RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, October 30, 2011

" Bila ketawa hanya diganti dengan perkataan LOL.."

assalamualaikum,
selamat hari ahad, hari ni nak cakap pasal zaman kanak-kanak. kenapa tiba-tiba nak cakap pasal zaman kanak-kanak? kerana zaman kanak-kanak sangatlah best. tak ada tanggungjawab, tak ada masalah, tak payah serabut dengan kerja dan tak payah nak fikir pasal benda lain yang boleh memberikan tenanan mental kepada kita ;p. macam mana idea ni muncul? entahlah, cuma teringat pada my students. serius rindu pada mereka semua. memanglah masih lagI berhubung dengan mereka melalui facebook, cuma memang tak samalah. kalau depan2, boleh lagi sakat2 dan join venture gelak kuat2 dengan lawak mereka. cerita tentang gelak atau ketawa, kalau dulu masa kecil-kecil( sekarang perhaps?), kalau kita tengok benda lawak, mesti ketawa berdekah-dekah. tambah-tambah kalau main masa kecik-kecik, tak kiralah main apa pun, dulu aku selalu main galah panjang, baling-baling selipar, main getah dan macam-macam lagi, aku duduk kampung ( area askar), jadi memang sangatlah kreatif dalam mencipta permainan. dan kadang-kadang tu, main plak ikut musim, kalau time musim main badminton, semua pergi belakang rumah aku pasal ada satu tanah lapang yang boleh guna untuk main badminton, kalau main basikal, main kat depan umah aku pasal ada bukit bukau ( semua kat umah aku je..memang startegik kan..ekekekke..), kalau main galah panjang pun sama...dan yang selalu kitorang main ialah main getah atau main ibu ayam dengan harimau. ( bukan ibu ayam in a wrong way..kahkahkah), masa tu memang gelak kuat-kuat sampai sakit2 perut...tapi sekarang dah lain, i mean budak2 sekarang ni hidup macam dah tak fun. nak tahu kenapa? ni masa aku mengajar budak tingkatan empat dulu, dengar mereka bersembang. selalunya mereka akan speaking with each other ( mereka perempuan melayu okey), biasalah anak orang kaya semua, tak main cakap bm, blackberry sampai dua kat tangan.dengar mereka bercerita dan if ada yang kelakar, nak tahu diorang gelak macam mana? JUST SEBUT "LOL". kau bayangkan kalau macam kita tengok maharaja lawak lepas tu ada lawak tak boleh blah, orang lain akan gelak berdekah-dekah berguling-gulin, tapi mereka ni just sebut "LOL"= lots of laugh....adoiii, tak seronok betul hidup depa ni. alasan mereka cakap macam tu pasal malas nak gelak. aku tak paham, gelak pun boleh malas ke?lainlah tak ada mood ke apa...sampai sekarang aku tak paham..boleh try ni, jap g nak tengok maharaja lawak ulangan dan bila ada yang lawak aku just nak sebut "LOL" aci tak?kahkahkah...opss..."LOL" ;P

Saturday, October 29, 2011

" HATE...HATE...HATE...%@#&*%#@#@$"



Thursday, October 27, 2011

" Dilanda kegilaan baruuu.."

assalamualaikum,
aku sekarang telah dilanda kegilaan baru, apa?
aku sekarang dah jadi kemaruk nak belajar menjahit dan buat beg sendiri. sekarang tengah usha2 mesin jahit yang ok. memang dari dulu lagi kemaruk ni, cuma telah di kekang oleh halangan2 yang tak habis2...sekarang tengah gigih download vic2 dan manual kat tenet tentang jahit menjahit ni. entah bilalah aku boleh capai cita2 nak bukak butik ni...*sigh*


p/s: sekarang agak kemaruk buat kek. kek cincai je tapi alhamdulillah menjadi. tak sampai setengah jam sure licin. sian mak aku tak dapat merasa. skg mak aku tolong punggah almari cari loyang yang cukup besar untuk dimuatkan dalam oven..hint nak suruh aku buat kek lagi. kek cincai pon ada jugak orang suke ye?.

BAB 13 : (MANUSKRIP TERBARU..)


                                                              BAB 13

YUZZ!!
“ Rehat dulu jum...letih...” Afrina membuat isyarat ‘rehat’ dengan tangannya ke arah Nandini. Dia kemudian berjalan menuju ke arah Nicol yang telah selamat duduk bersila di sebelah tembok batu hujun gelanggang tenis tersebut. Afrina melabuhkan diri di sebelah Nicol. Nandini turut datang menghampirinya. Raket tenis diletakkan di hadapannya. Sesekali tangannya menyeka pelu di dahi.
“ Kenapa tiba-tipa ajak kita orang main tenis..?”. Nicol bertanya sambil mencapai air mineral dari atas lantai gelanggang tersebut.
“ Saja..bosanlah asyik belajar je mengadap buku...”. Afrina menjawab sambil meluruskan kakinya. Sesekali bola tenis melantun ke arah mereka. Afrina mencapai bola tersebut dan dikembalikan kepada empunya. Afrina hanya membalas sapaan terima kasih dengan senyuman.
“ Kenapa tak ajak Wafi sekali...?”. Nandini bertanya sambil meneguk minuman daripada botol ditangannya. Afrina merenung ke tengah gelanggang. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bermain tenis. Ada yang secara perseorangan dan ada juga secara berpasangan.
“ Dia sibuk...kan sekarang dia dah tahun akhir...”. Afrina menjawab malas.
“ Ohh...kira we all ni pilihan kedualah ye?”. Nicol bertanya. Afrina menoleh ke arah Nicol.
“ Bukanlah...tak baik tau cakap macam tu...”.
“ Kita orang gurau jelah...”. Nicol menjawab. Afrina hanya mendiamkan diri. Penat main tenis tak habis lagi.
“ Nak sambung main tak?”. Nandini bertanya sambil memandang ke arah Nicol dan Afrina.
“ Tak nak...I nak rehat dulu...penat...”. Afrina menjawab.
“ Kalau macam tu, I main dengan you...”. Nicol  menawarkan diri.

“ Sure...”. Afrina menepuk lengan Nicol sebelum mereka berdua bangun menuju ke tengah gelanggang tenis. Afrina menyandarkan diri pada tembok simen tersebut. Matanya memerhatikan pergerakan Nicol dan Nandini yang bermain di tengah gelanggang. Sesekali bola melantun ke arahnya. Afrina membaling bola tersebut sambil tersenyum. Matanya menjeling jam di tangan. Awal lagi ni. Getus hatinya. Alunan lagu ‘Price Tag’ singgah di telinganya. Afrina mengensot mencapai beg sandangnya. Telefon bimbit dikeluarkan. 5 missed calls. Afrina menekan butang angkat.
“ Assalamualaikum...”. Afrina bersuara.
“ Waalaikummussalam.....awak dekat mana? Saya call kenapa tak angkat?”.
Afrina kembali merapatkan badannya ke tembok simen. “..saya dekat gelanggang tenis...”
“ Dengan siapa?”. Wafi bertanya.
“ Dengan Nandini dan Nicol.....kenapa call? Ada hal penting ke?”.
“ Tak ada apa-apa, saja je...tak ajak pun nak main tenis...”. suara Wafi seolah-olah jauh hati.
“ Awak kan sibuk....saya malas nak kacau...”. Afrina menjawab sambil melambung-lambungkan bola tenis di tangan.
“ Lama lagi ke dekat gelanggang tu...?”
“ Hmm...mungkin...rasa sampai petang kot lepak sini...lagi pun bukan ada benda lain nak buat..”.
“ Okey...tunggu saya...”.. Wafi menjawab sebelum talian dimatikan.
“ Erkkk....”.

                                                                         ***

“ Jaga-jaga...!”

“ Mannn.....lariii...!”. Afrina menjerit. Azman atau Man segera berlari laju setelah membuat pukulan. Mereka sedang separuh jalan bermain ‘Rounders.’.
“ Okey...sekarang giliran siapa yang pukul...?”. Pojey bersuara. Dia berdiri tegak sambil memegang bola tenis. Bersedia untuk membuat balingan.
“ Aku...”. Linda menjawab sambil berjalan ke hadapan Pojey. Dia menunduk memegang kayu pemukul yang tergeletak di atas tanah.
“ Go Linda go...”. Afrina bersorak. Linda menoleh dan mengenyitkan mata memandang Afrina. Afrina tersengih. Sesekali main permainan begini memang seronok. Tambah-tambah waktu pendidikan jasmani. Selalunya pelajar lelaki dan perempuan akan bermain permainan secara berasingan. Tapi hari tersebut mereka sepakat untuk bergabung bermain ‘Rounders’ memandangkan tidak ramai pelajar yang hadir ke sekolah pada hari tersebut. Maklumlah, peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir. Jadi ramailah yang ponteng sekolah.
“ Whooooohhh....”. Afrina mendongak memandang bola yang di pukul oleh Linda. Matanya kemudian memandang Azman dan Linda yang berlari menghabiskan pusingan sebelum kembali ke tempat bermula.
“ Alamak....”. Hanafi bersuara. Afrina menoleh sebelum mengerutkan dahi.
“ Ajk MPP dah mai dah...”. Puad turut bersuara. Afrina hanya tercegat berdiri sambil memegang kayu pemukul
“ Seronoknya....dari jauh dah dengar suara korang...”. Wafi berjalan menghampiri mereka. Begitu juga dengan beberapa orang rakan sekelasnya. Masing-masing lengkap berbaju sukan.
“ Biasalah, saja seronok-seronok...exam pun dah habis kan...” Hanafi menjawab bagi pihak mereka.
“ Nak join main boleh..?”. Wafi bertanya sambil duduk di atas tunggul kayu mati berhampiran tempat Afrina berdiri. Afrina membulatkan mata memandang Wafi.
“ Sure...”. Puad menjawab.
“ Tapi...”. Afrina bersuara. Wafi mengangkat kening.

“ Tapi apa..? Takut ke?”. Wafi bertanya sambil tersengih. Afrina mengecilkan mata memandang wajah Wafi.
“ Siapa cakap kitorang takut..? Fine. Kumpulan junior lawan kumpulan senior..amacam? ada berani..?”. Afrina berkata sambil memegang kuat kayu pemukul di tangannya.
“ Wooo...dah rupa macam nak bertumbuk ni apa cerita...?”. Hanafi berjalan menghampiri Afrina. Afrina memalingkan muka.
“ Okey...kalau kau orang semua nak join, boleh..macam Afrina kata tadi, kumpulan junior lawan kumpulan senior....tapi harap jangan berakhir dengan pergaduhan pula...”. Hanafi berkata sambil menjeling sekilas ke arah Afrina yang sedang menyandarkan diri pada meja kayu di belakang.
“ Okey..tak kisah..”. Wafi menjawab.
“ Okey, kalau macam tu...kita undi dulu...kepala ke bunga...?”. Hanafi mengeluarkan syiling dari dalam poket seluar sukannya.
“ Bunga...”.
“ Okey....kumpulan kau orang jalan dulu...”. Hanafi berkata sebelum kembali ke arah Afrian.
“ Kau nak baling?”. Hanafi bertanya sambil melambung bola ditangannya.
“ Siapa yang pukul dulu...?”. Afrina bertanya. Hanafi menoleh ke belakang sebelum melaung.
“ Siapa yang pukul dulu?”.
“ Aku...”. Wafi menjawab. Hanafi memandang Afrina.
Lets start the game...”. Afrina berkata sambil mengukir senyum jahat.
“ Sampai bila awak nak lancar perang tak nak bercakap dengan saya ni..?”. Wafi sempat bertanya. Tanganya membetul-betulkan pegangan pada kayu pemukul tersebut. Afrina buat-buat pekak. Sesekali dia melambung-lambung bola tersebut.
“ Ready...?”. Afrina bertanya sinis.


“ Anytime....”. Wafi menjawab. Afrina mengukir senyum sinis sebelum melontarkan bola tersebut ke arah Wafi.
“ Opss.....!”. Afrina bersuara tanpa rasa bersalah. Wafi mengosok-gosok lengannya.
“ Sakitlah...awak nak main ke tak nak ni...?”. Wafi bertanya sambil berkerut. Tangannya masih lagi mengosok lengan, tempat Afrina dengan sengaja melontarkan bola tenis tadi.
“ Siapa suruh awak datang sini menyibuk...”. Afrina berbisik perlahan. Bimbang didengari oleh rakan-rakannya yang lain. Wafi berdiri tegak. Bersedia untuk memukul balingan seterusnya. Afrina mengecilkan mata sebelum membuat balingan ke arah Wafi.
“ Awakkkk....sakitlah..!”. Wafi bersuara keras. Afrina tersengih.
“ Ops....”.
“ Rina...”. Hanafi bersuara. Afrina mengangkat tangan tanda faham. Dia kemudian menumpukan perhatian ke arah Wafi. Matanya memandang tepat ke wajah Wafi sebelum membuat balingan. Kali ini Wafi berjaya memukul bola tersebut. Afrina mendongak. Wafi dah berlari separuh pusingan. Afrina memberikan isyarat kepada Puad supaya membaling bola yang berjaya ditangkapnya ke arah Wafi. Namun Wafi berjaya berhenti di tempat yang sepatutnya. Afrina mengeluh. Permainan itu berlanjutan sehinggalah loceng rehat berbunyi. Hari itu ramai guru tidak ada di sekolah, keluar bertugas menjaga peperiksaan PMR. Jadi mereka diberi kebebasan untuk membuat aktiviti sendiri. Permainan itu berkahir dengan kemenangan tipis pasukan Wafi, yang membuatkan Afrina semakin marah dengan lelaki itu.
“ Awak marah lagi ke dengan saya..?”. Wafi berlari-lari anak sambil cuba menyaingi langkah Afrina. Afrina hanya mendiamkan diri.
“ Awak...sorrylah...saya bukan sengaja pun...”. Wafi masih lagi bersuara termengah-mengah di sebelah.
“ Awak..”.
“ Ish....apa ni block- block jalan orang..!”. Afrina menjawab keras. Terhenti langkahnya seketika apabila Wafi bertindah muncul di hadapannya secara tiba-tiba. Nasi baik tak berlaga.

“ Saya minta maaf...saya bukan sengaja nak hilangkan....saya Cuma tak ingat mana saya letak..mungkin cicir kat mana-mana...”.
“ Whatever...tepi..!”. Afrina menjawab sambil menjulingkan biji mata sebelum berjalan ke tepi namun Wafi menghalang. Afrina merengus.
“ Awak jangan buat saya marah..!”. Afrina memberi amaran.
“ Awak dah memang marah pun, apa bezanya..?”. Wafi menjawab selamba. Afrina mengetap gigi. Kita serius. Dia main-main pula.
“ Tepi..!”.
“ Tak nak..!”. Wafi menjawab. Turut mempamerkan sikap degilnya. Afrina menjeling.
“ Saya cakap tepi..!”
“ Saya cakap tak nak..!”.
“ Kalau awak tak tepi...”
“ Kenapa? Nak pukul saya? Pukullah...pukullah...”. Wafi menjawab sambil menunduk-nundukkan kepalanya. Afrina mengerutkan dahi sebelum ketawa meletus. Wafi terhenti seketika sambil memandang Afrina yang ketawa mengekeh itu.
“ Sometimes awak  ni memang degil tak makan saman dan dalam masa yang sama kelakar...awak tahu...”. Afrina mengekeh.
“ I takes it as a complimets...”, Wafi menjawab sambil menundukkan kepala. Afrina mengelengkan kepala.
“ Macam budak-budak tadika...”.
“ So...will you forgive me...?”.
“ Maybe...”. Afrina menjawab sambil berjalan meninggalkan Wafi untuk menuju ke kantin. Pergaduhan selama seminggu itu seolah-olah tidak pernah berlaku. Pergaduhan yang hanya


berpunca dengan sikap Wafi yang cuai dan menghilangkan rantai kunci pemberian Afrina sempena Hari Persahabatan sebulan yang lepas. Namun, bak kata seseorang, persahabatan yang terjalin tidak ternilai harganya jika hendak di bandingkan dengan seutas rantai kunci.

                                                                         ***

Afrina mencapai bantal di sebelahnya perlahan-lahan. Sesekali dia menarik rapat  selimut yang menyelubung dirinya ke muka. Bantal yang telah berada di dalam pelukannya di letakkan ke muka. Menutup sebahagian wajahnya sehingga yang hanya tinggal ialah sebelah matanya sahaja. Sesekali terdengar bunyi jeritan halus di sebelah. Afrina menutup mata.
Arggghhhhh!
Afrina terkejut lalu membuka mata. Farahin tersengih. Afrina bangun dari posisi menyiarap tadi. Afrina, Nandini, Nicol, Farahin, Fauziah dan beberapa orang teman sekuliah sedang bermalam di rumah sewa Julia untuk aktiviti “ Horrow night movie’.
“ Sorry...”. Farahin tersengih lagi. Dia yang menjerit sebentar tadi turut sama bangun dari posisi menyiarap. Afrina memandang teman-teman yang berbaring santai di atas lantai, sambil mata menunpu pada kaca televisyen. Tidak gentar dengan cerita yang di tayangkan.
“ Tak apa...aku pun sebenarnya takut juga...”. Afrina menjawab sambil mencapai bungkusan keropok yang masih belum dibuka di atas katil tersebut.
“ Diorang masih nak tengok cerita tu lagi ke? Aku takut sebenarnya...?”. Farahin berbisik. Afrina mengangkat bahu. Matanya turut memandang kaca telefesyen yang menayangkan cerita seram korea “A Tale of Two Sisters”. Keadaan bilik yang sengaja di padamkan lampunya itu sedikit sebanyak menambahkan keseraman cerita tersebut.
“ Dah habis...”. Nandini bangun dari baringan sambil mencapai keropok di tangan Afrina.
“ Dah habis ke?”. Farahin tertanya-tanya.

“ You berdua ni tak tengok ke..?”. Nandini bertanya. Lampu bilik dipasang semula oleh Nicol.
“ Tengok...Cuma you tahu sajalah, I kan penakut...so nyorok-nyorok juga bawah selimut dan bantal..”. Afrina menjawab sambil tersengih. Fauziah menjeling jam di dinding.
“ Awal lagi ni...apa aktiviti seterusnya..?”. Fauziah bertanya. Turut membuka bungkusan makanan ringan yang telah di beli sebelumnya.
“ Kita main permainan nak?”. Nicol mencadangkan. Semua mata memandang ke arah nya.
“ Permainan apa?”. Nandini bertanya.
“ Well...kita main permainan Truth or Dare...?”. Nicol mencadangkan.
“ Kan hari tu dah main..masa kita pergi perkhemahan hari tu...”. Afrina menjawab.
“ Ala...masa tu tak puas sebab semua tak kena....I rasa tak salah kalau kita main sekali lagi...tak ada yang rugi pun kan...”. Nicol menjawab. Yang lain turut mengangguk. Afrina mengeluh perlahan.
“ Kalau dah semua setuju...okey je...”. Afrina  menjawab lemah. Nicol tersenyum. Dia mencapai botol mineral kosong dan di letakkan di tengah-tengah. Semua yang ada bergerak untuk membentuk bulatan.
“ Ready..?”. Nicol bertanya sambil tangan memegang badan botol tersebut, sedia untuk memutarkan botol tersebut.
“ Okey...siapa yang kenaaa....!”.
“ Nandini....its you..!”. Afrina bersuara sambil ketawa.
“ Truth or dare...?”. Nicol bertanya.
“ Truth..”.
“ Ohh...ohh....I nak tanya dulu...”. Afrina bersuara tidak sabar-sabar sambil mengangkat tangan. Nandini membuat muka.
“ Ha Rina...tanyalah...”.

“ You pernah ada crash dengan siapa-siapa...?”. Afrina tersengih. Nandini memuncungkan bibirnya.
“ Mestilah ada..”. Nandini menjawab malu-malu.
“ Siapa dan bila...?”. Nicol bertanya.
“ My classmate masa sekolah dulu...masa tingkatan lima...”. Nandini menjawab.
“ So apa jadi sekarang...?”. Fauziah pula bertanya.
“ Lost contect...last time I dengar, dia fly ke US untuk sambung belajar...”. Nandini menjawab sambil mengangkat bahu.
“ Okey sekarang I pula nak twist...”. Nandini meletakkan tanggannya pada badan botol tersebut sebelum memutarkan mengikut arah lawan jam. Botol tersebut terhenti betul-betul ke arah Nicol.
“ Alamak...”.
“ Truth or dare...?”. Nandini bertanya. Nicol terdiam seketika, berfikir.
“ Dare...?”. Nicol menjawab teragak-agak setelah lama membisu.
“ Okey..I nak you pergi ketuk setiap bilik..dan nyanyikan lagu Negaraku...”. Julia tersengih nakal. Nicol membuntangkan biji matanya.
“ Whattt...? Tengah-tengah malam ni..?”. Nicol memandang Julia tidak percaya. Julia mengangguk.
“ Nanti kacau mereka nak studylah...”. Nicol memberikan alasan.
“ Tak kira...you pergi jugak...”. Julia berkata, masih lagi tersengih. Nicol memandang Afrina dan Nandini dengan pandangan meminta pertolongan.
“ Sorry Nic...cant help..peraturan tetap peraturan..”. Afrina berkata sambil tersengih. Nicol menarik muka empat belasnya sebelum bangun dengan berat hari. Yang lain turut bangun dan mengintai di muka pintu untuk memastikan Nicol menjalankan ‘ Dare’ nya dengan jujur. Setelah


hampir sepuluh minit, di selang selikan dengan bunyi ketawa tertahan-tahan oleh teman-teman yang mengenakannya, Nicol masuk ke dalam bilik dengan raut wajah yang merah padam.
“ Julia...this is my last time I datang sini kerana nampaknya semua housemate you sangka yang I dah gila...”. Nicol berkata sambil duduk mengadap botol mineral di atas lantai. Yang lain turut sama duduk. Masing-masing masih lagi menahan ketawa. Nicol tidak mengendahkan.
“ Okey...I nak pusing ni...”. Nicol memutarkan botol mineral tersebut. Botol tersebut berhenti pada Fauziah.
“ Truth or Dare...”. Nicol bertanya. Fauziah diam sejenak sambil memandang curiga ke arah teman-temannya.
“ Truth..”. Fauziah menjawab tersengih.
“ Tidak cukup berani nak pilih ‘ dare’..?”. Nicol bertanya sambil mengangkat kening. Fauziah menjelirkan lidahnya.
“ Okey, ada siapa yang nak tanya..?”. Nicol bertanya sambil memandang rakan-rakannya yang lain.
“ You pernah menipu semasa peperiksaan...?”. Nandini bertanya.
“ Hmm...the truth is...yes...”. Fauziah menjawab malu-malu. Yang lain membeliakkan biji mata.
“ When...?”. Afrina bertanya.
“ Masa sekolah...masa tingkatan empat....aku tulis nota pada tapak kasut aku..kertas kimia, masa tu aku malas sangat nak buat ulangkaji...”. Fauziah mengaku.
“ Tak kena tangkap ke..?”. Afrina bertanya ingin tahu.
“ Hmm...tak, kena pandai coverlah....tapi sekarang aku dah insaf...tak buat dah benda-benda macam tu...”. Fauziah menjawab sambil tersengih.
“ So, berbaloi tak...?”. Nicol bertanya.


“ Yes, aku lulus..cukup makan....”. Fauziah menjawab sambil ketawa kecil. Tangannya telah sedia diletakkan pada botol sebelum memutarkannya.
“ Aha...!”. Fauziah bersorak. Afrina mengecilkan mata merenung botol yang menghala ke arahnya itu.
“ Truth or dare...?”.
“ Dare...”. Afrina menjawab sambil tersengih. Nicol dan Nandini saling bertukar pandang sebelum tersengih nakal.
“ I nak you call Wafi dan tell him that you love him...”. Nicol berkata sambil menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Afrina yang terlopong mendengar permintaan sahabatnya itu.
“ Whatt...??!”. Afrian terjerit kecil.
“ Rinaa...! kau akan bangunkan seluruh penduduk taman ni kalau kau tak rendahkan suara kau tu...”. Julia bersuara. Bibirnya turut sama mengukir senyuman tatkala mendengar permintaan daripada Nicol itu.
“ Kerja gila ni, lagi pun Wafi mesti dah tidur, dah lewatkan....” Afrina menunjuk ke arah jam di dinding.
“ Tak apa...kita tengok sama ada dia sanggup bangun atau tak untuk dengan kata-kata cinta yang akan diucapkan oleh you nanti...”. Nicol menjawab sambil mengekeh. Wajah Afrina merah padam kerana malu.
“ Tapi..”. Afrina cuba membantah namun Nicol telah sedia mendialkan nombor telefon Wafi dan menghulurkan kepada Afrina.  Afrina menyambut telefon tersebut dengan berat tahu.
“ Ohh..I dah buat lound speaker...”. Nicol berkata sambil tersengih. Afrina memuncungkan bibirnya. Masing-masing mendiamkan diri sambil mendengar deringan yang masih tidak dijawab.
“ Dont pick up...dont pick up...”. Mulut Afrina terkumat kamit menuturkan ayat tersebut sambil berdoa supaya Wafi tidak menjawab pangilan tersebut.

“ Dont pick up...dont pick up...”.
“ Hello...?”.
Berderau darah Afrina tatkala mendengar suara lelaki itu di hujung sebelah sana. Matanya memandang ke arah rakan-rakannya yang masing-masing mempamerkan senyuman nakal. Afrina menarik nafas panjang.
“ Hello...who is this..?”. suara Wafi masih kedengaran.
“ Awak...saya ni...”. Tersekat-sekat Afrina menjawab.
“ Afrina....? awak ke? Guna telefon siapa ni...?”. Wafi bertanya. Afrina memejamkan mata sebelum menarik nafas panjang dan menelan air liur beberapa kali.
“ Awak...? awak okey ke ni...?”. Suara Wafi kedengaran agak cemas apabila Afrina mendiamkan diri.
“ Saya okey...hmm...saya ada benda nak cakap ni...?”.  Afrina bersuara. Terasa getaran pada suaranya.
“ Apa dia...?”. Wafi bertanya.
“ Saya telah dicabar oleh Nicol dalam permainan Truth or Dare...dia  cabar saya cakap pada awak ‘ I love You’...so Wafi...jangan ambil hati ya..this is just a game...”. Afrina terdiam seketika sambil menjeling rakan-rakannya yang menunggu dengan penuh teruja sebelum menyambung. “.....Awak...”. Afrina menelan air liur. “.....I ...lo..love you.....”. Afrina segera memutuskan talian telefon sebelum sempat mendengar reaksi daripada Wafi. Afrina menarik nafas panjang sebelum memandang muka teman-temannya yang tersengih-sengih. Afrina menjeling.
“ Rina...boleh goreng telur kat muka you...” Nandini mengusik. Afrina buat-buat tak dengar.
“ So...shall we...?”. Afrina berkata sambil tangan memegang botol tersebut lalu memusingkannya.

Wednesday, October 26, 2011

Aisha Online Store Giveaway

assalamualaikum,
hari ni aku nak join satu giveaway daripada
Aisha Online Store





antara syarat-syaratnya ialah :

~ You are most welcome to LIKE our Fanpage here:
 http://www.facebook.com/pages/Aisha-Online-Store/189713584406197
~ Creat a blog post about this GIVEAWAYS with title as below(Be creative):
Aisha Online Store Giveaway
*Typing error will not be accepted. reject. Hahaha=p*

~Leave your comment here and dont forget to include your the link to your blog post

~Put this blog link in your entry, and our banner(optional, nk ltk lg bagus ^^) at your sidebar.
You may use this code:

http://aishaonlinestore.blogspot.com/" target="_blank">http://img43.imageshack.us/img43/6307/aishaonlinestoredit.png"/>


Mestilah memenuhi keempat-empat syarat diatas :) 
List of participants will be listed regularly on the sidebar.
Result will be announce here on 4th November ya!
Be creative darlings!
 
dan hadiahnya pula boleh tengk kat sini  :
http://aishaonlinestore.blogspot.com/search/label/Handbag%20*Ready%20Stock*
 
so apa tunggu lagi. jum lah join sebelum terlambat. tarikh bermua 23rd October - 31st October!


NAK JOIN SILA KLIK SINI

Tuesday, October 25, 2011

" terima kasih teman..."

engkau tak kan pernah tahu,
betapa sakitnya hati ini,
dalam menempuh dugaan hidup,
terasa sesak dada,
sehingga kadangkala sukar untuk bernafas,
menghadapi liku-liku hidup ini,
seorang diri tanpa ditemani,
teman yang memahami,
adalah teman yang mengalami,
perkara serupa dalam hidupnya,
terima kasih teman,
kerana kau hadir dalam hidup ini,
memberi kekuatan,
apabila kesakitan hati ini,
dialir keluar kepadamu,
walaupun kau tak banyak membantu,
namun kesudian kau untuk mendengar,
dan memahami,
memang tidak dapat ditukar ganti,
namun kesan kehadiran kau,
mungkin tidak siapa yang dapat ganti,
sekalipun teman yang paling rapat di dalam hidup ini....

" Stand with myself..."

assalamaulaikum,
pernah tak rasa diri tidak diperdulikan? kadangkala hanya perasaan kita sahaja. namun semua itu tak penting. apa yang penting sekarang, kadang kala perasaan tersebut boleh buat kita kuat semangat sebenarnya. contohnya bila kita memerlukan pertolongan atau sekadar memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati kita namun tidak ada yang tampil membantu, sebenarnya perkara itu akan membuatkan kita semakin kuat kalau kita pandai menanganinya. let say...kenapa kita perlukan orang lain sedangkan kita mampu untuk berdiri sendiri selama ini? ( keluarga tidak termasuk dalam list orang lain, jadi boleh diabaikan)


kadangkala orang tidak tahu bagaimana kita mengharungi hidup ini dengan susah payah. orang hanya lihat setelah kita berjaya mengharungi susah payah tersebut. macam steven Jobs, bill gates dan mark. semua itu ada sejarah lampau sendiri yang kita sendiri tak nak melaluinya. jadi, jangan berputus asa dan putus harapan jika tiada sesiapa yang menghulurkan tangan tatkala kita memerlukan bantuan kerana Allah sentiasa disisi..mintalaha bantuan DIA Dan sesungguhnya, kejayaan yang paling manis ialah bila kita tidak mengharapkan bantuan daripada sesiapa selain Allah.

Monday, October 24, 2011

" JIWA ITU...."

sesekali jiwa itu merenung jauh,
berfikir tentang masa depan, masa sekarang, masa lalu...
terlalu banyak yang telah di hadapi,
terlalu banyak yang telah di sakiti dan menyakiti,
kadang kala jiwa mengeluh,
mengeluh bukan mengenangkan nasib,
mengeluh untuk melepaskan beban di dalam hati,
bagaikan tidak tertanggung rasanya..
kadang kala hati itu bertanya,
mengapa diri menjadi pilihan...
adakah tegar untuk jiwa itu menanggung tekanan..
kadang kala jiwa itu rasa sunyi, rasa sepi, rasa terpinggir...
kerana terpaksa mengahadi ujian dan cubaan seorang diri...
hanya kekuatan dalaman pengubat hati..
mampukah jiwa itu untuk melawan..
atau sekurang-kurangya cuba untuk bertahan...?

Sunday, October 23, 2011

" This is my dream...my desire...."

Saturday, October 22, 2011

" Tangan terkena clorox...macam mana nak buat?"

assalamualaikum,
rajinpulak aku nak update hari ni kan..hehe..biasalah..hidup ni bukan lama pun. jadi haruslah dimanfaankan sebaik mungkin. sementara aku tengah ada masa ni, banyaklah boleh nak tulis even entri mengarut pun. hi hi hi. dua tiga hari lepas, aku ada cuci pakaian yang kotor dengan clorox, aku tak nak rendam pakaian tu pasal takut bertompok-tompok, jadi aku curahkan sikit cloroz tu kat tempat yang terkena kotor je dan sental sampai hilang. nasib baik hilang. yang menjadi masalah sekarang. kedua-dua belah tangan aku tiba-tiba jadi macam gambar kat bawah. dah rupa macam sarung tangan getah pulak

lepas tu, sekarang ni kedua-dua belah tangan aku dah meneglupas even aku dah basuh dengan sabun apa. aku tunjuk kat mak aku. mak pulak bising2 cakap patutnya rendam jelah. nampaknya aku lagi sayang seluar dari tangan ke? taklah macam tu, cuma tak terfikir pulak akan jadi macam ni. so macam mana nak buat ek?

p/s: makin menipis kulit tangan aku.huhuhu...takpe tak ada siapa yang kisah pun.

" Saya sudah ke bulan..anda bagaimana?"

assalamualaikum,
maaflah if sebelum ini blog ini diprivatekan atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan disini( bajet ada je yang datang baca blog ni..)
apa-apa pun, past is past..tak payah nak kenang lagi. hari ni nak tunjuk pic kat bawah sikit. aku dah pergi ke bulan...korang?hehe...

" I MISS MY STUDENS "

assalamualaikum,
tadi ex-housmate aku hantar tweet dekat aku. katanya student aku tulis something pada kertas dia. yeah..student jumaat malam memang antara students yang rapat dengan aku kerana hampir setahun aku mengajar mereka dan aku memang satu2nya cikgu mereka sejak dari tahun lepas lagi. mereka ini students baru, jadi tak ada lagi cikgu yang pernah mengajar mereka selain aku.sebab tulah mereka ni selamba badak je buat kelas aku macam restoran, bawak macam-macam makanan, gaya dah macam bukak mapley pun ada. bila ditanya kenapa tak makan kat rumah. alasan makan kat rumah tak best. makan dalam kelas baru best. aku memang tak paham. adakah muka aku ini boleh membangkitkan selera makan mereka?sampai sekarang aku tak dapat jawapannya. kadang-kala aku join jugak makan dengan dioarang.keh2..apa-apa pun sedih aku baca tweet dari ex-housmate aku ni. im so sad too dear..right now...right here..love you all...take care...ada rezekei kita jumpa lagi kat mana-mana...dont forget me..

im so sad w/out you teacher...
( she wrote )
p/s: feeling sad. tambah2 time hujan sekarang.

Friday, October 21, 2011

Stress??


Merujuk pada post "Wordless Thursday: Stress" oleh Cahaya, aku ingin berbicara ringkas tentang stress atau tension ni dengan mengandaikan stress ni adalah tekanan dari ujian kehidupan seharian.


Sememangnya tekanan or stress dalam menghadapi ujian mmg perit utk dihadapi...dan its not so easy utk hati kita "redha" dengan ketentuan-Nya. Namun, stiap yg berlaku pasti ada hikmah. Sebagai hamba, naluri semulajadi manusia akan terdorong utk kembali pada Penciptanya. Kita mencari Dia apabila ditimpa kesukaran dan kesakitan. Tangisan, ratapan, luahan serta harapan semua hanya pada Dia. Biarpun selama ini manusia sering melupakanNya, Dia tetap akan mendengar segala rintihan hamba-Nya itu. Dan Dia tak pernah abaikan kita walaupun tau kelak bila kita terlepas dari kesusahan ni, kita akan terus lari dan lupa kepadaNya.

Sesungguhnya ujian yg datang adalah ibarat airport iaitu biar setinggi manapun kapal terbang itu terbang, ia harus landing jugak utk servise, isi minyak, maintenance dan segala2nya bagi menjamin hayat dan keselamatan flight agar tak crash. So sama lar dgn manusia. Dia menguji kita dgn ujian agar kita ingat Dia, mencari Dia, merayu pd Dia, dan setrusnya kembali dalam lingkungan rahmat kasihNya. Angaplah ujian itu sbg kirafah, tazkirah serta tazkiyah dari Nya buat hamba2-Nya yg mahu berfikir. Jika Dia tidak memberi ujian yg buatkan kita stress, nescaya kita akan crash akibat tidak diservise dgn sempurna.

So banyakkan bersabar dalam menghadapi sbrg bentuk ujian kehidupan. Figure out cara utk menyelesaikan masalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Comfirm2 Dia akan bantu kita atasi STRESS. :-)


" lelaki berkulit gelap lebih seksiiii...."

assalamualaikum...
sila baca di atas...dapt dari FB..hehe...kenapa post pic ni? saje je...;P

Thursday, October 20, 2011

"Wordless Thursday : stress "

BAB 10 : (MANUSKRIP TERBARU..)

 assalamualaikum, hari ni tetiba rasa nak update blog. mana aci co-admin lagi rajin update blog dari admin kan.ekekek..ni aku pun tak tahu nak tulis apa, so aku just paste bab 10 manuskrip terbaru aku. smapai sakit-sakit kepala ni nak menyiapkan benda alah ni..enjoy..

                                              BAB 10
“ Aik....takkan dah pancit kot...”.
Afrina menjeling ke arah Wafi sekilas namun tidak mengendahkan usikan lelaki itu. Dia mengelap peluh yang membasahi dahinya. Sesekali dia meneguk air mineral yang memang sengaja di bawanya. Baru main baling-baling bola dah pancit macam ni. Belum full set match lagi. Afrina melepaskan lelah. Agak lama tak pegang bola keranjang, macam tulah jadinya. Kali terakhir dia main bola keranjang ini ialah semasa perlawanan persahabatan semasa zaman matrik dulu. Lepas tu langsung tak ingat bola campak mana kat rumah tu.
“ Takkan dah penat kot..baru 20 minit..tu pun bukan main betul pun...baling-baling bola masuk dalam gol je..”. Suara Wafi berbaur usikan menerjah gegendang telinganya. Afrina menjeling sekilas di sebelah apabila Wafi turut melabuhkan diri di sebelahnya. Bola keranjang diletakkan pegun di atas simen gelanggang berwarna biru tua itu. Afrina tidak ambil pusing. Matanya memandang sekeliling. Agak ramai siswa dan siswi pada waktu itu. Ada yang bermain sepak raga, ada yang bermain bola jaring dan ada juga yang bermain futsal. Kelihatan beberapa orang teman sekuliah dan seniornya yang berada di situ, menghabiskan masa senggang petang mereka dengan aktiviti-aktiviti sukan. Kelihatan juga Khairul, teman sebilik Wafi di situ, sedang sibuk bermain futsal. Sesekali wafi mengangkat tangan membalas sapaan beberapa orang pelajar. Memang tidak dinafikan yang Wafi agak terkenal di universiti ini. Siapa tak kenal Wafi, pengerusi kelab bola keranjang di samping naib president majlis perwakilan pelajar. Oh terlupa, dia juga merupakan naib pengerusi persatuan matematik. Semua jawatan-jawatan penting di sini kalau boleh semua dia nak sapu. Macam semasa di sekolah juga. Dan tidak mengejutkan sebenarnya jika Wafi agak popular di universiti ini terutama dalam kalangan siswi  kerana sejak di bangku sekolah lagi, Wafi antara yang paling diminati oleh pelajar-pelajar perempuan sekolahnaya, tidak kira golongan junior atau senior. Afrina tersenyum tatkala mengigatkan kenangan dulu. Masih ingat lagi semasa sekolah dulu, Wafi pernah datang berjumpanya dengan muka yang monyok sambil membawa sekotak besar yang berisi surat-surat daripada ‘peminatnya’
“ Apa ni..?”. Afrina menunjuk pada kotak besar yang diletakkan di atas meja.


“ Sampah...”.
Afrina mengerutkan dahi. Tangannya menyeluk ke dalam kotak tersebut dan mengeluarkan beberapa keping kad berwarna warni. Dari yang sekecil-kecil buku 555 hinggalah ke sebesar meja. Afrina mengambil sekeping kad buatan sendiri bersampul merah jambu. Afrina membaca tulisan yang tertulis di hadapan kad tersebut.
kepada kekasih hatiku : Wafi ’
Afrina memandang silih ganti antara wajah Wafi yang masam mencuka itu dengan sampul di tangannya sebelum terhambur gelak ketawa yang tidak mampu ditahan-tahan lagi. Terbongkok-bongkok dia menahan ketawa. Tangannya menekan kuat perut kerana terlalu banyak ketawa. Setelah hampir lima minit, dia bangun dan duduk semula di kerusinya. Wafi hanya merengus dan mengomel seorang diri sambil berpeluk tubuh. Tali leher pengawasnya telah dicampak di atas meja.
“ Oit cik abang, kita sekarang ni masih lagi kat dalam kawasan sekolah...”. Afrina menegur Wafi sambil ketawa kecil. Geli hatinya masih belum hilang.
“ So....?”. Wafi bertanya malas.
“ So...sebagai seorang ketua pengawas merangkap ketua majlis perwakilan pelajar...etika pemakaian itu adalah sangat penting dan menjadi contoh teladan kepada pelajar yang lain...”. Afrina menjawab seolah-olah sedang menyampaikan ceramah motivasi semasa perhimpunan pagi. Wafi merengus namun tali leher tersebut kekal di tempat sebelumnya. Afrina mengangkat bahu.
“ Awak tak kisah kan kalau....”. Afrina menunjukkan kad di tangannya dan teragak-agak.
“ Whatever...”.
Afrina tersengih lebar lantas segera mengoyakkan kad tersebut.
“ Awak nak saya baca kuat-kuat atau perlahan-lahan?”. Afrina bertanya sambil tersengih. Wafi tidak menjawab.


“ Ehem....ehem...” Afrina berpura-pura membetulkan nada suaranya sebelum menyambung.
“...Kehadapan saudara Wafi yang sentiasa diingati....”. Afrina terhenti seketika untuk menahan ketawanya daripada meletus. Bimbang Wafi naik angin.
“ ...Tujuan saya menulis kad ini, adalah ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 17..semoga awak sentiasa ceria dan hensem selalu..”. Berdekit-dekit Afrina menahan ketawa. Wafi hanya merenung ke arah lain sambil berpeluk tubuh.
“ Ehem....” Afrina berdehem seketika sebelum menyambung. “....sebenarnya, saya sudah lama menaruh hari kepada saudara Wafi..atau...boleh saya panggil sebagai abang Wafi..? Bolehlah ek pasal nampak lebih mesra sikit...hi hi hi...”. Afrina cuba menahan gelaknya dan meneruskan bacaan.
“....Seperti yang saya tulis tadi, saya memang dah lama menaruh minat pada abang Wafi...saya pun tak tahu kenapa saya minat sangat pada abang Wafi, mungkin sebab muka abang Wafi macam pelakon Korea Lee Min Ho tu..abang Wafi kenal tak? Ala yang berlakon sebagai Goo Jun Pyo dalam Boys Over Flowers tu....hi hi hi...,”. Afrina menekup mulut menahan ketawa sebelum menyambung. Sesekali dia menyeka air mata yang keluar akibat terlalu banyak ketawa.
“.....saya memang minat sangat dekat Lee Min Ho tu, jadi memandangkan rupa abang Wafi macam muka dia, jadi saya pun tiba-tiba jadi minat pada abang Wafi...tak salah kan..hi hi hi..” Afrina tidak mampu membendung ketawanya lagi lantas menundukkan badan ntuk melindungi ketawa yang mengila itu. Hampir sepuluh minit masa yang diambil olehnya untuk kembali tenang. Afrina menegakkan badannya dan berdehem. Dia menjeling wajah Wafi yang masam mencuka itu. Afrina mengigit bibir.
“ Mana awak dapat semua surat-surat ni..?”. Afrina meletakkan kembali kad yang baru separuh sahaja dibacanya kembali ke dalam kotak. Tangannya menguis isi kotak tersebut. Terdapat kotak-kotak kecil berupa hadiah yang berbalut kemas.
“ Dalam loker...” Sepatah Wafi menjawab.
“ Ini pun...?”. Afrina menunjukkan kotak hadiah berbalut rapi ditangannya.
“ Bawah meja....”.

“ Ohh....dasyat budak-budak sekarang...”. Afrina berkata smabil tersengih. Namun Wafi menarik muka empat belasnya.
“ Yang awak nak tarik muka empat belas tu kenapa? Patutnya awak rasa gembira...bangga...ramai orang minat apa...” Afrina berkata cuba memujuk. Wafi mendengus.
“ Okey apa..at least budak- budak ni anggap awak sebagai....siapa tadi...”. Afrina mencapai kad tadi dan membaca isi kandungan kad tersebut semula sebelum menyambung “....sebagai Lee Min Ho...”. Afrina menahan ketawa namun terhenti. Nampaknya lawak jenaka tidak membantu. Afrina terdiam seketika sebelum mencapai beg sekolahnya. Dia menghulurkan tangan, menyeluk ke dalam beg sebelum mengeluarkan sesuatu.
“ Saya ingat nak bagi awak benda ni, tapi nampaknya awak tak gembira dengan semu benda yang awak terima...so saya rasa....”. Afrian terdiam secara tiba-tiba akibat terkejut kerana Wafi tiba-tiba sahaja bangun dan merampas kotak dan kad yang ingin dimasukkan kembali ke dalam beg. Afrina terkebil-kebil memandang Wafi yang membelek-belek kotak hadiah dan kad yang diambil dari tanganAfrina.
“ Boleh bukak sekarang...?”. Wafi menunjuk pada kad dan kotak ditangannya. Afrina mengambil masa selama beberapa saat untuk mengangguk tanda setuju. Masih lagi terkejut dengan perubahan drastik lelaki itu.
“ Senyum sorang-sorang tu kenapa”.
Afrina tersentak daripada lamunan. Dia menoleh ke sebelah. Wajah Wafi yang berkerut memandangnya dengan tanda tanya. Bola keranjang di hadapannya di putar ligat di hujung jari telunjuk.
“ Tak ada apa-apa...”. Afrina menjawab, memalingkan muka sambil menahan senyuman lebar di bibir.