RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 17, 2011

" kenapa students tak suka warna merah ..?"

siap juga tugasan minggu ni. macam biasa, tugas aku bukan sahaja mengajar, tapi kena prepare mencari bahan untuk minggu seterusnya. minggu depan minggu karangan. dan tajuk adalah pidato. puan nora cadang minggu depan nak buat pertandingan pidato di tingkat 2. mic ape semua dah ada. semalam ( jumaat malam) lepas habis kerja, encik faizal dan puan ann siap suruh naik atas pergi karokey..dia ckp bile lagi nak menyanyi..ada 1000+ lebih lagu yang dia dah letak. perghhh..hari tu punyelah penat gile..ade dia suruh melalak  memalam bute dengan baju kurung ni.( setiap jumaat kena pakai baju kurung).
macam biasa setiap minggu aku akan balik rumah mak ayah( bajet homesick). bukan homesick. life aku macam bosan je kan. so aku balik rumah at least leh berguling lelame atas katil sambil tengok movie n download movie. kat umah ada wireles. so tak membazir broadband aku.hehe. hari ni aku nak cerita benda yang aku memang tak berapa paham sejak aku bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat bahasa ni. kenapa ek..kebanyakan students aku ni..tak suke benor kalau suruh guna pen merah bila marking kertas sendiri. bila dah tak tahu jawapan tu, aku sebagai cikgu yang baik..just bagi je jawapan dengan syarat kena tulis dengan pen merah. tu maknenye cikgu bagi jawapan..tp students aku ni senyap2 tulis dengan pen biru. nak marah cakap tak reti bahasa..sume dah besar panjang. besar dari aku lagi. last2 aku ambik pen biru tu simpan sampai habis kelas. yang students jumaat malam tu lagi tak boleh blah idea dia. dek kerana tak suka pen merah, sanggup tu dia tukar ink pen biru msuk dalam casing pen merah. bila aku baca jawapan. bajet dia guna pen merah aa padahal ink pen biru. macamlah aku ni tak nampak walaupun aku agak rabun malam.heh..apelah yang kome tak suka sangat guna pen merah ni ha??..kalau suruh salin nota..laju je nak guna pen merah..tak paham bahasa sungguh aku..ish2...sekian entri kali ni..nanti aku cerita lagi.

p/s: encik bezit juga kehilangan kasut berharga rm 400 yang di beli di obesi tak sampai 2 minggu lepas kasut new balance aku kena curik. kuang..nak gelak kesian, nak marah tak sampai hati..sebab mase kasut aku ilang..berbakul dia membebel cakap orang tak letak kasut mahal kat luar..you seeee....sape yang buat sekarang??

0 140 tukang karut:

Post a Comment