RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, August 27, 2011

" explore race di super market..."

assalamualaikum....
lama dah rasanya tak update blog ni. bukan apa. sibuk sikit. maklumlah nak cuti raya seminggu, macam2 kena setel. dengan pelbagai masalah di tempat kerja. ok aku malas cerita hal kerja tengah2 mood cuti nak raya ni. tadi aku sempat ke super market shopping barang nak buat biskut raya. orang memang ramai berpusu2. masing2 dengan kertas ' check-list' di tangan.rata2 aku tengok semua sama je. tak kira budak2, orang tua, lelaki, perempuan, muda remaja....semua sama je. maksud sama tu means tangan pegang kertas senarai barang nak beli apa dan tangan sebelah lagi tolak troli. aku pon tak terkecuali. siap berlari2 lagi dalam super market tu pasal nak cepat...kaunter dah panjang berkilometer. so kira macam nak rebut kaunterlah...lama wooo nak tunggu turn tu..
esok baru start nak buat biskut raya. ingat nak buat 2 jenis je. biskut sarang semut ngan semperit. lepas tu nak buat moist choc cake pasalnya biskut yang lain ayah aku dah beli. kira kuih tunjuk jelah..hehe..persiapan raya tahun ni untuk aku sendiri, ala kadar je. aku hanya beli kasut dan  shawl je. baju raya tak beli pon pasal ada sepasang yang belum pernah pakai.aku lebih suka spend duit tu bagi duit raya pada adik2 n mak ayah.
untuk aku sendiri...malas nak sakan sangat shopping.
oh ya, tadi baru je ambil emas dinar dari dealer area umah aku. harga dalam rm 825. frust sikit pasal ptg sebelum ambil emas tu, aku check harga dia. dah jatuh sikit dalam 798 tak silap aku..tapi takpelah..dia akan naik juga nanti. aku akan simpan untuk 2 3 tahun jugak kot. untuk pelaburan akan datang. bentuk dinar tu kecik je. macam duit 10sen je aku tengok. tapi berat jugak. dlm 4g. ni aku baru je berjinak2 nak buat pelaburan emas, orang cakap untung lagi dari asb. so aku pon keluarkan duit asb aku sikit untuk melabur dalam emas ni. maybe ada rezeki lebih sikit, aku akan beli pula emas  block pulak.
p/s: selamat hari raya. maaf zahir batin kepada rakan blogger. mode * tolong ayah lipat ketupat daun palas*

0 140 tukang karut:

Post a Comment