RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, August 19, 2011

" jangan kita TERLALU OBSESS dengan seseorang| perhatian kepada sang kekasih "

assalamualaikum, salam hari Jumaat,
hari ni dah 19 ramadan, pejam celik pejam celik je, ramadan dah hampir ke penghujungnya. kejap je masa berlalu. hari ni aku bersiaran dari tempat kerja. sambil2 buat bahan minggu depan, aku rasa elok jugak aku layan update blog. dah bersawang berhabuk bagai blog aku tanpa pembelaan sewajarnya. maklumlah sibukkk bebenor plus malas tahap petala ke lapan. tapi hari ni, aku agak rajin pulak nak update blog memandangkan bahan aku hampir siap. masa nak balik pulak ada lagi sejam lebih. so dari aku buat benda tak berfaedah tu, baik aku buat2 menaip update blog, nampaklah aku bz sikitkan..hehe..
okeylah..hari ni aku nak cakap pasal topik OBSESS, kalau ikut E-Kamus yang ada dalam lappy aku ni, Obsess bermaksud terlalu memikirkan atau menghantui. kira kalau ikut maksud senang paham, terlalu taksub dengan sesuatu. contohnya, ada manusia yang terlalu OBSESS dengan barang branded. ada jugak yang OBSESS dengan K-POP contonya. maksudnya terlalu sukaaaaaaaa sangat sampai jadi fanatik.
hari ni aku nak kecilkan skop pasal OBSESS ni. aku nak cerita tentang OBSESS terhadap manusia. maksud OBSESS terhadap manusia ni, seseorang tu terlalu memuja manusia lain atau terlalu menumpukan hidup dia just untuk orang tertentu. contoh macam anak orang yang fanatik giler dengan JUSTIN BIEBER. sampai sanggup buat folio JUSTIN BIEBER walhal folia sejarah n geo untuk projek sekolah tak siap2 pon.
contoh lain pulak, boypren or gurlpren yang terlalu menumpukan idup dia semata-mata untuk sang kekasih. kes kat sini bukan bermaksud menghambakan diri pada kekasih tersebut, cuma masa dan tenaga hanya untuk kekasih sehingga sanggup mengabaikan personal life sendiri. macam sekarang ni, patutnye si polan tu menghabiskan masa enjoy dengan dunia luar lika lepak-jimba-buang masa-tengok wayang dekat Mall dengan kengkawan-sahabat tapi dia lebih suka duduk terperap berSMS non stop dengan sang kekasih.
bila perkara ini terjadi, si polan tu dah tak ada dunia luar, means tak macam orang lain yang ada masa-masa seronok selain dengan kekasihnya. sebenarnya, aku rasa benda ni macam tak bagus untuk kesihatan mental. sebabnya, kekadang even si polan ni menumpukan seluruh sosial life dia hanya untuk kekasih, tapi kekasih tu takde pon nak buat bneda yang sama yang si polan ni buat, kira macam bertepuk sebelah tangan-takkan berbunyi-sang kekasih tu ada je sosial life sendiri-every weekend pergi holiday dengan family or frends.
bila dah kekasih tu lepaking dengan kengkawan aka ada sosial life sendiri yang mana si polan tadi tak termasuk dalam senarai 'lepaking members', akan terjadi perang dingin. hal ini kerana, kalau dah kita lepak2 dengan family dengan kawan2, sure2lah kita takkan boleh nak bagi layanan sepenuhnya pada kekasih kita kan. kalau berSMS tu, sure2 dia balas lambat pasal sibuk berdebat sape penjaring terbanyak FIFA WORLD CUP atau berbual santai dengan family. so apa jadi dengan si polan yang telah mengorbankan masa sosial life dia ni hanya untu kekasih? mesti rasa tersisih, terabai dan rasa tak dipedulikan.
jadi aku rasa, even kita sayangkan atau fanatik pada seseorang, biarlah berpada-pada. masa nilah kita nk enjoy bagai. cuma jangan keterlaluan. jagalah batas2 pergaulan. ingatlah orang tersayang. dan aku rasa, kalau kita tak terlalu menumpukan seluruh hidup kita ni pada seseorang dan chill je dengan life kita, mesti takkan ada perang dingn yang berlaku disebabkan rasa 'lonely'.
walaupun kita tak ska nak lepak2 dengan kawan2 pun, or buang masa dengan tengok movie ke hape ke, apa kata kalau kita just lepak atas katil berbaring2 sambil mendengar muzik kegemaran sambil baca buku TWILIGH or novel HLOVATE. hehe..sure bahagia hidup kita dan lebih relax. boypren/gurlpren nak balas SMS kita lambat pon takpe sebab kita sedang chill dengan life kita. remember...!! hidup dan masa kita adalah sangat berharga.

sekian saja entry kali ini. Sayonara...;P
(mood dengar lagu raya ni..+ lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan...)

2 140 tukang karut:

Imperfect.Blogspot.Com said...

kadang2 susah nak lari dari sikap mcm ni bila obsess dah mulai bersarang di hati .. hmm.. Bersedeharnalah dalam apa jua perkara, kerana itu lebih baik ..

Cahaya said...

Imperfect.Blogspot.Com>>memang betul tu..sy setuju..tp slow2 boleh..yg penting tanamkan niat..hehe..

Post a Comment