RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, October 14, 2011

BAB 7 : DUA JIWA SATU CINTA



                                                            BAB 7

Aku memandang sekeliling. Kelihatan ramai pengunjung di Megamall City Center pada hari itu. Ada yang berpasangan, berkeluarga dan ada juga yang berseorangan. Aku menjeling azlan di sebelah yang menghirup koko panas kesukaannya itu. Aku mengeluarkan novel dari dalam beg sandangku, lalu kuselak ke halaman yang telah ku tandakan dengan book mark. Aku tengelam seketika dalam bacaanku. Azlan di sebelah masih melilau memerhatikan gelagat pengunjung yang berada di sekitar. Aku hanya membiarkan azlan melayan perasaannya. Aku teringat perbualan kami semasa kami baru tiba di sini sejam yang lepas.

“ awak tak pernah datang sini ? ” aku bertanya sambil melihat azlan yang memandang ke sekeliling itu. Kami memilih meja dan kerusi yang agak jauh dari keriuhan orang ramai.

Azlan hanya mengeleng kepala sambil matanya tak lepas memandang orang ramai yang berpusu-pusu itu. Terbit rasa simpati dalam hatiku. Kesian dia.

“ awak baca buku apa? ”

Aku mengangkat muka dari halaman novelku ke wajahnya yang menunjuk pada novel di tanganku. Aku menunjukkan muka depan novel tersebut.

“ ps: I love you..” jawabku sepatah.

“ best ke? Saya tak tahu awak layan novel cinta..”

“ bolehlah..sekali-sekala apa salahnya.” aku menjawab sambil tersenyum.

“ nak tengok? ”. aku menghulurkan novel berbahasa inggeris itu kepadanya. Dia menyambut dan membelek-belek. Kemudian dia menghulurkan kembali kepadaku.

“ cerita pasal apa? ” azlan bertanya.

“ hmm…cerita pasal suami isteri yang sangat bahagia..tetapi tiba-tiba satu hari suami dia meninggal dunia di sebabkan kanser otak….so isteri dia tak dapat terima hakikat dan tak ada semangat nak teruskan hidup…tapi satu hari isteri dia terima satu bungkusan yang mengandungi sepuluh pucuk surat dan perlu di buka dan di baca setiap bulan…dalam surat tu ada  arahan apa yang perlu di lakukan oleh isterinya dalam meneruskan hidup…dan setiap surat itu akan ada tulis  ps, I love you …”

“ sound nice..” azlan menjawab sepatah. Matanya  masih  memandangku. Aku  terdiam sambil berfikir.

“ pernah tengok wayang? ” aku bertanya.

“ nope…kenapa? ”

“ jum tengok wayang..saya belanja..” kataku memberi cadangan.

“ hmm..cerita apa?”

“ cerita ni..” kataku sambil menunjukkan tajuk pada novel karya Cecelia  di tanganku itu.

                       
                                                              ****


“ so..macam mana dengan cerita tadi? Best? ”. tanyaku kepada azlan setelah beberapa minit kami keluar dari panggung wayang. Azlan hanya mengangkat bahu sambil tersenyum.

“ boleh tahan, selalu kalau saya nak tengok movie macam tu, saya tengok kat rumah je..saya ada bilik khas untuk menonton movie..”

“ wow…you are so lucky..” kataku sambil memandang sekeliling.

“ sesetengah orang cakap, hidup saya sudah cukup sempurna..semua yang saya nak, saya akan dapat…walaupun mereka semua tak tahu keadaan saya..apa yang saya alami..” azlan berkata perlahan. Aku berpaling memandang wajahnya.

“ saya faham perasaan awak..sesetengah orang kadang kala tak faham perasaan mereka yang menderita ini, sepatutnya mereka bagi sokongan dan kasih sayang..” aku terdiam seketika sebelum menyambung. “…awak kena kuat semangat..saya yakin awak akan sembuh..akan jumpa jantung yang sesuai dengan awak…akan tiba masa itu..cuma awak kena banyak-banyak bersabar..”

 Azlan menoleh memandangku. aku hanya menundukkan kepala memandang lantai. Tidak mampu nak menetang pandangan matanya yang redup itu.

“ thanks…andria..selain mama, awaklah satu-satunya yang memahami saya..yang sudi berkawan dengan saya..saya sangat menghargainya…”.

Aku mengangkat mukaku kembali menatap wajahnya sambil tersenyum. Kemudian mataku memandang ke hadapan.

“ awak tahu..saya teringin nak main tu..” kataku sambil menunjuk kearah papan tanda Berjaya ice skating. “ tapi saya tak berani..”. aku menyambung lagi. Azlan memandang ke arah yang kumaksudkan.

“ awak nak main sekarang? Saya boleh ajarkan..” azlan menawarkan diri. Aku menoleh ke sebelah. Biar betul.

“ ek…saya..tak apalah…saya….”.

“ tak apa..jum..kita cari glove dulu…”. Azlan bangun mengajakku ke tempat yang di maksudkan. Aku hanya mengekori dengan berat hati. Yang gatal sangat pergi cakap tu kenapa.

“ awak dah sedia? ” azlan bertanya aku setelah kami masuk ke kawasan ice skating. Sejuk gila rasa.

“ bolehlah kot..” kataku sambil memegang bahagian tepi gelangang dan cuba meluncur perlahan-lahan. Mahu jatuh jugak aku ni karang.

“ cuba lepaskan tangan tu perlahan-lahan..” azlan memberi galakan. Aku lihat azlan agak cekap meluncur. Laju je aku tengok. Mengikut katanya, dulu masa kecik-kecik selalu jugak mama dia bawa pergi meluncur. Sekarang dah agak jarang memandangkan mamanya sibuk dengan urusan perniagaan perhotelannya.

“ saya tak yakin lagi nak lepas..” kataku jujur. Nak berdiri pun tak betul lagi.

“ here…take my hand..” azlan menghulurkan tangannya ke arahku. Aku hanya memandang. Alamak..macam mana ni.

“ tak apa..saya dan awak kan pakai glove ni…” katanya seolah-olah memahami keadaanku.

Aku menelan air liur beberapa kali sebelum menyambut tangan azlan. Azlan kemudian menarikku ke tengah perlahan-lahan supaya aku dapat berdiri dengan betul sebelum melepaskanku supaya aku boleh meluncur sendiri. Setelah hampir sejam, aku berjaya meluncur tanpa bantuan azlan. Aku berasa sangat seronok ketika meluncur, seolah-olah seperti terbang di angkasa. Terasa segala beban dan tekanan hilang begitu sahaja ketika aku meluncur laju mengelilingi gelanggang tersebut. Azlan hanya memerhati dari belakang. Sesekali kami meluncur secara beriringan. Keadaan gelanggang meluncur itu juga tidak ramai dengan orang, memudahkan aku untuk bebas bergerak kemana sahaja. Terasa seolah-olah akulah orang yang paling bahagia pada saat itu.

“ so..macam mana? Seronok? ”. azlan bertanya selepas kami keluar dari Berjaya ice skating. Aku di sebelah hanya mengangguk dan tersenyum.

“ yap..tak sangka skating ni lagi seronok dari yang saya bayangkan..seolah-olah macam saya terbang je..” kataku sambil berjalan menuju kearah kerusi di suatu sudut. Azlan turut mengekoriku.

“ saya seronok kalau tengok awak seronok…bahagia je rasanya…”

Aku memandang azlan di sebelah. Aku salah dengar ker?

“ andria…”. azlan memandangku. aku mengigit bibir bawah. Hatiku tiba-tiba berdebar dengan sangat pantas takkala mendengar dia menyebut namaku dengan begitu romantik sekali.

“ kenapa awak suka panggil saya andria? Belum pernah lagi orang panggil saya dengan panggilan itu, selalu orang panggil anne je..” aku bertanya, cuba mengubah suasana.

“ entahlah…bagi saya nama andria tu unik..bukan ramai orang melayu yang guna nama macam tu..siapa yang bagi nama tu pada awak?”

“ hmm…datuk saya..dia cakap andria tu berasal dari perkataan greek iaitu andrea..maksudnya pahlawan..”

“ oh..kira awak ni macam pahlawanlah ye?”

“ boleh kata macam tulah..saya pahlawan yang sanggup melindungi orang yang saya sayang..sanggup berkorban apa sahaja bagi memanstikan mereka bahagia..”

“ adakah saya termasuk dalam golongan orang yang awak sayang? ”

Aku membulatkan mata. Lidahku  tiba-tiba terkelu. Tiba-tiba suasana terasa panas.

“ek..aa…saya…saya..iya..awak kawan saya kan..jadi..err..kalau kawan mestilah saya sayang…” aku cuba menyudahkan ayat tersebut dengan susah payanhnya. Terasa panas wajahku. Aku menjeling azlan di sebelahku. Dia hanya menundukkan kepala.

“ hm…hanya sayang sebagai kawan? ” dia bertanya perlahan.

Aku berpaling ke sebelah memandangnya yang mengangkat kepala perlahan-lahan memandangku. Matanya  yang redup itu seolah-olah menikam pangkal jantungku. Aku berpura-pura membelek jam di tangan.

“ awak..saya nak balik dululah..dah lambat..lain kali kita jumpa lagi..” kataku sambil berdiri. Azlan mendongak memandangku. Aku  yang tak mampu nak memandang wajahnya hanya mampu memandang lantai.

“ andria…”

Aku memejamkan mata. Terasa lemas.

“ maaflah..saya betul-betul dah lambat..jumpa lagi ye.. bye..take care..” kataku sebelum berjalan laju meninggalkannya di belakang. Masih  duduk di bangku itu.

           
                                                                ****


Aku menarik nafas panjang dan melepaskanya perlahan-lahan. Hembusan bayu menampar lembut wajahku. Aku memandang ke sekeliling. Menikmati pemandangan hijau yang sangat menenangkan itu. Mataku halakan pada petak-petak sawah yang terbentang luas di hadapanku. Kelihatan beberapa orang tua, lelaki dan perempuan sedang menabur benih-benih padi pada tapak sawah yang di penuhi air itu. Kelihatan juga burung-burung yang terbang bebas di langit biru. Orang-orang yang di gunakan untuk menakutkan burung-burung juga turut kelihatan, melambai-lambai apabila di tiup angin, seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami ke desa ini.

“ minta perhatian semua..” kedengaran suara abang zul di hujung sana. Aku menoleh dan bergerak kearah abang zul dan yang lain. Kami baru tiba di desa permai untuk menjalani program anak angkat. Seramai empat puluh orang peserta yang mengikuti program ini dan kami akan berada di sini selama tiga hari dua malam. Program ini bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa dan mahasiswi kepada kehidupan desa dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama masyarakat. Program di bawah anjuran kelab belia dan sukan ini merupakan antara program yang paling aku nanti-nantikan.

“ minta perhatian semua..diminta semua peserta berkumpul di sini..sebelum kamu semua di bahagikan dalam kumpulan..” kata-kata abang zul itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berjalan menghampiri baizura dan Julia yang turut sama mengikuti program ini.

“ baiklah..ini merupakan senarai di dalam kumpulan mana kamu semua di tempatkan. Selepas ini boleh rujuk..dan tak lupa juga..siapa ibu dan bapa angkat kamu semua turut ada dalam senarai ini..” abang zul menghayun-hayunkan kertas di tangannya.

“ selepas kamu semua dah tahu kumpulan mana kamu berada, dan siapakah ibu dan bapa angkat kamu, sila berkumpul satu tempat, supaya senang saya nak lihat nanti..ok..boleh bergerak sekarang..” kata abang zul lagi sambil mengedarkan helaian kertas berwarna putih itu. Aku bergerak menuju kearah Julia yang sedang meneliti senarai tersebut.

“ kau kumpulan mana? ” tanyaku kepada Julia. Dia mengangkat muka memandangku.

“ kumpulan C…kau pun sama dengan aku..” Julia menjawab sambil meneliti senarai tersebut. Aku meneliti pula senarai untuk ibu dan ayah angkat. Aku turut di letakkan di bawah jagaan ibu dan ayah angkat yang sama dengat Julia. Sekurang-kurangnya ada kawan.

Setelah mengetahui kumpulan mana kami di letakkan, aku dan Julia bergerak kearah kumpulan tersebut. Setiap kumpulan terdiri dari lima orang dan ini bermakna terdapat lapan kumpulan. Kami berkenal-kenalan dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk kumpulan C iaitu kumpulan aku, terdapat tiga perempaun dan dua lelaki. Setelah semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing, kami kemudiannya di beri taklimat tentang perjalanan aktiviti selama tiga hari ini oleh abang zul.

“ anne…tolong bawak keluar  beg aku tu kejap..” Julia di belakangku bersuara. Aku menarik bagasi berwarna biru tua itu dari bawah bas. Mak oi beratnya. Isi apalah perempuan ni.

“ beratnya…kau isi apa dalam ni? Batu- bata ker? ” aku mengeleng-geleng kepala. Julia hanya tersengih.

“ tak adalah..adalah barang sikit..set makeup aku, shower form dan segala macam benda-benda perempuanlah..kau macam tak tahu aku tak boleh hidup kalau tak ada benda-benda tu..”

“ cik Julia sayang..kita ni kat kampung..yang kau bawak segala macam barang-barang semua tu nak buat apa..” aku mengomel. Julia hanya ketawa sambil mengangkat bahu.

“ jumlah gerak..mak ayah dah tunggu tu..” kataku sambil menjuihkan bibir pada pasangan separuh umur yang berdiri menunggu di bawah pokok mangga. Mengikut taklimat tadi, kami akan bergerak mengikut ibu dah ayah angkat masing-masing. Kemudian malam nanti akan berkumpul semula di dewan ini untuk acara seterusnya.

“ apa khabar..mak..ayah..” kataku sambil mencium tangan ibu dan ayah angkatku. Julia dan ‘anak angkat’ yang lain turut berbuat perkara yang sama.

“ khabar baik…jum ikut mak ayah balik..” kami pun mengikut mereka menuju ke kereta untuk pulang kerumah.

Aku bergerak ke sekitar bilik itu sambil mengerak-gerakan telefon bimbitku di tangan. Tiada liputan pulak. Aku mencuba beberapa kali. Namun gagal.

“ kat sini memang susah nak dapat talian telefon..” mak angaktku berkata sambil berdiri di pintu bilik. Aku segera berpaling memandangnya sambil tersenyum. Telefon bimbitku masukkan ke dalam poket seluar.

“ oh..iya ke..hm..tak apalah kalau macam tu..saya ingat nak call mak, takut dia risau..” jawabku sambil duduk di hujung katil. Julia masih di bilik air. Mak angkatku masuk dah duduk di sebelahku.

“ anne boleh guna telefon rumah mak je..” mak cik laila, iaitu mak angkatku itu berkata lagi. Matanya tak lepas memandang wajahku. Aku hanya tersenyum.

“ terima kasih mak, tak apalah..nanti kalau ada hal penting baru saya guna ye..”

“ anne bukan orang melayu tulenkan? ” mak cik laila bertanya sambil mengusap rambutku yang agak keperangan itu. Aku tersenyum lagi.

“ datuk anne orang belanda..tapi lepas dia berhijrah ke sini, dia kahwin dengan nenek. Nenek orang melayu..” jawabku lagi.

“ patutlah anne cantik macam anak mat saleh..”.

Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian Julia masuk ke dalam bilik, telah siap mandi dan menyalin pakaian. Mak cik laila bangun dan menuju ke pintu sambil berkata.

“ kalau dah siap mandi semua..turunlah ke dapur, mak ada buat minum petang sikit..”

“ baiklah mak..” Julia menjawab. Aku bangun untuk menuju ke bilik air. Hatiku agak gelisah kerana tiada liputan talian telefon. Bukan gelisah di sebabkan tidak dapat menghubungi ibu kerana aku sudah memberi tahunya awal-awal. Namun aku gelisah kerana aku tidak akan menerima sms dan panggilan telefon seperti selalu selama tiga hari ini.

                                                                ****


“ Ju…tunggulah aku kejap..jangan jalan laju sangat..”

“ cepatlah anne..kita dah lambat ni..” kata Julia sambil menyuluh lampu picit di tangannya ke arahku. Aku menghalang dengan tangan. Silau.

“ ni apa suluh-suluh orang ni..silaulah..”

Keadaan sekeliling terasa sunyi. Sekali-sekala hanya kedengaran bunyi unggas dan katak yang bersahut-sahutan. Aku berjalan rapat dengan Julia. Tanganku genggam pada hujung bajunya sambil mata melilau memandang sekeliling. Jalan yang gelap tanpa di terangi lampu jalan itu benar-benar menyeramkan. Di tambah lagi dengan bunyi-bunyi yang begitu asing bagiku, membuatkan aku terasa seram sejuk. Julia yang memegang lampu picit hanya mendiamkan diri sambil mata memandang ke hadapan. Kami dalam perjalanan ke dewan untuk aktiviti seterusnya. Ahli lain dah gerak dulu memandangkan aku tadi sakit perut. Banyak sangat makan tadi.

“ ju..kau dengar tak bunyi apa itu? ” aku berbisik di telinga Julia. Julia berhenti secara tiba-tiba.

“ bunyi apa? Aku tak dengar pun..”

“ tu..kau tak dengar ke? Cuba dengar betul-betul…”

Kedengaran bunyi ranting di pijak seolah-olah di belakang kami. Terasa mengeletar lutut aku. Aku tidak berani nak menoleh ke belakang. Kedengaran Julia cuba menarik nafas panjang sebelum berpusing perlahan-lahan kebelakang. Aku hanya memejamkan mata sambil turut berpusing.

“ mana ada apa-apa kat belakang ni anne..” kedengaran suara Julia memecah kesunyian. Aku membuka mata perlahan-lahan. Melihat kearah suluhan lampu Julia.

“ tak apalah…mungkin perasaan aku je kot..” aku berkata perlahan.

“ kau ni penakut sangat..dahlah..jum kita gerak..lambat dah ni..”

Tiba-tiba. Wuahhhhhhh!!!! Aku menjerit sekuat hati seolah-olah mampu di dengari oleh seluruh kampung. Julia di sebelah pun dah macam nak pengsan. Dia hanya mampu berpaut pada bahuku tanpa mampu untuk berkata-kata.

“ Haha…haha…lawaklah muka kau orang berdua…” kedengaran ketawa besar di hadapan. Aku membuka mata untuk melihat.

“ teruk lah kau ni faiz..nasib tak mati terkejut..” aku mengurut dada sambil memandang faiz dan saiful di hadapan.

“ kau ni memang nak kena tau..tak ada kerja lain ke? ” Julia menghempuk faiz dengan lampu picitnya.

“ ehh…sakitlah…aku gurau je..tu pun tak boleh..” faiz mengosok-gosok  bahunya.

“ banyaklah kau punnya gurau..aku dah rasa nak mati tadi tau..” Julia mencebik.

“ sorrylah..gurau-gurau je…kau berdua buat apa kat sini? ” giliran saiful pula bersuara.

“ nak pergi dewanlah..tadi lambat ada hal sikit..” jawab Julia sambil memandangku.

“ kau berdua kenapa pulak lambat? ” aku bertanya sambil memandang faiz dan saiful.

“ ni ha..si faiz ni..sakit perut pulak..terpaksalah tunggu dia..” saiful menjawab. Julia dah ketawa terkekeh-kekeh. Aku menjeling Julia di sebelah.

“ oh..samalah macam si anne..dia pun tadi sakit per…” Julia terdiam apabila aku menekup mulutnya.

“ kenapa? ” faiz bertanya sambil memandang kami berdua.

“ tak ada apa-apa..” aku menjawab. “ jumlah kita gerak..kang bising abang zul nanti..” kataku lagi sebelum kami semua bergerak menuju ke dewan.


                                                             ****


Aku membelek-belek telefon bimbitku. Cuba mencari liputan namun gagal. Sesekali aku membuka inbox dan membaca sms yang dikirimkan oleh azlan. Tiba-tiba terasa rindu pula pada dia. Kali terakhir berhubung dengan dia masa kat mall hari tu. Apa khabar agaknya dia ye. Lepas azlan bertanya soalan cepumas yang aku tak mampu nak jawab itu, terus dia tak hubungi aku. Aku nak datang sini pun tak sempat nak bagi tahu. Aku hanya mengeluh. Kejap lagi nak bertolak balik dah. Tak sabar nak balik kampus. Bukan sebab tak selesa berada di sini. Sangat selesa dan tenang. Malah lebih tenang dari town. Mak ayah serta orang kampung pun semua baik-baik dan peramah. Namun hati ini yang tiba-tiba merindui lelaki bernama azlan itu membuatkan tak sabar untuk pulang, bertemu dengannya, bersms dan bercakap dengan dengannya melalui telefon. Aku  pun tidak pasti kenapa aku berperasaan sebegitu. Sebelum ini aku tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki singgah di hatiku walau sekejap. Namun azlan lain. Mungkin keadaan dia membuat aku teringat pada angah.

“ hai…kenapa termenung tu? ” Julia yang sedang mengemas beg pakaiannya menyapa. Aku mendongak.

“ tak ada apa-apa..dah siap kemas?”

“ hampir siap…kau kenapa? Aku tengok sejak datang sini asyik gelisah je..tangan tu tak lekang dengan telefon..kau tunggu sapa-sapa ke? ” Julia duduk di hujung katil. Aku hanya mengeluh.

“ tak ada apa-apalah…”

“ iye ke ni? Aku tengok kau ni macam orang bercinta pulak..serba tak kena..kau ada apa-apa yang kau sorok dari aku ker? ”

“ tak adalah..betul tak ada..jangan nak provok aku lagilah..” aku bangun menuju kearah begku yang separuh terbuka itu.

“ anne..kita kawan dah dekat tiga tahunlah..aku dah kenal sangat kau tu…”

Aku memejamkan mata.

“ kalau kita asyik teringatkan seseorang tu..tandanya apa ye? ” aku mendongak memandang Julia. Julia terbeliak memandangku.

“ kau biar betul anne..” Julia turun dari katil dan duduk bersila di tepiku.

“ apa? ” kataku kaget dengan tindakan tiba-tiba Julia.

“ if im not mistaken..you are in love…” Julia berkata sambil tersengih. Aku terpana. Biar betul.

“ ish..gila apa..mana ada..kau ni pandai-pandai je..” aku meneruskan mengemas begku. Namun terasa debaran di dada semakin kencang.

“ anne…cuba cakap betul-betul dengan aku..apa kena dengan kau ni? Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan luar silibus macam tu kalau betul bukan kau yang tengah rindukan seseorang…? ”

Aku terdiam seketika. Aku pun sebenarnya tak faham dengan perasaanku sendiri.

“ entahlah..aku pun tak tahu…aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau..” aku berkata perlahan.

 “ siapa lelaki tu? ”. Julia bertanya kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri.

“ anne…kau tahu kan yang kau boleh percayakan aku? ”.

Aku mengeluh. Terasa sesak dadaku.

“ kau ingat lelaki yang aku cakap hari tu? Yang tolong bayarkan buku aku masa aku tertinggal wallet dulu? ” aku mengangkat muka memandang Julia di sebelah. Julia mengerutkan mukanya. Seolah-olah cuba untuk mengingati sesuatu.

“ hm…aku rasa macam ingat..kenapa dengan dia? ” Julia memandang wajahku. Aku menelan air liur.

“ aku berhubung dengan dia..maksud aku..kitorang sekarang ni dah berkawan..”.aku berkata perlahan. Julia di sebelah dah muka terkejut.

“ betul ke? Sejak bila? ” Julia bertanya.

“ ekk..sejak…sebenarnya sebelum kitorang jadi kawan..aku dan dia selalu terserempat..empat kali..” aku pun menceritakan segala-galanya kepada Julia termasuk siapa sebenarnya azlan dan keadaannya. Lagipun betul cakap Julia, aku tak boleh nak sorok apa-apa pun dari dia.

Julia mendiamkan diri seketika sebelum bersuara.

“ tak sangka selama ini kau sembuyikan hal ini dari aku...aku dah agak mesti ada sesuatu yang kau sorok..rupa-rupanya hal ini..”

“ aku tak niat nak sorok pada kau ju, cuma…kau pun tahu kan aku jenis macam mana..”

“ kau ada perasaan kat dia ke?”

“ aku betul tak tahu nak jawab soalan kau tu ju..cuma…aku cuma kadang-kadang teringat pada dia..mungkin sebab dia mengigatkan aku pada adik aku..” aku menutup bagasiku dan menolaknya ke tepi dinding. Aku kemudiannya duduk menyandar ke dinding sambil meluruskan kaki.

“ aku tak rasa kau asyik teringat pada dia sebab adik kau…aku rasa kau ada perasaan pada dia..perasaan sayang..lebih dari kawan..”.

Berderau rasa darahku takkala mendengar kata-kata Julia. Biar betul. Mana mungkin. Selama ini aku berjaya menangkis perasaan mana-mana lelaki. Tetapi kenapa bukan lelaki bernama azlan ini. Tak mungkin.

“ anne..dengar sini..kalau mengikut pengalaman aku..kau mungkin dah mula sayangkan dia lebih dari kawan..tapi apa-apa pun kau fikirlah betul-betul..perasaan kau..hanya kau sahaja yang tahu..cuma jangan menyesal atas apa-apa sahaja yang kau buat..” Julia memandang tepat ke wajahku sebelum bangun. Aku hanya duduk mematung. Masih memikirkan kata-kata Julia itu.




0 140 tukang karut:

Post a Comment