RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, October 20, 2011

BAB 10 : (MANUSKRIP TERBARU..)

 assalamualaikum, hari ni tetiba rasa nak update blog. mana aci co-admin lagi rajin update blog dari admin kan.ekekek..ni aku pun tak tahu nak tulis apa, so aku just paste bab 10 manuskrip terbaru aku. smapai sakit-sakit kepala ni nak menyiapkan benda alah ni..enjoy..

                                              BAB 10
“ Aik....takkan dah pancit kot...”.
Afrina menjeling ke arah Wafi sekilas namun tidak mengendahkan usikan lelaki itu. Dia mengelap peluh yang membasahi dahinya. Sesekali dia meneguk air mineral yang memang sengaja di bawanya. Baru main baling-baling bola dah pancit macam ni. Belum full set match lagi. Afrina melepaskan lelah. Agak lama tak pegang bola keranjang, macam tulah jadinya. Kali terakhir dia main bola keranjang ini ialah semasa perlawanan persahabatan semasa zaman matrik dulu. Lepas tu langsung tak ingat bola campak mana kat rumah tu.
“ Takkan dah penat kot..baru 20 minit..tu pun bukan main betul pun...baling-baling bola masuk dalam gol je..”. Suara Wafi berbaur usikan menerjah gegendang telinganya. Afrina menjeling sekilas di sebelah apabila Wafi turut melabuhkan diri di sebelahnya. Bola keranjang diletakkan pegun di atas simen gelanggang berwarna biru tua itu. Afrina tidak ambil pusing. Matanya memandang sekeliling. Agak ramai siswa dan siswi pada waktu itu. Ada yang bermain sepak raga, ada yang bermain bola jaring dan ada juga yang bermain futsal. Kelihatan beberapa orang teman sekuliah dan seniornya yang berada di situ, menghabiskan masa senggang petang mereka dengan aktiviti-aktiviti sukan. Kelihatan juga Khairul, teman sebilik Wafi di situ, sedang sibuk bermain futsal. Sesekali wafi mengangkat tangan membalas sapaan beberapa orang pelajar. Memang tidak dinafikan yang Wafi agak terkenal di universiti ini. Siapa tak kenal Wafi, pengerusi kelab bola keranjang di samping naib president majlis perwakilan pelajar. Oh terlupa, dia juga merupakan naib pengerusi persatuan matematik. Semua jawatan-jawatan penting di sini kalau boleh semua dia nak sapu. Macam semasa di sekolah juga. Dan tidak mengejutkan sebenarnya jika Wafi agak popular di universiti ini terutama dalam kalangan siswi  kerana sejak di bangku sekolah lagi, Wafi antara yang paling diminati oleh pelajar-pelajar perempuan sekolahnaya, tidak kira golongan junior atau senior. Afrina tersenyum tatkala mengigatkan kenangan dulu. Masih ingat lagi semasa sekolah dulu, Wafi pernah datang berjumpanya dengan muka yang monyok sambil membawa sekotak besar yang berisi surat-surat daripada ‘peminatnya’
“ Apa ni..?”. Afrina menunjuk pada kotak besar yang diletakkan di atas meja.


“ Sampah...”.
Afrina mengerutkan dahi. Tangannya menyeluk ke dalam kotak tersebut dan mengeluarkan beberapa keping kad berwarna warni. Dari yang sekecil-kecil buku 555 hinggalah ke sebesar meja. Afrina mengambil sekeping kad buatan sendiri bersampul merah jambu. Afrina membaca tulisan yang tertulis di hadapan kad tersebut.
kepada kekasih hatiku : Wafi ’
Afrina memandang silih ganti antara wajah Wafi yang masam mencuka itu dengan sampul di tangannya sebelum terhambur gelak ketawa yang tidak mampu ditahan-tahan lagi. Terbongkok-bongkok dia menahan ketawa. Tangannya menekan kuat perut kerana terlalu banyak ketawa. Setelah hampir lima minit, dia bangun dan duduk semula di kerusinya. Wafi hanya merengus dan mengomel seorang diri sambil berpeluk tubuh. Tali leher pengawasnya telah dicampak di atas meja.
“ Oit cik abang, kita sekarang ni masih lagi kat dalam kawasan sekolah...”. Afrina menegur Wafi sambil ketawa kecil. Geli hatinya masih belum hilang.
“ So....?”. Wafi bertanya malas.
“ So...sebagai seorang ketua pengawas merangkap ketua majlis perwakilan pelajar...etika pemakaian itu adalah sangat penting dan menjadi contoh teladan kepada pelajar yang lain...”. Afrina menjawab seolah-olah sedang menyampaikan ceramah motivasi semasa perhimpunan pagi. Wafi merengus namun tali leher tersebut kekal di tempat sebelumnya. Afrina mengangkat bahu.
“ Awak tak kisah kan kalau....”. Afrina menunjukkan kad di tangannya dan teragak-agak.
“ Whatever...”.
Afrina tersengih lebar lantas segera mengoyakkan kad tersebut.
“ Awak nak saya baca kuat-kuat atau perlahan-lahan?”. Afrina bertanya sambil tersengih. Wafi tidak menjawab.


“ Ehem....ehem...” Afrina berpura-pura membetulkan nada suaranya sebelum menyambung.
“...Kehadapan saudara Wafi yang sentiasa diingati....”. Afrina terhenti seketika untuk menahan ketawanya daripada meletus. Bimbang Wafi naik angin.
“ ...Tujuan saya menulis kad ini, adalah ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 17..semoga awak sentiasa ceria dan hensem selalu..”. Berdekit-dekit Afrina menahan ketawa. Wafi hanya merenung ke arah lain sambil berpeluk tubuh.
“ Ehem....” Afrina berdehem seketika sebelum menyambung. “....sebenarnya, saya sudah lama menaruh hari kepada saudara Wafi..atau...boleh saya panggil sebagai abang Wafi..? Bolehlah ek pasal nampak lebih mesra sikit...hi hi hi...”. Afrina cuba menahan gelaknya dan meneruskan bacaan.
“....Seperti yang saya tulis tadi, saya memang dah lama menaruh minat pada abang Wafi...saya pun tak tahu kenapa saya minat sangat pada abang Wafi, mungkin sebab muka abang Wafi macam pelakon Korea Lee Min Ho tu..abang Wafi kenal tak? Ala yang berlakon sebagai Goo Jun Pyo dalam Boys Over Flowers tu....hi hi hi...,”. Afrina menekup mulut menahan ketawa sebelum menyambung. Sesekali dia menyeka air mata yang keluar akibat terlalu banyak ketawa.
“.....saya memang minat sangat dekat Lee Min Ho tu, jadi memandangkan rupa abang Wafi macam muka dia, jadi saya pun tiba-tiba jadi minat pada abang Wafi...tak salah kan..hi hi hi..” Afrina tidak mampu membendung ketawanya lagi lantas menundukkan badan ntuk melindungi ketawa yang mengila itu. Hampir sepuluh minit masa yang diambil olehnya untuk kembali tenang. Afrina menegakkan badannya dan berdehem. Dia menjeling wajah Wafi yang masam mencuka itu. Afrina mengigit bibir.
“ Mana awak dapat semua surat-surat ni..?”. Afrina meletakkan kembali kad yang baru separuh sahaja dibacanya kembali ke dalam kotak. Tangannya menguis isi kotak tersebut. Terdapat kotak-kotak kecil berupa hadiah yang berbalut kemas.
“ Dalam loker...” Sepatah Wafi menjawab.
“ Ini pun...?”. Afrina menunjukkan kotak hadiah berbalut rapi ditangannya.
“ Bawah meja....”.

“ Ohh....dasyat budak-budak sekarang...”. Afrina berkata smabil tersengih. Namun Wafi menarik muka empat belasnya.
“ Yang awak nak tarik muka empat belas tu kenapa? Patutnya awak rasa gembira...bangga...ramai orang minat apa...” Afrina berkata cuba memujuk. Wafi mendengus.
“ Okey apa..at least budak- budak ni anggap awak sebagai....siapa tadi...”. Afrina mencapai kad tadi dan membaca isi kandungan kad tersebut semula sebelum menyambung “....sebagai Lee Min Ho...”. Afrina menahan ketawa namun terhenti. Nampaknya lawak jenaka tidak membantu. Afrina terdiam seketika sebelum mencapai beg sekolahnya. Dia menghulurkan tangan, menyeluk ke dalam beg sebelum mengeluarkan sesuatu.
“ Saya ingat nak bagi awak benda ni, tapi nampaknya awak tak gembira dengan semu benda yang awak terima...so saya rasa....”. Afrian terdiam secara tiba-tiba akibat terkejut kerana Wafi tiba-tiba sahaja bangun dan merampas kotak dan kad yang ingin dimasukkan kembali ke dalam beg. Afrina terkebil-kebil memandang Wafi yang membelek-belek kotak hadiah dan kad yang diambil dari tanganAfrina.
“ Boleh bukak sekarang...?”. Wafi menunjuk pada kad dan kotak ditangannya. Afrina mengambil masa selama beberapa saat untuk mengangguk tanda setuju. Masih lagi terkejut dengan perubahan drastik lelaki itu.
“ Senyum sorang-sorang tu kenapa”.
Afrina tersentak daripada lamunan. Dia menoleh ke sebelah. Wajah Wafi yang berkerut memandangnya dengan tanda tanya. Bola keranjang di hadapannya di putar ligat di hujung jari telunjuk.
“ Tak ada apa-apa...”. Afrina menjawab, memalingkan muka sambil menahan senyuman lebar di bibir.

0 140 tukang karut:

Post a Comment