RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, October 27, 2011

BAB 13 : (MANUSKRIP TERBARU..)


                                                              BAB 13

YUZZ!!
“ Rehat dulu jum...letih...” Afrina membuat isyarat ‘rehat’ dengan tangannya ke arah Nandini. Dia kemudian berjalan menuju ke arah Nicol yang telah selamat duduk bersila di sebelah tembok batu hujun gelanggang tenis tersebut. Afrina melabuhkan diri di sebelah Nicol. Nandini turut datang menghampirinya. Raket tenis diletakkan di hadapannya. Sesekali tangannya menyeka pelu di dahi.
“ Kenapa tiba-tipa ajak kita orang main tenis..?”. Nicol bertanya sambil mencapai air mineral dari atas lantai gelanggang tersebut.
“ Saja..bosanlah asyik belajar je mengadap buku...”. Afrina menjawab sambil meluruskan kakinya. Sesekali bola tenis melantun ke arah mereka. Afrina mencapai bola tersebut dan dikembalikan kepada empunya. Afrina hanya membalas sapaan terima kasih dengan senyuman.
“ Kenapa tak ajak Wafi sekali...?”. Nandini bertanya sambil meneguk minuman daripada botol ditangannya. Afrina merenung ke tengah gelanggang. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bermain tenis. Ada yang secara perseorangan dan ada juga secara berpasangan.
“ Dia sibuk...kan sekarang dia dah tahun akhir...”. Afrina menjawab malas.
“ Ohh...kira we all ni pilihan kedualah ye?”. Nicol bertanya. Afrina menoleh ke arah Nicol.
“ Bukanlah...tak baik tau cakap macam tu...”.
“ Kita orang gurau jelah...”. Nicol menjawab. Afrina hanya mendiamkan diri. Penat main tenis tak habis lagi.
“ Nak sambung main tak?”. Nandini bertanya sambil memandang ke arah Nicol dan Afrina.
“ Tak nak...I nak rehat dulu...penat...”. Afrina menjawab.
“ Kalau macam tu, I main dengan you...”. Nicol  menawarkan diri.

“ Sure...”. Afrina menepuk lengan Nicol sebelum mereka berdua bangun menuju ke tengah gelanggang tenis. Afrina menyandarkan diri pada tembok simen tersebut. Matanya memerhatikan pergerakan Nicol dan Nandini yang bermain di tengah gelanggang. Sesekali bola melantun ke arahnya. Afrina membaling bola tersebut sambil tersenyum. Matanya menjeling jam di tangan. Awal lagi ni. Getus hatinya. Alunan lagu ‘Price Tag’ singgah di telinganya. Afrina mengensot mencapai beg sandangnya. Telefon bimbit dikeluarkan. 5 missed calls. Afrina menekan butang angkat.
“ Assalamualaikum...”. Afrina bersuara.
“ Waalaikummussalam.....awak dekat mana? Saya call kenapa tak angkat?”.
Afrina kembali merapatkan badannya ke tembok simen. “..saya dekat gelanggang tenis...”
“ Dengan siapa?”. Wafi bertanya.
“ Dengan Nandini dan Nicol.....kenapa call? Ada hal penting ke?”.
“ Tak ada apa-apa, saja je...tak ajak pun nak main tenis...”. suara Wafi seolah-olah jauh hati.
“ Awak kan sibuk....saya malas nak kacau...”. Afrina menjawab sambil melambung-lambungkan bola tenis di tangan.
“ Lama lagi ke dekat gelanggang tu...?”
“ Hmm...mungkin...rasa sampai petang kot lepak sini...lagi pun bukan ada benda lain nak buat..”.
“ Okey...tunggu saya...”.. Wafi menjawab sebelum talian dimatikan.
“ Erkkk....”.

                                                                         ***

“ Jaga-jaga...!”

“ Mannn.....lariii...!”. Afrina menjerit. Azman atau Man segera berlari laju setelah membuat pukulan. Mereka sedang separuh jalan bermain ‘Rounders.’.
“ Okey...sekarang giliran siapa yang pukul...?”. Pojey bersuara. Dia berdiri tegak sambil memegang bola tenis. Bersedia untuk membuat balingan.
“ Aku...”. Linda menjawab sambil berjalan ke hadapan Pojey. Dia menunduk memegang kayu pemukul yang tergeletak di atas tanah.
“ Go Linda go...”. Afrina bersorak. Linda menoleh dan mengenyitkan mata memandang Afrina. Afrina tersengih. Sesekali main permainan begini memang seronok. Tambah-tambah waktu pendidikan jasmani. Selalunya pelajar lelaki dan perempuan akan bermain permainan secara berasingan. Tapi hari tersebut mereka sepakat untuk bergabung bermain ‘Rounders’ memandangkan tidak ramai pelajar yang hadir ke sekolah pada hari tersebut. Maklumlah, peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir. Jadi ramailah yang ponteng sekolah.
“ Whooooohhh....”. Afrina mendongak memandang bola yang di pukul oleh Linda. Matanya kemudian memandang Azman dan Linda yang berlari menghabiskan pusingan sebelum kembali ke tempat bermula.
“ Alamak....”. Hanafi bersuara. Afrina menoleh sebelum mengerutkan dahi.
“ Ajk MPP dah mai dah...”. Puad turut bersuara. Afrina hanya tercegat berdiri sambil memegang kayu pemukul
“ Seronoknya....dari jauh dah dengar suara korang...”. Wafi berjalan menghampiri mereka. Begitu juga dengan beberapa orang rakan sekelasnya. Masing-masing lengkap berbaju sukan.
“ Biasalah, saja seronok-seronok...exam pun dah habis kan...” Hanafi menjawab bagi pihak mereka.
“ Nak join main boleh..?”. Wafi bertanya sambil duduk di atas tunggul kayu mati berhampiran tempat Afrina berdiri. Afrina membulatkan mata memandang Wafi.
“ Sure...”. Puad menjawab.
“ Tapi...”. Afrina bersuara. Wafi mengangkat kening.

“ Tapi apa..? Takut ke?”. Wafi bertanya sambil tersengih. Afrina mengecilkan mata memandang wajah Wafi.
“ Siapa cakap kitorang takut..? Fine. Kumpulan junior lawan kumpulan senior..amacam? ada berani..?”. Afrina berkata sambil memegang kuat kayu pemukul di tangannya.
“ Wooo...dah rupa macam nak bertumbuk ni apa cerita...?”. Hanafi berjalan menghampiri Afrina. Afrina memalingkan muka.
“ Okey...kalau kau orang semua nak join, boleh..macam Afrina kata tadi, kumpulan junior lawan kumpulan senior....tapi harap jangan berakhir dengan pergaduhan pula...”. Hanafi berkata sambil menjeling sekilas ke arah Afrina yang sedang menyandarkan diri pada meja kayu di belakang.
“ Okey..tak kisah..”. Wafi menjawab.
“ Okey, kalau macam tu...kita undi dulu...kepala ke bunga...?”. Hanafi mengeluarkan syiling dari dalam poket seluar sukannya.
“ Bunga...”.
“ Okey....kumpulan kau orang jalan dulu...”. Hanafi berkata sebelum kembali ke arah Afrian.
“ Kau nak baling?”. Hanafi bertanya sambil melambung bola ditangannya.
“ Siapa yang pukul dulu...?”. Afrina bertanya. Hanafi menoleh ke belakang sebelum melaung.
“ Siapa yang pukul dulu?”.
“ Aku...”. Wafi menjawab. Hanafi memandang Afrina.
Lets start the game...”. Afrina berkata sambil mengukir senyum jahat.
“ Sampai bila awak nak lancar perang tak nak bercakap dengan saya ni..?”. Wafi sempat bertanya. Tanganya membetul-betulkan pegangan pada kayu pemukul tersebut. Afrina buat-buat pekak. Sesekali dia melambung-lambung bola tersebut.
“ Ready...?”. Afrina bertanya sinis.


“ Anytime....”. Wafi menjawab. Afrina mengukir senyum sinis sebelum melontarkan bola tersebut ke arah Wafi.
“ Opss.....!”. Afrina bersuara tanpa rasa bersalah. Wafi mengosok-gosok lengannya.
“ Sakitlah...awak nak main ke tak nak ni...?”. Wafi bertanya sambil berkerut. Tangannya masih lagi mengosok lengan, tempat Afrina dengan sengaja melontarkan bola tenis tadi.
“ Siapa suruh awak datang sini menyibuk...”. Afrina berbisik perlahan. Bimbang didengari oleh rakan-rakannya yang lain. Wafi berdiri tegak. Bersedia untuk memukul balingan seterusnya. Afrina mengecilkan mata sebelum membuat balingan ke arah Wafi.
“ Awakkkk....sakitlah..!”. Wafi bersuara keras. Afrina tersengih.
“ Ops....”.
“ Rina...”. Hanafi bersuara. Afrina mengangkat tangan tanda faham. Dia kemudian menumpukan perhatian ke arah Wafi. Matanya memandang tepat ke wajah Wafi sebelum membuat balingan. Kali ini Wafi berjaya memukul bola tersebut. Afrina mendongak. Wafi dah berlari separuh pusingan. Afrina memberikan isyarat kepada Puad supaya membaling bola yang berjaya ditangkapnya ke arah Wafi. Namun Wafi berjaya berhenti di tempat yang sepatutnya. Afrina mengeluh. Permainan itu berlanjutan sehinggalah loceng rehat berbunyi. Hari itu ramai guru tidak ada di sekolah, keluar bertugas menjaga peperiksaan PMR. Jadi mereka diberi kebebasan untuk membuat aktiviti sendiri. Permainan itu berkahir dengan kemenangan tipis pasukan Wafi, yang membuatkan Afrina semakin marah dengan lelaki itu.
“ Awak marah lagi ke dengan saya..?”. Wafi berlari-lari anak sambil cuba menyaingi langkah Afrina. Afrina hanya mendiamkan diri.
“ Awak...sorrylah...saya bukan sengaja pun...”. Wafi masih lagi bersuara termengah-mengah di sebelah.
“ Awak..”.
“ Ish....apa ni block- block jalan orang..!”. Afrina menjawab keras. Terhenti langkahnya seketika apabila Wafi bertindah muncul di hadapannya secara tiba-tiba. Nasi baik tak berlaga.

“ Saya minta maaf...saya bukan sengaja nak hilangkan....saya Cuma tak ingat mana saya letak..mungkin cicir kat mana-mana...”.
“ Whatever...tepi..!”. Afrina menjawab sambil menjulingkan biji mata sebelum berjalan ke tepi namun Wafi menghalang. Afrina merengus.
“ Awak jangan buat saya marah..!”. Afrina memberi amaran.
“ Awak dah memang marah pun, apa bezanya..?”. Wafi menjawab selamba. Afrina mengetap gigi. Kita serius. Dia main-main pula.
“ Tepi..!”.
“ Tak nak..!”. Wafi menjawab. Turut mempamerkan sikap degilnya. Afrina menjeling.
“ Saya cakap tepi..!”
“ Saya cakap tak nak..!”.
“ Kalau awak tak tepi...”
“ Kenapa? Nak pukul saya? Pukullah...pukullah...”. Wafi menjawab sambil menunduk-nundukkan kepalanya. Afrina mengerutkan dahi sebelum ketawa meletus. Wafi terhenti seketika sambil memandang Afrina yang ketawa mengekeh itu.
“ Sometimes awak  ni memang degil tak makan saman dan dalam masa yang sama kelakar...awak tahu...”. Afrina mengekeh.
“ I takes it as a complimets...”, Wafi menjawab sambil menundukkan kepala. Afrina mengelengkan kepala.
“ Macam budak-budak tadika...”.
“ So...will you forgive me...?”.
“ Maybe...”. Afrina menjawab sambil berjalan meninggalkan Wafi untuk menuju ke kantin. Pergaduhan selama seminggu itu seolah-olah tidak pernah berlaku. Pergaduhan yang hanya


berpunca dengan sikap Wafi yang cuai dan menghilangkan rantai kunci pemberian Afrina sempena Hari Persahabatan sebulan yang lepas. Namun, bak kata seseorang, persahabatan yang terjalin tidak ternilai harganya jika hendak di bandingkan dengan seutas rantai kunci.

                                                                         ***

Afrina mencapai bantal di sebelahnya perlahan-lahan. Sesekali dia menarik rapat  selimut yang menyelubung dirinya ke muka. Bantal yang telah berada di dalam pelukannya di letakkan ke muka. Menutup sebahagian wajahnya sehingga yang hanya tinggal ialah sebelah matanya sahaja. Sesekali terdengar bunyi jeritan halus di sebelah. Afrina menutup mata.
Arggghhhhh!
Afrina terkejut lalu membuka mata. Farahin tersengih. Afrina bangun dari posisi menyiarap tadi. Afrina, Nandini, Nicol, Farahin, Fauziah dan beberapa orang teman sekuliah sedang bermalam di rumah sewa Julia untuk aktiviti “ Horrow night movie’.
“ Sorry...”. Farahin tersengih lagi. Dia yang menjerit sebentar tadi turut sama bangun dari posisi menyiarap. Afrina memandang teman-teman yang berbaring santai di atas lantai, sambil mata menunpu pada kaca televisyen. Tidak gentar dengan cerita yang di tayangkan.
“ Tak apa...aku pun sebenarnya takut juga...”. Afrina menjawab sambil mencapai bungkusan keropok yang masih belum dibuka di atas katil tersebut.
“ Diorang masih nak tengok cerita tu lagi ke? Aku takut sebenarnya...?”. Farahin berbisik. Afrina mengangkat bahu. Matanya turut memandang kaca telefesyen yang menayangkan cerita seram korea “A Tale of Two Sisters”. Keadaan bilik yang sengaja di padamkan lampunya itu sedikit sebanyak menambahkan keseraman cerita tersebut.
“ Dah habis...”. Nandini bangun dari baringan sambil mencapai keropok di tangan Afrina.
“ Dah habis ke?”. Farahin tertanya-tanya.

“ You berdua ni tak tengok ke..?”. Nandini bertanya. Lampu bilik dipasang semula oleh Nicol.
“ Tengok...Cuma you tahu sajalah, I kan penakut...so nyorok-nyorok juga bawah selimut dan bantal..”. Afrina menjawab sambil tersengih. Fauziah menjeling jam di dinding.
“ Awal lagi ni...apa aktiviti seterusnya..?”. Fauziah bertanya. Turut membuka bungkusan makanan ringan yang telah di beli sebelumnya.
“ Kita main permainan nak?”. Nicol mencadangkan. Semua mata memandang ke arah nya.
“ Permainan apa?”. Nandini bertanya.
“ Well...kita main permainan Truth or Dare...?”. Nicol mencadangkan.
“ Kan hari tu dah main..masa kita pergi perkhemahan hari tu...”. Afrina menjawab.
“ Ala...masa tu tak puas sebab semua tak kena....I rasa tak salah kalau kita main sekali lagi...tak ada yang rugi pun kan...”. Nicol menjawab. Yang lain turut mengangguk. Afrina mengeluh perlahan.
“ Kalau dah semua setuju...okey je...”. Afrina  menjawab lemah. Nicol tersenyum. Dia mencapai botol mineral kosong dan di letakkan di tengah-tengah. Semua yang ada bergerak untuk membentuk bulatan.
“ Ready..?”. Nicol bertanya sambil tangan memegang badan botol tersebut, sedia untuk memutarkan botol tersebut.
“ Okey...siapa yang kenaaa....!”.
“ Nandini....its you..!”. Afrina bersuara sambil ketawa.
“ Truth or dare...?”. Nicol bertanya.
“ Truth..”.
“ Ohh...ohh....I nak tanya dulu...”. Afrina bersuara tidak sabar-sabar sambil mengangkat tangan. Nandini membuat muka.
“ Ha Rina...tanyalah...”.

“ You pernah ada crash dengan siapa-siapa...?”. Afrina tersengih. Nandini memuncungkan bibirnya.
“ Mestilah ada..”. Nandini menjawab malu-malu.
“ Siapa dan bila...?”. Nicol bertanya.
“ My classmate masa sekolah dulu...masa tingkatan lima...”. Nandini menjawab.
“ So apa jadi sekarang...?”. Fauziah pula bertanya.
“ Lost contect...last time I dengar, dia fly ke US untuk sambung belajar...”. Nandini menjawab sambil mengangkat bahu.
“ Okey sekarang I pula nak twist...”. Nandini meletakkan tanggannya pada badan botol tersebut sebelum memutarkan mengikut arah lawan jam. Botol tersebut terhenti betul-betul ke arah Nicol.
“ Alamak...”.
“ Truth or dare...?”. Nandini bertanya. Nicol terdiam seketika, berfikir.
“ Dare...?”. Nicol menjawab teragak-agak setelah lama membisu.
“ Okey..I nak you pergi ketuk setiap bilik..dan nyanyikan lagu Negaraku...”. Julia tersengih nakal. Nicol membuntangkan biji matanya.
“ Whattt...? Tengah-tengah malam ni..?”. Nicol memandang Julia tidak percaya. Julia mengangguk.
“ Nanti kacau mereka nak studylah...”. Nicol memberikan alasan.
“ Tak kira...you pergi jugak...”. Julia berkata, masih lagi tersengih. Nicol memandang Afrina dan Nandini dengan pandangan meminta pertolongan.
“ Sorry Nic...cant help..peraturan tetap peraturan..”. Afrina berkata sambil tersengih. Nicol menarik muka empat belasnya sebelum bangun dengan berat hari. Yang lain turut bangun dan mengintai di muka pintu untuk memastikan Nicol menjalankan ‘ Dare’ nya dengan jujur. Setelah


hampir sepuluh minit, di selang selikan dengan bunyi ketawa tertahan-tahan oleh teman-teman yang mengenakannya, Nicol masuk ke dalam bilik dengan raut wajah yang merah padam.
“ Julia...this is my last time I datang sini kerana nampaknya semua housemate you sangka yang I dah gila...”. Nicol berkata sambil duduk mengadap botol mineral di atas lantai. Yang lain turut sama duduk. Masing-masing masih lagi menahan ketawa. Nicol tidak mengendahkan.
“ Okey...I nak pusing ni...”. Nicol memutarkan botol mineral tersebut. Botol tersebut berhenti pada Fauziah.
“ Truth or Dare...”. Nicol bertanya. Fauziah diam sejenak sambil memandang curiga ke arah teman-temannya.
“ Truth..”. Fauziah menjawab tersengih.
“ Tidak cukup berani nak pilih ‘ dare’..?”. Nicol bertanya sambil mengangkat kening. Fauziah menjelirkan lidahnya.
“ Okey, ada siapa yang nak tanya..?”. Nicol bertanya sambil memandang rakan-rakannya yang lain.
“ You pernah menipu semasa peperiksaan...?”. Nandini bertanya.
“ Hmm...the truth is...yes...”. Fauziah menjawab malu-malu. Yang lain membeliakkan biji mata.
“ When...?”. Afrina bertanya.
“ Masa sekolah...masa tingkatan empat....aku tulis nota pada tapak kasut aku..kertas kimia, masa tu aku malas sangat nak buat ulangkaji...”. Fauziah mengaku.
“ Tak kena tangkap ke..?”. Afrina bertanya ingin tahu.
“ Hmm...tak, kena pandai coverlah....tapi sekarang aku dah insaf...tak buat dah benda-benda macam tu...”. Fauziah menjawab sambil tersengih.
“ So, berbaloi tak...?”. Nicol bertanya.


“ Yes, aku lulus..cukup makan....”. Fauziah menjawab sambil ketawa kecil. Tangannya telah sedia diletakkan pada botol sebelum memutarkannya.
“ Aha...!”. Fauziah bersorak. Afrina mengecilkan mata merenung botol yang menghala ke arahnya itu.
“ Truth or dare...?”.
“ Dare...”. Afrina menjawab sambil tersengih. Nicol dan Nandini saling bertukar pandang sebelum tersengih nakal.
“ I nak you call Wafi dan tell him that you love him...”. Nicol berkata sambil menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Afrina yang terlopong mendengar permintaan sahabatnya itu.
“ Whatt...??!”. Afrian terjerit kecil.
“ Rinaa...! kau akan bangunkan seluruh penduduk taman ni kalau kau tak rendahkan suara kau tu...”. Julia bersuara. Bibirnya turut sama mengukir senyuman tatkala mendengar permintaan daripada Nicol itu.
“ Kerja gila ni, lagi pun Wafi mesti dah tidur, dah lewatkan....” Afrina menunjuk ke arah jam di dinding.
“ Tak apa...kita tengok sama ada dia sanggup bangun atau tak untuk dengan kata-kata cinta yang akan diucapkan oleh you nanti...”. Nicol menjawab sambil mengekeh. Wajah Afrina merah padam kerana malu.
“ Tapi..”. Afrina cuba membantah namun Nicol telah sedia mendialkan nombor telefon Wafi dan menghulurkan kepada Afrina.  Afrina menyambut telefon tersebut dengan berat tahu.
“ Ohh..I dah buat lound speaker...”. Nicol berkata sambil tersengih. Afrina memuncungkan bibirnya. Masing-masing mendiamkan diri sambil mendengar deringan yang masih tidak dijawab.
“ Dont pick up...dont pick up...”. Mulut Afrina terkumat kamit menuturkan ayat tersebut sambil berdoa supaya Wafi tidak menjawab pangilan tersebut.

“ Dont pick up...dont pick up...”.
“ Hello...?”.
Berderau darah Afrina tatkala mendengar suara lelaki itu di hujung sebelah sana. Matanya memandang ke arah rakan-rakannya yang masing-masing mempamerkan senyuman nakal. Afrina menarik nafas panjang.
“ Hello...who is this..?”. suara Wafi masih kedengaran.
“ Awak...saya ni...”. Tersekat-sekat Afrina menjawab.
“ Afrina....? awak ke? Guna telefon siapa ni...?”. Wafi bertanya. Afrina memejamkan mata sebelum menarik nafas panjang dan menelan air liur beberapa kali.
“ Awak...? awak okey ke ni...?”. Suara Wafi kedengaran agak cemas apabila Afrina mendiamkan diri.
“ Saya okey...hmm...saya ada benda nak cakap ni...?”.  Afrina bersuara. Terasa getaran pada suaranya.
“ Apa dia...?”. Wafi bertanya.
“ Saya telah dicabar oleh Nicol dalam permainan Truth or Dare...dia  cabar saya cakap pada awak ‘ I love You’...so Wafi...jangan ambil hati ya..this is just a game...”. Afrina terdiam seketika sambil menjeling rakan-rakannya yang menunggu dengan penuh teruja sebelum menyambung. “.....Awak...”. Afrina menelan air liur. “.....I ...lo..love you.....”. Afrina segera memutuskan talian telefon sebelum sempat mendengar reaksi daripada Wafi. Afrina menarik nafas panjang sebelum memandang muka teman-temannya yang tersengih-sengih. Afrina menjeling.
“ Rina...boleh goreng telur kat muka you...” Nandini mengusik. Afrina buat-buat tak dengar.
“ So...shall we...?”. Afrina berkata sambil tangan memegang botol tersebut lalu memusingkannya.

0 140 tukang karut:

Post a Comment