan berkata sambil tersenyum.

“ hai..nice to meet you too…jadi inilah azlan ye..not bad..” Julia tersengih memandangku. aku menjelingnya tajam.

Azlan mengangkat kening memandangku dan Julia.

“ well…anne ada cerita pasal awak..dari situ saya kenal awak..” Julia menjawab tanda tanya yang di tunjukan oleh azlan. Aku membulatkan mata memandang Julia.

“ oh…saya tak tahu yang andria ada cerita pasal saya pada awak..” azlan memandangku dengan pandangan matanya yang redup itu. Aku mengetap bibir.

“ andria…? ” Julia memandangku penuh bermakna.

“ ek…tak apalah ju..aku ada hal nak cakap dengan azlan..jumpa kat bilik nanti..” kataku menarik hujung baju azlan, mengisyaratkannya mengikutku keluar.

“ he’s handsome…” Julia sempat berbisik kepadaku. Aku menjulingkan biji mata.

“ so..awak nak apa datang cari saya sampai ke sini? ” aku bertanya setelah lama membisu. Mataku halakan pada pengunjung café mutiara itu.

“ andria….”.

Aku mengalihkan pandangan ke wajah azlan sebelum tunduk. Kenapalah aku lemah betul dengan pandangan matanya yang redup itu.

“ awak marahkan saya ke? ” azlan bersuara lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Masih menundukkan kepala.

“ andria…saya tanya ni…boleh tak awak pandang saya sekejap…”

Aku melepaskan keluhan berat sebelum mengangkat muka perlahan-lahan.

“ tak..saya tak marah awak..kenapa pulak saya nak marah awak..” aku menjawab lemah.

“ baguslah kalau awak tak marah..senang hati saya dengar…”

Kami kemudian masing-masing mendiamkan diri. Melayani perasaan sendiri. Mataku halakan pada pintu utama. Melihat pengunjung yang keluar masuk ke café tersebut. Rata-rata pengunjung café mutiara ini merupakan pelajar. Café yang berdekatan dengan perpustakaan ini memang menjadi tumpuan pelajar.

“ hujung minggu ni hari jadi saya yang ke 25..” azlan memberitahu tanpa di tanya. Aku memandang tepat pada wajahnya.

“ mama ada buat majlis sikit…jadi..saya harap awak dapat datang…”azlan berkata lagi.

Aku mengerutkan dahi berfikir.

“ perlu ke saya datang? ” aku bertanya perlahan.

“ saya mengharapkan awak datang..tu pun kalau awak tak sibuk…”

“ kalau saya datang..boleh saya bawa teman? ”

Azlan mengerutkan dahinya memandangku.

“ siapa? ” dia bertanya berat.

“ Julia…roommate saya yang tadi tu…”

Azlan tersenyum hampir kelegaan. Aku pulak yang berkerut. Aik..tadi muka macam sawi sejuk je.

“ sure…saya jemput awak dekat hostel awak…”

“ eh..tak apa..saya pergi dengan Julia..dia ada kereta..” aku menolak. Sampai ke hostel pulak dia cari aku nanti. Azlan hanya tersenyum.

“ tak apa..awak tetamu saya, saya akan datang jemput awak pukul 8.00 malam..awak dan kawan awak..”.

Aku mengigit bibir. Macam mana nak tolak ni.

“ tak apalah..saya balik dulu..maaf menganggu awak..”. azlan bangun diikuti aku. Aku menghantarnya sehingga ke tempat letak kereta. Mataku hampir terbeliak. Lelaki ni datang sini naik limo?

“ jumpa lagi…andria…”. Kata azlan sebelum masuk ke dalam kereta. Kemudian pemandu peribadinya masuk ke tempat pemandu dan mula bergerak meninggal kawasan kampus. Aku hanya tercegak berdiri di situ, memerhati limo itu bergerak sehingga hilang dari pandangan.

0 140 tukang karut:

Post a Comment