RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, June 25, 2011

" adanya perancangan itu adalah harus..."

assalamualaikum
apa agaknya perancangan terbesar korang tahun ni ek? kahwin? beli rumah? tambah aset?tambah bini? opppsss...isu sensetif. oklah...aku banyak jugak perancangan besar tahun ni. untuk diri aku dan juga family. bukan kahwin ye.haha. macam aku antara perancangan tahun ni. at least hujung tahun mesti aku dah ada aset berupa gold. plan macam nak beli brecelet gold. untuk pelaburan masa depan, aku tak berani lagi nk melabur dalam jongkong emas ni. rege dia wa cakap sama lu..pergghhhh..mahai nohhh..! so aku dah siap buat financial planning lagi. aku memand dah buat FP tu sejak awal tahun lagi. aku buat kat excel je. senang..lepas tu aku buh kaler2 bagi nampak ceria. hehe..takdelah, kaler tu bertujuan untuk aku highlight ikut kategori dan senang untuk aku rujuk.
sebenarnya, bagus jugak kalau kita buat plan dan rancang kewangan kita setiap bulan.dari situ kita akan nampak mana pergi duit kita mengalir yang kekadang macam air paip.kalau buat perancangan ni, kita dah bajet untuk spend bulan2 berapa, saving berapa. kita tak perlukan ipad or iphone untuk catat segala macam perbelanjaan kita setiap bulan. kau boleh tulis pada buku catatan atau nak canggih sikit, guna excel mcm aku..yelah..kita tak mampu nak guna gajet2 mahal tapi nak berlagak jugak tak nak catat kat buku. so excel adalah yang terbaik untuk simple minded mcm aku ni. hehe..ada banyak jugak softwear untuk financial planning ni tp aku suka yang simple2 je..
ok..untuk family pulak..aku plan hujung tahun ni nak hangkut satu family pergi mandi manda di gambang waterpark..saje aa nk bawak adik2 aku g main air..aku g da dulu..tempat dia tak berapa mencabar n sikit pulak tu advanture..tp saje nk bawak adik2 aku..so aku pon sambil servey2 jugak tempat tu semula sebab dah lupa harga n mcm2 lagi..kene jugak buat bajet..hehe..ape2 pon niat kena ikhlas..bila niat ikhlas, segala urusan pon jadi mudah..

Friday, June 24, 2011

" bila cerita tentang kerja...."

assalamualaikum
bila cerita tentang kerja, memang kadang kala agak stress, sapa tak stress kan kalau bab2 kerja ni. 
kepada yang tak ada kerja ( menganggur) pon stress jugak sebab tak ada kerja, bila ada kerja( makan gaji, bisness) pon stress jugak sebab banyak kerja, pendek kata dalam hidup ni memang sentiasa akan ada tekanan.sama jugaklah macam aku, dulu masa lepas habis belajar, memang mcm2 kerja aku buat, memula part time kat kedai cermin mata. kat situ banyak jugak ilmu pasal spek ni aku belajar, jenis2 spek..cara nak guna mesin chek kerabunan mata n macam2 lagilah..cara nak baca power pon aku tau jugak.kira aku get something jugak bila kerja kat situ. lepas tu aku dapt jadi cikgu ganti kat sekolah menengah. masa ni dia bayar gaji ikut degree..memang kaye jugaklah pasal 2 bulan punya gaji. lepas habis kontrak, aku tanam anggur kejap b4 dapat cikgu ganti kat sekolah rendah pulak. masa ni ppd tak ada duit nak bayar gaji, so aku dibayar ikut spm je. jadilah daripada tak ada kan. n kebetulan pulak, kerajaan umumkan bonus untuk semua kakitangan kerajaan tak kira kontra, tetap, sementara n sebagainya dengan syarat berkhidmat lebih dari 14 hari. so aku pon dapat jugak bonus tu masa hujung tahun lepas, so duit tu aku beli hp pink zylo sony errisson limited edition. ;P.
lepas habis je kontrak dengan sekolah rendah tu, aku start tanam anggur balik. lama jugak sampai aku boleh siap tanam ubi kayu, pisang, durian n sebagainya. haha. cuma buah je tak ada. keh3..sampailah aku terjumpa iklan kerja sekarang ni. masa tu aku tertarik sebab dia sediakan pengangkutan dan rumah. tapi masa tu aku just email je tanya tempat tu kat mana tanpa mengharapkan apa2 balasan dari majikan. lepas tu dalam beberapa minggu jugak kot, bos aku sekarang sms awal pagi tanya boleh ke dia nk kol aku sekarang n bagi email suruh hantar resume. masa tu aku baca, aku tengah tido so aku malas lagi balas, bila aku bangun, terus aku send resume n sms pada bos aku tu, kemudian dia kol terus. sembang punya sembang, aku cerita aku ada pengalaman mengajar blah3...dia pon mcm laaa...ye ke blah3....kemudian dia suruh datang ivw esok (ahad), siap ambik aku kat terminal lagi sebab aku ckp aku tak ada trasport n tempat pulak tak biasa..kemudian terus dapat n isnin tu aku start kerja sampailah sekarang. 
kerja kat sini aku rasa takdelah susah sangat kot cuma kadang2 stress jugak dengan nak kena buat bahan. kekadang dengan kerenah bos lagi..dulu aku stress dengan bebudak rumah ni. sebab apa? aku malas cerita. huhu..sekarang dah ok sikit kot tambah2 aku dah ada roomate baru yang sekepala dengan aku n tak bape ngam ngan hosmate yg lain. 
masa hari rabu lepas, tetiba aku ditugaskan buat bahan untuk mengajar warga korea. on the spot weiii..!!mau aku tak serabut. bahan aku minggu depan aku tak siap lagi. cikgu sorang lagi tu dah nak blah minggu depan, tapi dia tak nak buat bahan. cikgu baru pulak tak dapat lagi. maybe ari ni dpt kot coz ari ni ada ivw lagi. aku bila dengar hosmate aku ni tak nak buat bahan, mulalah nak marah. cubalah bertanggungjawab sikit even dah nak blah dari sini. at least biar ada bakti terakhir tu. aku bukan tak boleh buat tapi aku pon banyak kerja!!. lepas tengok aku macam bengang je dia pon terhegeh2 nak buat bahan. tu pon semalam dia ckp dapat soalan je, jawapan kalau sempat dia buat, pergghhh. aku sabar dulu. so semalam dia dapat siapkan satu je. aku ckp takpelahhh..print je soalan kedua, biar aku yg cari jawapannya. so aku pon cari jawapan sambil mengajar bebudak ni sementara diorang buat kerja. setel...!!
gaji kat sini pulak bagi aku ok je sebab tak sampai sebulan aku kerja, terus dorang up gaji sebab  masa tu dua orang cikgu berhenti serentak, so tempat untuk cikgu lama tu takde sapa yang ganti, aku rasa ni memang rezeki akulah kan. so dengan gaji sekarang walaupun tak banyak, tapi aku bersyukur sebab bulan2 tak banyak aku kena bayar. rumah n transport telah disediakan. cuma bayar api dan air. kau bayangkan betapa bernasib baik je aku kan.alhamdulillah. bila Allah dah bagi kesenangan macam ni, dia akan uji pulak dengan yang lain macam stress kerja ke ape. so aku tak boleh MERUNGUT. INGAT TUUU..!!sekian.
ehh..terpanjang pulak entri ni. tapi aku rasa takde sape pon nk baca kan..hui3..
p/s: tak sabar nak tunggu cikgu baru. hope dia mempunyai ketahanan mental apabila berada di rumah ini. sekian.

Saturday, June 18, 2011

ohhh myv purple....

asal purple je mesti mahal
asal purple je mesti susah nk dapat.....
myv ni paling mahal dlm sejarah myv...uwaaaa...

Sunday, June 12, 2011

" bila kita marah pada sseorang..jangan terus maki hamun tapi...."

assalamualaikum...
biasanya kalau kita marah pada seseorang, sure kita rasa bengang tahap petala ke lapan. rasa macam nak marah gila2 kan. kalau marah pada line telefon yang kekadang macam hidup segan mati tak mahu, kejap boleh send msg kejap tak boleh-pending, mesti kita rasa nak marah sampai satu tahap tu rasa nak baling telefon ke dinding.---line buat hal tapi telefon jadi mangsa keadaan- i admit. kalau kita marah pada orang pulak, rasa macam nak maki hamun dia pun ada jugak. contoh kita dah janji dengan dia sekian2 nak cakap dalam tepon, tapi tetiba dia boleh tidor tinggal kita macam tu je. rasa nak marah tak?rasa nak mengamuk dan rasa nak maki hamun dia sebab mungkir janji? takde? baguslah kala takde. tapi kalau ada semua perasan tu, apa perlu kita buat?apa kata kalau kita msg dia guna ayat sedih2 instead maki hamun dia. cakaplah sampai hati tinggal kita macam ni, tadi dah janji nak cakap kat tepon awuwuwuwuw ( sambil kesat air mata guna sarung bantal ), kompep pagi esok dia bangun, dia pun turut rasa nak nangis bila baca msg kita tu..hehe..dengan cara ini akan buat dia rasa bersalah sangat pada kita dan akan belanja kita makan dominos. hehe. kalau kita maki hamun dia, memang dia akan buat dek je. silap-silap ari bulan, dia pakai delete je msg kita tak baca pon n buat dek tak pujuk kita. so tak dapatlah kita nak merasa dominos free..hehe..jadi sesape pon boleh trylah petua ni. kalau kita marah kat seseorang, gunakan psykologi untuk ' serang' dia balik. guna ayat sedih2. sure berkesan. tapi tak jamin yang dia takkan buat lagi.hehe..

Friday, June 10, 2011

" bila kita diuji, Allah sedang berkomunikasi..."

minggu lepas ada tengok citer ayat-ayat cinta. tak pernah dapat tengok full. huhu..selalu sekerat2..tapi apa yang terkesan di hati aku ialah ayat ni bila fahri di fitnah merogol nouru, ada seorang banduan cakap Allah sedang berkomunikasi dengan kita. itu juga yang aku dok ulang2 cakap dalam hati bila aku di fitnah oleh orang yang paling dekat dengan aku. kenapalah dia buat macam tu ek?aku dahlah serabut minggu depan nak kene ajar student orang korea. bahan ape semua aku kena rancang sendiri. tak ada tempat nak mengadu. rasa nak lari je dari dunia aku ni. nak jadik orang lain. lari pergi sabah serawak ke.lari pergi obersi ke duduk sorang2 n tak nak kontek sape2. padan muka. biar dia rasa.huh...!!!!!

Thursday, June 9, 2011

Misteri E.coli menyukai wanita


RUPA E.coli jenis baharu yang kini amat ditakuti masyarakat Eropah.


PENULARAN wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit.
Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.
Para saintis tidak mengetahui puncanya. Salah satu teori ialah mangsa merupakan golongan yang gemar mengambil makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.
Bagaimanapun, saintis kini semakin berhati-hati dengan pandangan itu. Dr. Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin berkata, bakteria jenis baharu yang dikesan di Jerman itu mungkin mempunyai sebab yang spesifik untuk menghuni tubuh wanita berbanding lelaki.
Apa yang menarik, dalam wabak yang melibatkan E.coli jenis itu di Amerika Syarikat pada tahun 1994, kebanyakan mangsa juga adalah wanita dengan purata umur 36 tahun.
Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah.
Basuh
Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya.
Agensi itu berkata: “Ia satu tindakan yang bagus untuk membasuh dahulu sayur dan buah yang anda ingin makan bagi memastikan ia bersih daripada kuman.
“Membuang kulit atau memasaknya juga boleh menyingkirkan bakteria.”
Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.
Dr. Nicola Holden dari Institut James Hutton, Scotland berkata, bakteria yang berasal daripada haiwan itu boleh melekat pada tanaman menerusi parit atau semburan air. Kadangkala ia tercemar semasa proses membungkus dan menghantar produk berkenaan.
Holden berkata, bakteria itu boleh berkumpul pada akar pokok sebelum naik ke daun dan buahnya.



“Ancaman kepada kesihatan manusia bukan disebabkan bakteria ini mendiami permukaan pokok sahaja bahkan ia sukar dibuang selepas proses menuai,” katanya.
Profesor Brendan Wren dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London pula menambah, E.coli melekat pada makanan segar seperti daun salad, bayam dan timun.
“E.coli jenis ini boleh hidup dalam persekitaran yang ekstrem berbanding E.coli biasa bahkan mampu menghasilkan toksin berbahaya kepada tubuh manusia,” ujarnya.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, E.coli tidak memilih mangsa. Selebriti Elton John misalnya pernah dimasukkan ke hospital di London akibat dijangkiti bakteria itu pada November 2009.
Di Malaysia, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu.
Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml.
Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.
“Bakteria ini boleh mendiami usus manusia, mamalia dan burung.
“Ia merupakan satu kelompok bakteria yang besar dengan lebih daripada 700 serotaip telah dikenal pasti. Sebahagian besarnya tidak mendatangkan bahaya dan penyakit kepada manusia,” ujar bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

" senang nak puaskan perempuan..."

assalamualaikum semua ;)
adakah tajuk aku tak boleh blah??hehe..tadi baru je lepas balik dari kelas. ni sementara tunggu nak makan. petang nanti ada kelas lagi sampai malam. macam biasa. kerja kat sini memang tak sedar hari. pejam pelik pejam celik dah hari khamis. sesuatu yang aku suka. nanti pejam celik pejam celik dah hujung bulan. kalau hujung bulan tu maknanya dapat gaji. hehe.setakat ni aku agak berpuas hati jugak kerja kat sini. gaji pon okey sebab tak perlu keluar duit untuk sewa rumah dan minyak kereta. just spend untuk makan dan bil api air. pendek kata boleh jimatlah. tiap2 bulan aku hanya guna rm 300 sahaja.yang lain aku saving. tp tu belum start bayar ptptn. aku tunggu ujrah dulu. tapi tak ada apa2 feedback pon dari pihak sana. sebab aku dah hantar pon doc awl2 tahun ari tu.

cerita tentang kepuasan kerja ni. memang agak susah sebab kalau kita nak puas, kita kena kerja selari dengan apa yang kita minat. aku memang minat mengajar. memang nak jadi penyarah. tapi sekarang ni aku just tutor je. banyak beza tu. macam2 kena fikir. kalau performance tak bagus, sakit kepala jugak nak menjawab dengan pihak atasan walaupun kita dah cuba bagi 120% effort.
okeylah. done dengan cerita kerja. sekaran aku nak cerita pasal hal lain pulak. masih lagi dengan isu kepuasan. last few weeks aku ada cakap pasal aku sekarang gila handbeg dab kasut kan. selagi tak jumpa yang berkenan, selagi tu aku akan carik sampai dapat. memang membazir tenaga dan uwang betul. tapi itulah aku. sekarang ni aku memang dah jumpa kasut dan handbeg yang sesuai. memang aku takkan cari yang lain sampai masa kedua2 benda ni dah tak mampu mmeberikan perkhidmatannya kepada aku lagi. cewah..sama jugak macam jam tangan. hari tu bagai nak gile aku servey tp bila dh dpt...aku tak pandg yg ln..hehe..sama jugak mcm teman hidup..hehe..opsss..teroff topik kejap..heh..

Sunday, June 5, 2011

" novel untuk penulis dah sampai ke tangan aku...."

akhirnya, setelah lama menunggu, sampai jugak 5 buah novel ni. dalam surat perjanjian, penulis akan dapat 5 buah novel secara percuma. aku memang dah plan nak bagi setiap buah novel ni pada sekian sekian, tapi bila aku upload di fb n tag pada incik bezit untuk dia tengok, ramai pulak yang mintak satu. maaflah..semua buku ni dah ada tuan yang punye..yang lain kalau nak..boleh dapatkan di MPH or POPULAR ye..

Friday, June 3, 2011

" lama tak update nehhhhhhh..."

salam semua,
pagi ni sebelum aku buat kerja lain, ingat nak update sikit blog, dah 2 minggu aku tak tulis ni. biasalah bz cket. selalunya aku akan update blog ujung minggu masa cuti kan. tapi minggu lepas aku telah berangkat ke kl. saja menghabiskan duit.heh. kebanyakan senarai semak belian aku semua tercapai.alhamdulilah..even handphone baru aku pun..memang rezeki sebab limited edition tu ada satu je. satu lagi kata dealer tu untuk anak pegawai kerajaan.kalau di tanya habis berapa..? ohh tidak..jangan ditanya..sebab aku pon tak percaya..huhu..tp ada jugak aku spent untuk hadiah hari bapa dan hari ibu..hope parent aku suka.huhuhu..

kat kl aku bukan sekadar shoping2 je. tapi ada jugak jalan2 cari makan. n untuk kali pertama, aku tengok wayang cerita KARAK.OMG!! aku tengok kerna terpaksa. incik bezit tak nak tengok kunfu panda. nk tgk pirate lewat tayangannya. sudahnya. 2 jam setengah aku sakit tengkok pandah kiri sebab tak nak tk.wuuuuu..oklah nanti aku update lagi ek. nk basuh kain n g kedai untuk beli barang masak.daaaa..