RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, July 31, 2011

" RAMADHAN datang lagi...."

assalamualaikum....
macam korang semua dah tahu, insyaAllah esok kita akan memulakan ibadah berpuasa..kira malam ni dah start boleh pergi tarawih dah...kejap je masa berlalu kan..tup2 dah nak raya nanti..opsss..apelah aku ni..belum start puasa dah sibuk fikir pasal raya..ish2...tahun ni kalau hari2 weekdays memang aku tak kan sempat nak join solat tarawih sebab aku kerja sampai pukul 10 malam....orang balik tarawih, aku balik kerja..huhu..harap kan weekend jelah..hope yang weekend tu aku mampu buatlah solat tarawih kan..apa2 pon..kepada semua umat islam tak kira dimana jua anda berada, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...semoga bulan ramadhan kali ini memberikan kita keberkatan dan dimurahkan rezeki kepada kita serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. dan semoga ramadhan kali ini bukan menjadi ramadhan terakhir bagi kita....insyaAllah...

Saturday, July 23, 2011

" berakhir sudah filem HARRY POTTER.......SEDIHHHHH..."

assalamualaikum.....
tadi baru je habis tengok movie harry potter kat lappy...aku memang suka download movie dari tengok kat wayang. 1st sebab menjimatkan masa dan duit, 2nd, aku bab2 wayang ni boring sikit. even tengoh harry potter ( my feveret movie) pon aku rasa bosan kalau tengok dalam wayang. tak best...actually, aku download lame dah. hari kedua harry potter ni keluar kat wayang pon aku dah download. cuma aku takde masa nak tengok. sibuk dengan kerja dan hal bukan kerja...terus terang aku cakap, aku minat giler dengan harry potter ni..aku ada semua buku2 dia....aku membesar dengan buku2 dia...aku tak pernah bosan baca buku2 dia even beratus2 kali..sampai aku boleh hafal dari buku satu sampai buku 7. aku boleh cerita balik part mana dalam movie yang dorang potong2...kalau tak boleh tidor malam2, or rasa bosan takde mende nak buat, aku akan ambik mane2 buku harry potter yang aku suka, n aku akan baca....baca...n baca tanpa jemu...dulu masa belum kerja, memang aku tiap2 malam aku mengadap buku tu..aku pon tak tahu kenapa aku kemaruk sangat dengan harry potter ni. aku suka kata2 semangat dalam novel tu.  contohnya ada satu ayat tu..dia cakap, walau seteruk mana pun masa depan kita mungkin, kita harus juga menghadapinya, kita tak tahu apa yang akan terjadi mada masa depan, oleh itu, hargailah masa sekarang selagi kita berpeluang...
setiap tahun memang aku tertunggu2 movie harry potter ni. walaupun aku dah tau ending, tapi masih nak tengok lagi....adakah orang akan ingat cerita harry potter ini 7 8 tahun akan datang? adakah anak2 kita akan berpeluang mengetahui siapa harry potter ni? kalau ikutkan, aku jga merupakan salah seorang penambah peminat harry potter ni. contohnya, 1st novel harry potter aku beli mase aku tingkatan 4 tak silap aku. mase tu aku terjumpa buku ni kat kedai buku yang tak berapa popular mase tu iaitu kedai buku POPULAR. bila adik aku baca, dia pon jatuh cinta n tolong sama cari novel ni jugak...last 3 books dia yang beli. aku pulak tumpang baca...lepas tu aku perkenalkan pulak pada incik bezit. dia pon sama terjatuh cinta tapi tak pernah beli..tumpang baca buku aku je. siap ada conteng2 pensel lagi.heh..
tapi bila tengok ending harry potter tadi, memang sedihlah..sebab lepas ni no more harry potter, no more hermione n ron...yang paling penting sekali.....takde lagi DANIEL RADCLIFFLE...aku suka daniel ni bila dia berlakon dalam harry potter je..dah tengok dicember boy dia berlakon dulu, tak best..tak best...
sekian dulu entri sedih dari saya..huhuhuhuhuhu.....
p/s: korang pon kipas susah mati harry potter ke?

" pernah rasa FED UP atau BOSAN akan sesuatu?"

assalamualakum...
kekadang hidup ni kita akan ada perasaan bosan atau fed up akan sesuatu perkara. maklumlah..hari2 buat benda yang sama.bila kita keluar dari zon ' selesa' itu, baru tahu hidup ni memang seronok. tapi...beranikah kita untuk cuba keluar dari zon ' selesa' itu?
sekarang ni cuaca agak tak menentu..bila panas tu..perggghhhhh....memang terasa bahangnya. sampah basah ketiak....  tapi malam ni..alhamdulillah...sejukkkkk je rasa..hujan pon baru turun..best2...mata pulak cam segar je..batuk pon dah masuk 3 minggu tak baik2..tp ni rasa dah baik sikit kot...cume kekadang tekak rasa gatalllll je..batuk tak henti2...nak tido pon malam asyik terjaga je...bulaan depan dah start puasa? sesiapa yang belum ganti puasa tu..silalah berbuat demikian untuk elak kena bayar fidyah..hehe..

p/s: hope boleh bertahan dan bersabar. semoga ada yang lebih baik bakal menjelma.

Sunday, July 17, 2011

" over bajetlah bulan niiii..."

assalamualaikum.
lama rasanya aku tak update blog panjang2 ni...ini tak bermakna aku nak tulis panjang2..hehe..apa yang aku nak tulis hari ni adala pasal bulan ni aku overrrrrrr bajettttttt....!! dan lebih malang lagi aku over bajet ni bukan soping sakan ke hape ke..tu dekat2 nak raya nanti. aku over bajet bulan ni sebab bil2 kat rumah sewa nilah..bulan lepas, rumah lama aku kena tungakan 2 bulan bil air sampai dekat 60henget. aku tak taulah tang mana kitorang guna sampai tunggakan dekat 60hengget. padahal kalau ikut biasa sebulan bill air rm 25. tu paling banyak aa..takpelah..bayar jelah..lepas tu tangki air kat rumah baru ni bocor pulak..kontek majikan dia kata akan bagitahu blah2..tengok2 sampai sudah takde pon tindakan..lepas tangan je..sudahnya..bulan pertama tangki bocor, bill air dalam 50lebh, bulan kedua, dekat 90hengettt!!. aku memang terkejut beruk terus pergi cari kedai hardware kot2 ada tukang paip sesat. oke. dah deal ape sume. petang tu terus dia dtg baiki..kena lagi rm 65. adooooiiii...!sabo yolah....nasib baik bill api maintain rm 20henget.huhu..hope lepas baiki tangki air tu..total bil api air di takdelah sampai rm 10 seorang kena bayar..boleh aku buat saving untuk mencapai hasrat aku untuk beli gelang emas ujung tahun ni..hehe..oh lupa...2 bulan lepas kena saman rm 20 sebab rumah takde tong sampah. tu memang nak marah. patutnya tuan rumah ni yang kena sediakan..dahlah samph yang berterabur tu bukan dari rumah ni. kedai depan punya. cisssss...!! last2 aku pinjam tong sampah kat umah aku. masing2 buat tak care je.huh..!!

Friday, July 15, 2011

"buat kerja kena ikhlas walaupun orang tak berlaku adil pada kita...dia tak adil tu dia punya pasal lah..janji kerja kita TIP TOP."


ok..sekarang tengah mood untuk motivasikan diri ( kebenda entah aku tulis ayat tungang langgang), fine lah if dia tak adil buat macam tu. maybe benda tu akan memudaratkan aku if jadi pada aku. sekarang aku terima dan cuba nak ikhlaskan diri buat kerja tanpa mengungkit. yang penting kerja kena tip top supaya dia tak ada alasan lagi untuk tidak berlaku adil.

Wednesday, July 6, 2011

"Wordless Wednesday : demam "


mode : demam tapi tak boleh ambik MC.