RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, August 29, 2011

" selamat hari raya..."

assalamulaikum,
seperti yang semua dah tahu, esok telah diistiharkan raya. jadi aku ingin menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki ingin memohon maaf sekiranya aku ada terkasar bahasa sepanang berblog ni. kalau ada mane2 entri yang terover sangat sampai meninggung sesetengah pihak, minta maaf ye. tak sengaja tu.
jadi, kepada yang sedang otw ke kampung, selamat pergi dan selamat kembali. seronok kan beraya di kampung halaman.....

Saturday, August 27, 2011

" JUBAH ABAYA FOR RAYA | dah macam pantun satu kerat. hehe "

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. 
hari ni dah 20 ramadhan. tinggal 10 hari saja lagi. ehhhh, tahun ni kita puasa 29 hari je kan.hehe. cuaca hari ni memang best. hujaannnnnnnnn. pagi tadi ikut mak ayah pergi pasar tani smabil shoping sikit barang dapur. aku sebenarnya gigih bangun pagi ni pasal nak cari kad raya.punyalah susah nak cari kad rasa sebab sekarang ni bukan trend orang bagi kad raya dah. tapiiiii....memandangkan aku berjiwa patriotik ( tetiba je...takde kaitan langsung) aku cari jugak kad raya untuk diberikan kepada yang tersayang. hehe..memang susah nak cari. puasa2 ni banyak plak kene merantau cari kad raya dari kedai ke kedai. aku shoping kasut pon tak delah macam ni ( okey, ini tipu..)

korang semua dah beli persiapan raya? tahun ni aku tak beli baju raya pasal aku ada sepasang baju chiffon yang tak pernah pakai lagi. so malas nak beriya sangat. tapi aku nak cari kasut galidator yang dari tahun lepas lagi aku cari tak jumpa2 yang berkenan di hati. kalau jumpa pon sume tapak tinggi 4 inci. adoii....sakit kaki aku pakai. tapi tadi aku baru je lepas beli jubah abaya online. murah pon murah. cantik pulak tu. aku servey kat kedai, jubah macam tu dekat rm 200. tapi yang ni aku jumpa harga murah gile siap free postage lagi. minggu depan akan dapat. tadi aku bayar, terus owner blog tu pos. cekap tak cekapnya kan. Nilah jubah yang aku beli tu.

 cantik kan jubah ni. kalau kat kedai, memang dah mahal. tapi jubah ni dia bg discount 
rm 110 free postage. ha. ada ke kat tempat lain yang lagi murah dari harga ni??


aku sebenarnya minat jubah ni. tapi tak ada saiz pulak. sedih kan.
huhuhu...jubah ni sungguh unik apa...

nak tahu aku beli kat mana?

p/s: dah dapt jubah ni. sebenarnya jubah ni bukan untuk pakai raya pon. cuma tengah sale. aku pon beli jelah. tema raya tahun ni adalah hijau.hehe..saje nak ada simpanan jubah untuk di pakai ketika memerlukan nanti.hehe..

" explore race di super market..."

assalamualaikum....
lama dah rasanya tak update blog ni. bukan apa. sibuk sikit. maklumlah nak cuti raya seminggu, macam2 kena setel. dengan pelbagai masalah di tempat kerja. ok aku malas cerita hal kerja tengah2 mood cuti nak raya ni. tadi aku sempat ke super market shopping barang nak buat biskut raya. orang memang ramai berpusu2. masing2 dengan kertas ' check-list' di tangan.rata2 aku tengok semua sama je. tak kira budak2, orang tua, lelaki, perempuan, muda remaja....semua sama je. maksud sama tu means tangan pegang kertas senarai barang nak beli apa dan tangan sebelah lagi tolak troli. aku pon tak terkecuali. siap berlari2 lagi dalam super market tu pasal nak cepat...kaunter dah panjang berkilometer. so kira macam nak rebut kaunterlah...lama wooo nak tunggu turn tu..
esok baru start nak buat biskut raya. ingat nak buat 2 jenis je. biskut sarang semut ngan semperit. lepas tu nak buat moist choc cake pasalnya biskut yang lain ayah aku dah beli. kira kuih tunjuk jelah..hehe..persiapan raya tahun ni untuk aku sendiri, ala kadar je. aku hanya beli kasut dan  shawl je. baju raya tak beli pon pasal ada sepasang yang belum pernah pakai.aku lebih suka spend duit tu bagi duit raya pada adik2 n mak ayah.
untuk aku sendiri...malas nak sakan sangat shopping.
oh ya, tadi baru je ambil emas dinar dari dealer area umah aku. harga dalam rm 825. frust sikit pasal ptg sebelum ambil emas tu, aku check harga dia. dah jatuh sikit dalam 798 tak silap aku..tapi takpelah..dia akan naik juga nanti. aku akan simpan untuk 2 3 tahun jugak kot. untuk pelaburan akan datang. bentuk dinar tu kecik je. macam duit 10sen je aku tengok. tapi berat jugak. dlm 4g. ni aku baru je berjinak2 nak buat pelaburan emas, orang cakap untung lagi dari asb. so aku pon keluarkan duit asb aku sikit untuk melabur dalam emas ni. maybe ada rezeki lebih sikit, aku akan beli pula emas  block pulak.
p/s: selamat hari raya. maaf zahir batin kepada rakan blogger. mode * tolong ayah lipat ketupat daun palas*

Wednesday, August 24, 2011

" 20 CARA WAT KAN ROOMATE ANDA GILE "

20 CARA WAT KAN ROOMATE ANDA GILE

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

Saturday, August 20, 2011

" sampai hati awak curang pada saya...."


 Assalamualaikum...
sebenarnya aku nak bagitahu cerita sedih. terasa sebak di dada. rasa nak menangis meraung-raung. sukar sekali untuk aku percaya dan menerima hakikat. sampai hati dia buat macam tu pada aku. selama ini aku setia padanya selama tujuh tahun.TUJUH TAHUN!! segala payah susah senang kita bersama-sama. aku sentiasa memberikan sokongan. awakkkk....sampai hati awak buat saya macam ni. sampai hati awak ada perempuan lain. apa kurangnya sayaaaa....apa lebihnya diaaaaaa...tidakkk....tidakkkkk...saya tak mampu nak terima hakikat ini apabila melihat gambar dan bukti kecurangan awak pada saya....apa?? awak masih mahu nak menafikan?? okey...ini buktinya...bukti awak curang pada saya.....

















sampai hati awak 
daniel radcliffe with his new gf..sobs..sobs

p/s: dalam Harry Potter lagi cute si DR ni.

Friday, August 19, 2011

" jangan kita TERLALU OBSESS dengan seseorang| perhatian kepada sang kekasih "

assalamualaikum, salam hari Jumaat,
hari ni dah 19 ramadan, pejam celik pejam celik je, ramadan dah hampir ke penghujungnya. kejap je masa berlalu. hari ni aku bersiaran dari tempat kerja. sambil2 buat bahan minggu depan, aku rasa elok jugak aku layan update blog. dah bersawang berhabuk bagai blog aku tanpa pembelaan sewajarnya. maklumlah sibukkk bebenor plus malas tahap petala ke lapan. tapi hari ni, aku agak rajin pulak nak update blog memandangkan bahan aku hampir siap. masa nak balik pulak ada lagi sejam lebih. so dari aku buat benda tak berfaedah tu, baik aku buat2 menaip update blog, nampaklah aku bz sikitkan..hehe..
okeylah..hari ni aku nak cakap pasal topik OBSESS, kalau ikut E-Kamus yang ada dalam lappy aku ni, Obsess bermaksud terlalu memikirkan atau menghantui. kira kalau ikut maksud senang paham, terlalu taksub dengan sesuatu. contohnya, ada manusia yang terlalu OBSESS dengan barang branded. ada jugak yang OBSESS dengan K-POP contonya. maksudnya terlalu sukaaaaaaaa sangat sampai jadi fanatik.
hari ni aku nak kecilkan skop pasal OBSESS ni. aku nak cerita tentang OBSESS terhadap manusia. maksud OBSESS terhadap manusia ni, seseorang tu terlalu memuja manusia lain atau terlalu menumpukan hidup dia just untuk orang tertentu. contoh macam anak orang yang fanatik giler dengan JUSTIN BIEBER. sampai sanggup buat folio JUSTIN BIEBER walhal folia sejarah n geo untuk projek sekolah tak siap2 pon.
contoh lain pulak, boypren or gurlpren yang terlalu menumpukan idup dia semata-mata untuk sang kekasih. kes kat sini bukan bermaksud menghambakan diri pada kekasih tersebut, cuma masa dan tenaga hanya untuk kekasih sehingga sanggup mengabaikan personal life sendiri. macam sekarang ni, patutnye si polan tu menghabiskan masa enjoy dengan dunia luar lika lepak-jimba-buang masa-tengok wayang dekat Mall dengan kengkawan-sahabat tapi dia lebih suka duduk terperap berSMS non stop dengan sang kekasih.
bila perkara ini terjadi, si polan tu dah tak ada dunia luar, means tak macam orang lain yang ada masa-masa seronok selain dengan kekasihnya. sebenarnya, aku rasa benda ni macam tak bagus untuk kesihatan mental. sebabnya, kekadang even si polan ni menumpukan seluruh sosial life dia hanya untuk kekasih, tapi kekasih tu takde pon nak buat bneda yang sama yang si polan ni buat, kira macam bertepuk sebelah tangan-takkan berbunyi-sang kekasih tu ada je sosial life sendiri-every weekend pergi holiday dengan family or frends.
bila dah kekasih tu lepaking dengan kengkawan aka ada sosial life sendiri yang mana si polan tadi tak termasuk dalam senarai 'lepaking members', akan terjadi perang dingin. hal ini kerana, kalau dah kita lepak2 dengan family dengan kawan2, sure2lah kita takkan boleh nak bagi layanan sepenuhnya pada kekasih kita kan. kalau berSMS tu, sure2 dia balas lambat pasal sibuk berdebat sape penjaring terbanyak FIFA WORLD CUP atau berbual santai dengan family. so apa jadi dengan si polan yang telah mengorbankan masa sosial life dia ni hanya untu kekasih? mesti rasa tersisih, terabai dan rasa tak dipedulikan.
jadi aku rasa, even kita sayangkan atau fanatik pada seseorang, biarlah berpada-pada. masa nilah kita nk enjoy bagai. cuma jangan keterlaluan. jagalah batas2 pergaulan. ingatlah orang tersayang. dan aku rasa, kalau kita tak terlalu menumpukan seluruh hidup kita ni pada seseorang dan chill je dengan life kita, mesti takkan ada perang dingn yang berlaku disebabkan rasa 'lonely'.
walaupun kita tak ska nak lepak2 dengan kawan2 pun, or buang masa dengan tengok movie ke hape ke, apa kata kalau kita just lepak atas katil berbaring2 sambil mendengar muzik kegemaran sambil baca buku TWILIGH or novel HLOVATE. hehe..sure bahagia hidup kita dan lebih relax. boypren/gurlpren nak balas SMS kita lambat pon takpe sebab kita sedang chill dengan life kita. remember...!! hidup dan masa kita adalah sangat berharga.

sekian saja entry kali ini. Sayonara...;P
(mood dengar lagu raya ni..+ lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan...)

Saturday, August 6, 2011

" Thank God Today Its Friday | unluck day of the week..."

assalamualaikum....
sekarang aku ada kat rumah parent aku. perghhh...laju je aku balik tinggalkan rumah sewa n tempat kerja. yelah, duduk sana lama2 pon buat apa. buat serabut je. huh! hari ni memang hari ' NAK MARAH' sedunialah. satu2 benda terjadi. kalau benda baik takpe. ni di bulan mulia hari mulia, Allah nak uji lebih sikit kat aku kot. dimulakan dengan peristiwa pukul 7 pagi tadi lagi, yang tu aku malas nak ulas. lepas tu pulak, petang tadi dalam pukul 5 petang, bos aku buat kalut. mntak bahan last minit.pergggghhhhh....dengan kelas aku sendiri tak terbela. yg bestnya, sebelum ni kalau aku terhegeh2 nak cari bahan, memang sure bos akan tanya tak ada kelas ke? tapi tadi sorang pon tak ada nk tanye  bila dia tgk aku kalut selak file macam orang gilak cari bahan. memang aku nak mengamuk dah hari ni. macam t*hi je memasing. kesian kat student aku terabai gara2 orang lain punye pasal. sampai student aku pon ckp relax aa cikgu, jangan kalut sangat. pastu bos aku membebel ckp aku tarik muka depan student. aku pedulik ape. tahap sabar aku sebagai seorang manusia biasa ni dah hampir capai takat limit. dahlah bulan puasa.semua beban nak letak atas kepala aku. aku memang pantang betul kalau buat kerja last minit mcm ni. aku tak pedulik dah dorang nak kata apa. kalau ada offer lain lama aku cabut.huh..!!
lepas tu tahu pulak nak ambik ati aku dengan buat lawak. aku marah kejap je. tp ari2 mcm ni memang boleh jem pale otak aku...tapi kawan2 aku ckp muka aku sungguh macam nak mengamuk kat orang. huhu..selagi aku boleh sabar, aku sabar, tapi kalau dah muka tak boleh blah tu, dah tak boleh nak sabar lah tu. sekian dulu entri lepas geram.......

Friday, August 5, 2011

"Wordless Friday: Cry "

Thursday, August 4, 2011

" Kebaikan/ Kemaslahatan menyambut Bulan Kemerdekaan "

For Reference ONLY!


      “Bumi ini harus terlepas daripada belenggu penjajah,”. Itulah tekad penduduk Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Apabila bendera ‘Union Jack’ diturunkan diiringi lagu ‘God Save The Queen’ dan bendera Persekutuan dinaikkan, perasaan gembira dan terharu membelenggu jiwa rakyat yang berhimpun di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Acara bersejarah yang menandakan berakhirnya era penjajahan di negara ini dan lahirlah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat pada tanggal 31 Ogos 1957. Namun, sebelum kemerdekaan dicapai, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu diharungi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan di negara kita. Antara pejuang kemerdekaan negara kita ialah Rentap, Mat Salleh, Dol Said, Naning, dan ramai lagi. Pelbagai usaha yang telah digiatkan oleh tokoh-tokoh negara kita seperti Tun H.S Lee, Tun Dr.Ismail, dan khususnya, Tunku Abdul Rahman. Namun demikian, semangat kemerdekaan semakin luntur dalam diri semua orang. Hari Kebangsaan Malaysia diambil remeh bagaikan tidak bermakna langsung. Sekiranya kita tidak menyambut hari kemerdekaan, kita tidak akan mengetahui siapa Bapa Kemerdekaan kita. Kita tidak akan mengenal dan tidak akan mengenang jasa-jasa tokoh kita dan banyak lagi kebaikan yang dapat kita peroleh daripada mengadakan sambutan kemerdekaan negara. Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

      Dalam pada itu, kebaikan pertama yang boleh diperoleh dengan menyambut hari kemerdekaan ialah kita dapat memupuk semangat patriotik. Kita tidak akan dapat mengadakan sambutan hari kemerdekaan jika tiada mempunyai satu peratus pun semangat patriotik dalam diri kita. Semangat patriotik ini sangat penting untuk mempertingkatkan dan memperteguhkan sambutan kita dari tahun ke tahun agar tidak menikam sanubari sesama sendiri. Arah untuk mendapatkan kemerdekaan daripada para penjajah bukannya senang malah adalah mustahil untuk mendapatkan kemerdekaan negara jika tidak mempunyai semangat patriotik dan semangat cinta akan negara yang kukuh. Cuba kita bayangkan sekiranya  Tunku Abdul Rahman dengan sambil lewa, endah tak endah tentang  kedaulatan negara kita, maka sampai hari ini juga kita tidak akan mungkin mencapai kemerdekaan. Semua orang telah menggembleng tenaga, hari ke hari, saat ke saat, dengan semangat patriotik yang teguh hanya untuk mendaulatkan negara kita, Malaysia bak kata peribahasa Melayu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya sekarang, adakah seantero masyarakat menitikberatkan peningkatan gejala sosial yang melanda negara kita seperti gejala vandalisme dan gangsterisme oleh golongan belia di sekeliling kita? Persoalan-persoalan ini bagaikan tidak mempunyai sebarang jawapan sehingga masa sekarang. Oleh itu, saya ingin menegaskan isi saya bahawa semangat patriotik sangat penting apabila mengadakan sambutan kemerdekaan negara kerana membawa kebaikan yang tak terhingga.

      Selain itu, apabila sambutan Hari Kemedekaan diadakan, secara tidak langsung kita akan dapat menghargai jasa pemimpin kita. Para pemimpin kita telah berusaha dengan gigih untuk melepaskan kita daripada kemelut penjajahan agar dapat kita bernafas tanpa sebarangan kekangan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Parti Perikatan ditubuhkan pada awal tahun 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan disertai oleh ahli-ahli politik yang lain seperti Dato Nik Ahmed Kamil, Abdul Aziz Othman, Tun H.S Lee, dan ramai lagi. Mereka semua telah mengadakan rombongan ke London untuk menandatangani Perjanjian London untuk melepaskan Malaysia dari tangan British. Mereka telah berjaya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Bukan itu sahaja, pejuang-pejuang kita seperti Naning, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi juga telah berjuang untuk menuntut kemerdekaan dengan cara yang ganas. Namun, jasa mereka tetap dikenang kerana mereka telah membuat yang terbaik yang dapat dilakukan oleh mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu, sambutan kemerdekaan negara juga ada membawa kebaikan iaitu menghargai jasa pemimpin agar kita mengingati mereka sepanjang hayat kita tidak kira di mana kita berada.

      Bersatu teguh, bercerai roboh. Inilah ungkapan yang sering diungkapkan apabila adanya perpaduan. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan tersebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Bagi membina perpaduan yang kukuh, pembentukan perpaduan tersebut mengambil masa lama sezaman tetapi untuk merobohkannya, hanya beberapa saat sahaja yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, inilah kebaikan yang dapat disemai apabila mengadakan sambutan kemerdekaan negara. Perpaduan menunjukkan kerapatan antara rakyat yang berbilang kaum yang tinggal dengan aman dan damai tanpa sebarang rusuhan serta pergaduhan. Malaysia kini sedang pesat membangun. Banyak bangunan pencakar langit dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di samping kehidupan negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat. Kejayaan yang kita kecapi ini merupakan hasil daripada perpaduan rakyat Malaysia. Semua pihak bekerjasama bak kata peribahasa bagai aur dengan tebing untuk memastikan Wawasan 2020 tercapai. Sekiranya ada yang mementingkan diri, maka memang susah untuk mencapai visi kudsi negara kita iaitu perpaduan yang berkekalan. Tuntasnya, semangat perpaduan dalam kalangan seantero masyarakat Malaysia perlu dikekalkan, malahan diperteguhkan melalui beberapa pendekatan yang melibatkan semua lapisan masyarakat di negara kita melalui sambutan kemerdekaan negara.

      Bukan itu sahaja, melalui sambutan hari kemerdekaan, kita akan dapat mengenalkan kepada rakyat di negara kita terutama kepada generasi muda tentang sejarah silam bagaimana negara kita begitu bersusah – payah memperoleh kemerdekaan. Hal ini kerana, seperti yang kita boleh lihat, kebanyakan generasi muda sekarang sangat mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat yang datangnya dari barat seperti gejala ‘ black metal’, gejala punk, ‘ homoseksual dan sebagainya. Jika perkara seperti ini jika tidak ditangani dari awal, pasti akan membawa kesan buruk kepada negara kerana generasi muda merupakan penyambung warisan kepimpinan negara kita. Sebenarnya, kebanyakan golongan belia atau generasi muda tidak memahami sepenuhnya apa itu gejala ‘ Black Metal’ dan ‘ Punk’ yang mereka ‘ anuti ‘ sekarang. Mereka sekadar mudah terpengaruh  dengan pengaruh rakan sebaya yang mengandaikan jka mereka menyertai kumpulan tersebut, mereka akan nampak lebih ‘ macho’ atau lebih ‘ matang’. Oleh itu, sambutan hari kebangsaan ini boleh dilihat sebagai salah satu medium untuk menyedarkan golongan generasi muda supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala buruk yang datangnya dari barat. Malah, melalui sambutan hari kemerdekaan ini juga sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan generasi muda supaya sentiasa memelihara kemerdekaan yang telah kita kecapi ini. Apabila generasi muda telah melihat betapa sukarnya kehidupan kehidupan pada zaman sebelum merdeka, mereka pasti akan sedaya upaya tidak akan membiarkan penjajah menjajah kembali negara kita dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 54 tahun ini tidak akan mudah diperkotak-katikan.

      Percaya atau tidak, melalui sambutan hari kemerdekaan kita akan dapat mengeratkan perhubungan dalam keluarga?. Hal ini kerana, apabila sambutan hari kemerdekaan ini diadakan, seluruh keluarga boleh berkumpul dan pergi bersama-sama melihat atau turut serta dalam sambutan ini. Seperti yang kita tahu, sambutan hari kemerdekaan merupakan hari cuti umum. Oleh itu, inilah masanya untuk ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan tersebut. Kita boleh merancang aktiviti sempena cuti hari kemerdekaan seperti pergi ke mana-mana tempat yang telah ditetapkan sebagai tempat berlakunya sambutan hari kebangsaan. Di sana, kita bersama keluarga boleh melihat secara langsung acara-acara yang disediakan seperti senaman beramai-ramai, tarian tradisional, perarakan kereta berhias serta perbarisan kontigen dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Jika tidak ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan, kita boleh menghabskan masa bersama keluarga di hadapan kaca televisyen untuk melihat acara sambutan hari kemerdekaan ini yang hanya diadakan setahun sekali sahaja. Dengan cara ini, keakraban setiap ahli keluarga dapat dierat dan dipupuk.

      Oleh itu, sebagai rakyat yang memiliki minda kelas pertama, usahlah kita berat tangan dalam soal menabur bakti kepada negara, sebaliknya sentiasa bersedia untuk mencurahkan tenaga dan idea demi negara tercinta. Dalam hal ini, mantan Perdana Menteri Malaysia pernah berkata,”Bekerjalah bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya.” Betapa pentingnya untuk mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara kerana dengan nikmat Tuhan dapatlah kita tontoni sambutan hari kemerdekaan yang sungguh meriah dan gemilang di negara kita, di manalah status kita untUk memiliki hak kerakyatan. Saya berasa sungguh bangga apabila Perdana Menteri Malaysia menjerit ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali apabila mengadakan sambutan kemerdekaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sambutan kemerdekaan negara ada banyak kebaikannya. Oleh itu,marilah kita bangunkan negara tercinta, Malaysia menjadi negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.



p/s: upadte : cuba jangan just nak copy paste saja. cuba buat essay sendiri. boleh guna material sebagai sumber rujukan. aku ni pun mengajar dan kalau kau tu student aku, aku akan bagi ZERO je kalau aku detect kau meniru.


pss: fed up dengan orang yang asyik komen 'TAK BOLEH COPY PASTE ke?"


Wednesday, August 3, 2011

"Wordless Wednesday : argggghhh....bangun sahur lambat lagi "

assalamualaikum...
lame dah tak update blog. malas gila rasanya. ni pon update sementara menunggu waktu subuh. tadi terbangun lewat. so makan 2 3 sudu kuehteow n segelas vico serta sebiji kurma je. tak selera kerana mengantuk. agak bengang jugak sebab tak sedar. rasanya jam alarm aku bunyik, tapi mungkin aku pergi ' stop' kan alarm tu tanpa sedar. semalam buka tak makan nasi. hope hari ni puasa tak lembik pasal nasik tak makan. huhu. kejap je dah ramadhan ketiga kan. tup2 nanti dah raya. keh2..( tak sabar tunggu raya sebab cuti semingguuuuuuuuu)..
p/s:Wordless Wednesday tapi takde gambar..hoho...ngantuk tapi subuh dulu. niat jangan lupa ye.