RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 9, 2011

" Bila Perempuan Merasakan Dirinya Tidak Lagi Di Sayangi..."

Bila perempuan rasa dirinya tidak lagi disayangi, apakah sebenarnya perasaan itu?

Naluri.

Setiap perempuan akan ada naluri itu. Naluri yang tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendiri. Perasaan ingin terbang tinggi, ingin menangis sepuas hati, ingin bersendiri dan ingin cuba lebih memahami diri.

Lelaki bila mana sahaja dia merasakan dia berada di zon yang sangat selesa, dia akan merasakan pekara yang sepatutnya dilakukan seperti kebiasaan tanpa merasai perasaan jauh hati sang perempuan.

Ada pekara yang tercicir, tanpa mereka menyedari akannya. Tapi percayalah, perempuan hadir dengan naluri yang amat kuat sekali. Ianya bagaikan lampu suluh, walau malap mana pun suluhannya, ia tetap memberi sinar pada gelap malam itu.

Tekanan sebenarnya tidak akan ada, sekiranya perasaan tersisih itu tidak hadir.

Perempuan akan merasakan bahawa dalam perhubungan mereka, ruang kosong semakin kelihatan apabila hadirnya perbandingan. Contohnya, mengapa dulu lain? Mengapa dulu penuh dengan ungkapan sayang, mengapa dulu hadir begitu banyak email dan sms, mengapa hilang kata kata semangat?

Mengapa?

Kerana lelaki merasakan bahawa cintanya kukuh dan tiada rasa lagi perlu disokong untuk menguatkan segala galanya kerana ia akan kekal abadi. Itu rasa lelaki.

Lelaki akan menyerahkan segala-galanya pada si perempuan, tanpa mahu memikirkan akan risiko perhubungan kerana kadang kala bagi mereka hidup ini sudah cukup melengkapi- berkasih, bercinta, bertunang, berkahwin, mempunyai anak dan memelihara satu rangkaian kehidupan berkeluarga.

Sedangkan hangatnya perhubungan itu, hilang dibawa angin malam yang kelam. Kasih yang menurun, pelukan sayang yang kurang, ucapan semangat yang tiada kedengaran dan tidur malam yang hilang lena bersaing suram.

Perempuan yang dahagakan perhatian, akan mula mengutip ruang ruang kosong itu dan menampal ia pada cerita lain yang boleh membuai rasa. Beralih pada irama, pada tinta dan kertas, pada derasnya kehidupan dan tentang sayu hidup berdua tapi seperti keseorangan.

Kadang kala, kita selalu tertanya-tanya, adakah kita yang terbaik buatnya dan adakah dia yang terbaik buat kita? Adakah cukup kasih sayangnya pada kita? Adakah kita cukup baik dalam menjaga hatinya?

Mungkin pasangan kita rimas dengan kisah hidup kita. Mungkin dia perlukan jalan keluar tanpa mampu suarakan pada kita mengapa dan mungkin kita belum cukup kuat membuatkan ada makna pada agungnya sebuah cinta.

Atau mungkin bagi mereka yang tidak bernasib baik kerana selalu sakit akan membebankan diri manusia yang mereka sayangi dan keluar dari semua itu adalah yang sebaik-baiknya.

Kosong dan hampa itu ada di mana-mana. Hanya Tuhan yang mendengar doa baik milik kita.

p/s: suka dengan entri ni..kadang kala terasa seperti dalam entri ini.
kredit penuh ( alwayz be my feverate blog ) :http://adifstory.blogspot.com

0 140 tukang karut:

Post a Comment