RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, September 2, 2011

" contengan jalanan by HLOVATE | pandangan aku tentang novel ini....

assalamulaikum,
selamat hari raya, aku percaya masih ramai lagi yang bermood hari raya....dah lama rasanya aku tak update blog, malas rasanya raya2 ni. tapi dalam raya2 ni, sempat juga aku habiskan satu novel ni. karya HLOVATE. aku tak taulah berapa ramai yang tak kenal HLOVATE ni...sebab bagi aku, novel dia memang best2. tapi novel ni yang pertama aku beli sendiri, novel yang lain banyak aku dah baca di blog dia. apa yang aku suka tentang novel ini ialah, dia tak menjadikan cinta lovey-dovey as a main theme. tu yang aku suka. sesetengah noveli yang banyak kat pasaran ni, semua menjadikan isu cinta sesama manusia sebagai tema utama. sometimes rasa boring pon ada. tambah2 aku tak berapa minat sangat baca novel cintan ni. cinta sikit2 sebagai perencah tu okey lagi. berbalik kepada novel HLOVATE ni...kebanyakan novel dia menyelitkan tentang keagamaan...macam mana budak yang hampir rosal akhlaknya berusaha untuk berubah kearah kebaikan...kira kalau baca buku dia ni, maksudnya definisi ' better late than never ' tu memang tepat sekali...
novel contengang jalanan ni memang unik..tengok cover dia je dah tahu. tak percaya, cuba tengok bawah.



apa yang unik? cuba tengok betul2...cover dia ada yang terbalik dan ada yang betul kan? tu maksudnya, buku ni ada dua cerita dalam satu novel. memula kena baca yang I-Fend dulu kemudian barulah II-K2,
cerita I-Fend ni tentang Fend yang mencari maksud 11th hours man...kemudian sepupnya chad turut mengheret Fend ke benua australia untuk mencari makna 11th hours man...apa maksud 11th hours man tu? korang kena baca sendirilah...tak suspen if aku yang cerita.
untuk II-K2 ni pulak kesinambungan kepada I-Fend, cuma yang ni cerita dari sudut pandangan kawan Fend iaitu K2, macam mana K2 turut mengembara ke indonesia untuk mencari sebab kenapa Fend mencari 11th Hours man..dan apa yang menarik dalam novel ni, skatchbook yang Fend buat untuk K2 telah dipass oleh K2 kepada Yani, kawan K2, dan aku dapat rasakan if novel ini adalah real life, skatchbook tu akan terus di pass ke tangan orang yang telah dipilih oleh Allah untuk berubah....
jadi apa2 pon...aku memang suggenst buku ni untuk dibaca...aku beli secara online kat jemari seni. dapat discount 20% lagi....dan memang tak dinafkan, novel2 HLOVATE juga mejadi sumber inspirasi aku untuk menulis novel sehinggalah lahirnya BUKAN KEMBAR TAPI SAMA....

2 140 tukang karut:

hana said...

?????

Cahaya said...

hana>>???

Post a Comment