RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, June 24, 2011

" bila cerita tentang kerja...."

assalamualaikum
bila cerita tentang kerja, memang kadang kala agak stress, sapa tak stress kan kalau bab2 kerja ni. 
kepada yang tak ada kerja ( menganggur) pon stress jugak sebab tak ada kerja, bila ada kerja( makan gaji, bisness) pon stress jugak sebab banyak kerja, pendek kata dalam hidup ni memang sentiasa akan ada tekanan.sama jugaklah macam aku, dulu masa lepas habis belajar, memang mcm2 kerja aku buat, memula part time kat kedai cermin mata. kat situ banyak jugak ilmu pasal spek ni aku belajar, jenis2 spek..cara nak guna mesin chek kerabunan mata n macam2 lagilah..cara nak baca power pon aku tau jugak.kira aku get something jugak bila kerja kat situ. lepas tu aku dapt jadi cikgu ganti kat sekolah menengah. masa ni dia bayar gaji ikut degree..memang kaye jugaklah pasal 2 bulan punya gaji. lepas habis kontrak, aku tanam anggur kejap b4 dapat cikgu ganti kat sekolah rendah pulak. masa ni ppd tak ada duit nak bayar gaji, so aku dibayar ikut spm je. jadilah daripada tak ada kan. n kebetulan pulak, kerajaan umumkan bonus untuk semua kakitangan kerajaan tak kira kontra, tetap, sementara n sebagainya dengan syarat berkhidmat lebih dari 14 hari. so aku pon dapat jugak bonus tu masa hujung tahun lepas, so duit tu aku beli hp pink zylo sony errisson limited edition. ;P.
lepas habis je kontrak dengan sekolah rendah tu, aku start tanam anggur balik. lama jugak sampai aku boleh siap tanam ubi kayu, pisang, durian n sebagainya. haha. cuma buah je tak ada. keh3..sampailah aku terjumpa iklan kerja sekarang ni. masa tu aku tertarik sebab dia sediakan pengangkutan dan rumah. tapi masa tu aku just email je tanya tempat tu kat mana tanpa mengharapkan apa2 balasan dari majikan. lepas tu dalam beberapa minggu jugak kot, bos aku sekarang sms awal pagi tanya boleh ke dia nk kol aku sekarang n bagi email suruh hantar resume. masa tu aku baca, aku tengah tido so aku malas lagi balas, bila aku bangun, terus aku send resume n sms pada bos aku tu, kemudian dia kol terus. sembang punya sembang, aku cerita aku ada pengalaman mengajar blah3...dia pon mcm laaa...ye ke blah3....kemudian dia suruh datang ivw esok (ahad), siap ambik aku kat terminal lagi sebab aku ckp aku tak ada trasport n tempat pulak tak biasa..kemudian terus dapat n isnin tu aku start kerja sampailah sekarang. 
kerja kat sini aku rasa takdelah susah sangat kot cuma kadang2 stress jugak dengan nak kena buat bahan. kekadang dengan kerenah bos lagi..dulu aku stress dengan bebudak rumah ni. sebab apa? aku malas cerita. huhu..sekarang dah ok sikit kot tambah2 aku dah ada roomate baru yang sekepala dengan aku n tak bape ngam ngan hosmate yg lain. 
masa hari rabu lepas, tetiba aku ditugaskan buat bahan untuk mengajar warga korea. on the spot weiii..!!mau aku tak serabut. bahan aku minggu depan aku tak siap lagi. cikgu sorang lagi tu dah nak blah minggu depan, tapi dia tak nak buat bahan. cikgu baru pulak tak dapat lagi. maybe ari ni dpt kot coz ari ni ada ivw lagi. aku bila dengar hosmate aku ni tak nak buat bahan, mulalah nak marah. cubalah bertanggungjawab sikit even dah nak blah dari sini. at least biar ada bakti terakhir tu. aku bukan tak boleh buat tapi aku pon banyak kerja!!. lepas tengok aku macam bengang je dia pon terhegeh2 nak buat bahan. tu pon semalam dia ckp dapat soalan je, jawapan kalau sempat dia buat, pergghhh. aku sabar dulu. so semalam dia dapat siapkan satu je. aku ckp takpelahhh..print je soalan kedua, biar aku yg cari jawapannya. so aku pon cari jawapan sambil mengajar bebudak ni sementara diorang buat kerja. setel...!!
gaji kat sini pulak bagi aku ok je sebab tak sampai sebulan aku kerja, terus dorang up gaji sebab  masa tu dua orang cikgu berhenti serentak, so tempat untuk cikgu lama tu takde sapa yang ganti, aku rasa ni memang rezeki akulah kan. so dengan gaji sekarang walaupun tak banyak, tapi aku bersyukur sebab bulan2 tak banyak aku kena bayar. rumah n transport telah disediakan. cuma bayar api dan air. kau bayangkan betapa bernasib baik je aku kan.alhamdulillah. bila Allah dah bagi kesenangan macam ni, dia akan uji pulak dengan yang lain macam stress kerja ke ape. so aku tak boleh MERUNGUT. INGAT TUUU..!!sekian.
ehh..terpanjang pulak entri ni. tapi aku rasa takde sape pon nk baca kan..hui3..
p/s: tak sabar nak tunggu cikgu baru. hope dia mempunyai ketahanan mental apabila berada di rumah ini. sekian.

0 140 tukang karut:

Post a Comment