RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 30, 2011

" happy anniversary/ dalam bahagia ada duka"

hepy anniversary, hari ni genap hubungan kita selama 3 tahun. bukan mudah untuk kita mengharungi onak dan duri kehidupan ini. bahagia, gembira, sedih dah terluka. semua secukup rasa. semoga perhubungan kita akan terus kekal dan kekal sampai ke akhir hayat.

done!

cukup untuk entri jiwang.hari ni. banyak benda juga yang mengecewakan aku. memula, beg yang aku beli online minggu lepas, dah sampai n aku bukak dengan tak sabarnye. sangat gembira sebab cantik gile-sweet-pink-lolipop. tapi aku rasa macam besar sangat. mak aku cakap okey je dengan aku. mungkin skg org pakai tote beg yang besar2 kot. aku nak buat pergi kerja je. isi telekung bagai. dan untuk menyedapkan aku, aku cakaplah..takpelah..boleh buat isi kain baju kot2 nak lari dari rumah nanti nak pergi travel memane nanti.lepas tu dapat berita dari incik bezit yang novel aku rupanya belum dijual lagi di pwtc. kata penjaga booth tu, novel itu otw dari kilang. mungkin petang ni baru sampai. lagi bertambah kecewa aku kerana mengikut kata editor aku, buku itu sudah ada di booth di pwtc, popular dan MPH. entahlah..lepas tu pulak, kawan aku msg cakap isnin ni tak jadi keluar sebab dia dah otw ke tengganu ikut tunang dia balik kampung. sekian lama aku tunggu...jadi macam ni pulak..nak salahkan sape?janji melayu?

takpelah...susah sangat ke nak dapatkan hadiah besday untuk diri sendiri??

p/s: kecewa jugak bila prince william dah menamatkan zaman bujang nye...auwwww.. 

Sunday, April 24, 2011

" How to Compress a Word Document "

  1.  Click on a picture in your Word document
  2.  Click the "Compress Pictures" button. You will find this button on the Picture toolbar.
  3. The Compress Pictures dialog box appears.
  4.  Click the Options button
  5.  Select the "Automatically perform basic compression on save" check box.
  6.  Select the "Delete cropped areas of pictures" check box.
  7.  Unless you intend to make high resolution copies of the document you can select "Email" or "Screen" option.
  8.  Press OK and save the document.
  9. These few steps will save room on your hard disk drive and as well reduce download times.

" setelah sekian lama menunggu/ hadiah besday yang best tahun ini.."

memang sudah lama aku tunggu perkara ini terjadi. nak tahu ape? cuba tengok di bawah tu..memang excited sangat sebab ini memang menjadi harapan aku sejak dari dulu lagi. Alhamdulillah..memang bersyukur sangat2..aku tak sangka pula yang novel ni akan release di website must read publication dulu sebelum lauch novel ni di PWTC sempena pesta buku antarabangsa. petang tadi incik bezit call tanye tajuk novel aku sebab dia nak cari di MPH, aku cakap mungkin tak ada lagi. lepas tu aku terus masuk ke website must read. tengok2 terpampang di muka depan bahagian teens. seronok2...tak sabar nak tunggu copy yang akan diberikan oleh must read. hehe..kepada sesiapa yang tersinggah pesta buku di PWTC nanti, trylah usha2 ye..huhu..sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...



Saturday, April 23, 2011

" bermandi peluh bila pandu kereta manual.."

ahari rabu lepas, lepas masak, aku dan hosmate aku nak pergi test drive kereta manual. hosmate aku pandai. dia suruh aku keluarkan kereta manual dari garaj, dan dia keluarkan kereta auto dari garaj. ini tidak adilll..!! masa memula nak start engin tu..mak ooo...punyelah seksa..dengan tingkap sebelah pemandu tak boleh di turunkan..panas gile. dengan butang ekon tak tau kat mane..lepas tu kompius kejap dengan gear..tak dapat baca lagi rentak gear dia macam mane..klac pulak ketat. kena pijak dalam2 and angkat tinggi kaki bila nak lepas klac..memang bercucuran peluh menitik kat dahi aku nak boleh bawa keluar kereta tu dari garaj. kereta tu pulak parking menyenget tepi tiang garaj. pergghhhh...pulas sana sini stering nak boleh keluar lurus ke belakang tu. dengan panasnye. lepas tu dah berjaya keluar tanpa mati engin, aku bergerak ke rumah bos aku untuk mintak duit isi minyak. hehe..aku nak suruh dia ikut sekali drive kereta tu sebab aku tak berani bawak jauh. bos aku ikut sekali. masa nak gerak tu mati engin dia.hehe...bos aku ckp kereta ni teruk jugan n bermasalah blah2..lepas tu bos aku bawak kereta tu g test drive sambil dia ajar balik cara nak maen gear..last2 dia ckp tak payahlah bawk kete ni..bawak je kete myv tu..sebab bahaya..memang lega dan bersyukur gile aku dengar...memang selama ni aku berdoa yang aku tak perlu bawak kereta bersyukur..huhu..alhamdulillah...Allah dengar doa hamba-Nya..

Tuesday, April 19, 2011

" bila aku kena drive kereta manual..."

stess aku semalam bila bos aku cakap nak jual kereta myv yang kitorang guna untuk pergi kerja sekarang ni. kereta tu kereta auto..jadi bila kereta tu dah dijual..secara automatiknya aku kena drive kereta naza sutra manual. stess gila aku sebab aku memang tak pandai bawak kereta manula.kereta auto pon aku tak cekap lagi. maklumlah aku baru je dapat lesen. aku jadi cekap bawak kereta auto tu bila dapat kerja kat sini. aku terpaksa drive sebab tak de sape yg boleh drive. bila dengar berita tu..rase serabut + tertekan. tak de tempat nak luahka perasaan. rasa terbeban dalam dada. bila balik rumah. orang yang aku sentiasa fikirkan hari2 pon tak de disisi..menangis sendiri menanggung beban di hati. apelah malang nasibku..takpelah...sekarang masih lagi stess sampai pagi tadi nak keluar pergi kerja...aku boleh terlupa yang kereta auto tu takde klac..kaki boleh plak letak di tempat klac..huhu..sampai aku tak ingat mane tempat tekan minyak n mane tempat brek...huhu..tolonglah...nak menangis rasa..sampai semalam aku menangis sampai tertidor..huhu...

Sunday, April 17, 2011

" kenapa students tak suka warna merah ..?"

siap juga tugasan minggu ni. macam biasa, tugas aku bukan sahaja mengajar, tapi kena prepare mencari bahan untuk minggu seterusnya. minggu depan minggu karangan. dan tajuk adalah pidato. puan nora cadang minggu depan nak buat pertandingan pidato di tingkat 2. mic ape semua dah ada. semalam ( jumaat malam) lepas habis kerja, encik faizal dan puan ann siap suruh naik atas pergi karokey..dia ckp bile lagi nak menyanyi..ada 1000+ lebih lagu yang dia dah letak. perghhh..hari tu punyelah penat gile..ade dia suruh melalak  memalam bute dengan baju kurung ni.( setiap jumaat kena pakai baju kurung).
macam biasa setiap minggu aku akan balik rumah mak ayah( bajet homesick). bukan homesick. life aku macam bosan je kan. so aku balik rumah at least leh berguling lelame atas katil sambil tengok movie n download movie. kat umah ada wireles. so tak membazir broadband aku.hehe. hari ni aku nak cerita benda yang aku memang tak berapa paham sejak aku bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat bahasa ni. kenapa ek..kebanyakan students aku ni..tak suke benor kalau suruh guna pen merah bila marking kertas sendiri. bila dah tak tahu jawapan tu, aku sebagai cikgu yang baik..just bagi je jawapan dengan syarat kena tulis dengan pen merah. tu maknenye cikgu bagi jawapan..tp students aku ni senyap2 tulis dengan pen biru. nak marah cakap tak reti bahasa..sume dah besar panjang. besar dari aku lagi. last2 aku ambik pen biru tu simpan sampai habis kelas. yang students jumaat malam tu lagi tak boleh blah idea dia. dek kerana tak suka pen merah, sanggup tu dia tukar ink pen biru msuk dalam casing pen merah. bila aku baca jawapan. bajet dia guna pen merah aa padahal ink pen biru. macamlah aku ni tak nampak walaupun aku agak rabun malam.heh..apelah yang kome tak suka sangat guna pen merah ni ha??..kalau suruh salin nota..laju je nak guna pen merah..tak paham bahasa sungguh aku..ish2...sekian entri kali ni..nanti aku cerita lagi.

p/s: encik bezit juga kehilangan kasut berharga rm 400 yang di beli di obesi tak sampai 2 minggu lepas kasut new balance aku kena curik. kuang..nak gelak kesian, nak marah tak sampai hati..sebab mase kasut aku ilang..berbakul dia membebel cakap orang tak letak kasut mahal kat luar..you seeee....sape yang buat sekarang??

Saturday, April 16, 2011

" Aku Sudah Bertunang.."

"Aku Sudah Bertunang"


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Dipetik dari ILUVISLAM
p/s: aku share dari page heliza helmi di fb..

Sunday, April 10, 2011

" Kisah Seorang Cikgu Tadika "

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
- Artikel iluvislam.com

Saturday, April 9, 2011

" Bila Perempuan Merasakan Dirinya Tidak Lagi Di Sayangi..."

Bila perempuan rasa dirinya tidak lagi disayangi, apakah sebenarnya perasaan itu?

Naluri.

Setiap perempuan akan ada naluri itu. Naluri yang tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendiri. Perasaan ingin terbang tinggi, ingin menangis sepuas hati, ingin bersendiri dan ingin cuba lebih memahami diri.

Lelaki bila mana sahaja dia merasakan dia berada di zon yang sangat selesa, dia akan merasakan pekara yang sepatutnya dilakukan seperti kebiasaan tanpa merasai perasaan jauh hati sang perempuan.

Ada pekara yang tercicir, tanpa mereka menyedari akannya. Tapi percayalah, perempuan hadir dengan naluri yang amat kuat sekali. Ianya bagaikan lampu suluh, walau malap mana pun suluhannya, ia tetap memberi sinar pada gelap malam itu.

Tekanan sebenarnya tidak akan ada, sekiranya perasaan tersisih itu tidak hadir.

Perempuan akan merasakan bahawa dalam perhubungan mereka, ruang kosong semakin kelihatan apabila hadirnya perbandingan. Contohnya, mengapa dulu lain? Mengapa dulu penuh dengan ungkapan sayang, mengapa dulu hadir begitu banyak email dan sms, mengapa hilang kata kata semangat?

Mengapa?

Kerana lelaki merasakan bahawa cintanya kukuh dan tiada rasa lagi perlu disokong untuk menguatkan segala galanya kerana ia akan kekal abadi. Itu rasa lelaki.

Lelaki akan menyerahkan segala-galanya pada si perempuan, tanpa mahu memikirkan akan risiko perhubungan kerana kadang kala bagi mereka hidup ini sudah cukup melengkapi- berkasih, bercinta, bertunang, berkahwin, mempunyai anak dan memelihara satu rangkaian kehidupan berkeluarga.

Sedangkan hangatnya perhubungan itu, hilang dibawa angin malam yang kelam. Kasih yang menurun, pelukan sayang yang kurang, ucapan semangat yang tiada kedengaran dan tidur malam yang hilang lena bersaing suram.

Perempuan yang dahagakan perhatian, akan mula mengutip ruang ruang kosong itu dan menampal ia pada cerita lain yang boleh membuai rasa. Beralih pada irama, pada tinta dan kertas, pada derasnya kehidupan dan tentang sayu hidup berdua tapi seperti keseorangan.

Kadang kala, kita selalu tertanya-tanya, adakah kita yang terbaik buatnya dan adakah dia yang terbaik buat kita? Adakah cukup kasih sayangnya pada kita? Adakah kita cukup baik dalam menjaga hatinya?

Mungkin pasangan kita rimas dengan kisah hidup kita. Mungkin dia perlukan jalan keluar tanpa mampu suarakan pada kita mengapa dan mungkin kita belum cukup kuat membuatkan ada makna pada agungnya sebuah cinta.

Atau mungkin bagi mereka yang tidak bernasib baik kerana selalu sakit akan membebankan diri manusia yang mereka sayangi dan keluar dari semua itu adalah yang sebaik-baiknya.

Kosong dan hampa itu ada di mana-mana. Hanya Tuhan yang mendengar doa baik milik kita.

p/s: suka dengan entri ni..kadang kala terasa seperti dalam entri ini.
kredit penuh ( alwayz be my feverate blog ) :http://adifstory.blogspot.com

Thursday, April 7, 2011

" 9 asas haram poco-poco "

IPOH - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.
"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.
"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam..
sumber: kosmo online

p/s: dulu mase kat uni, memang teringin sangat nak belajar tarian poco-poco. tapi tak pernah dapat hafal steps. n ada yang cakap pergerakan poco-poco ni menyerupai salib. betul atau tak..wallah' hualam...sekarang kita try belajar tarian ' nobody' dari wonder girl pulak nak?..hehe.;p

Sunday, April 3, 2011

" orang melayu yang nak cepat untung..sanggup menipu pelancong...."

sekarang aku dah ada di rumah sewa..baru sampai tadi..lepas solat n tunggu turn nak mandi..aku rase nak tulis entri ni..tajuk di atas tu aku rasa mesti korang dah biasa sangat dengar kan..kekadang agak malu nak mengakuinye..tapi itulah hakikat yang sebenar..dan benda ni berlaku depan mata aku..cerita bermula macam ni..(cewah...) tadi masa aku dan sorang hosmate aku tunggu bus di terminal untuk balik ke rumah sewa aku..mcm aku dah cakap pada entri lepas, aku terpaksa ambik 2 trip bus untuk balik ke rumah sewa dah umah mak ayah aku..hari ni bus semua mogok agaknya..lambat bebenor..aku sampai di terminal dalam pukul 6. 15 petang..kalau ikut biasa..bus ada lagi untuk ke rumah sewa aku tu..dia selalu jalan pukul 6. 30. tapi hari ni bus tu takde..so kitorang pon tunggu jelah..duduk sebelah kaple mat saleh..aku seboleh-bolehnye memang nak mengelak duduk sebelah mat saleh ni..sebab mesti dia akan tanye benda2lah..selalu tanye jalanlah..tp memandangkan tadi tu dah takde tempat kosong..terpakselah..agaknya semua takut nak duduk situ kot pasal takut mat saleh tu tanye..dah ape yang aku agak tu terjadi dan tu jugak..baru letak punggung, aku dengar suara mat saleh ni kat sebelah..dia tunjuk kertas dan tanye betul ke bus sekian2 naik kat sini..kat kertas tu siap tulis sebaris ayat dalam bahasa inggeris yang mengatakan hendak ke kemaman..aku belek2 kejap dan panggil hosmate aku kat sebelah suruh dia tlong tengok sama..lepas tu aku cakap kat mat saleh tu bus tak sampai lagi..speaking aa kan..dia bukan reti bahasa melayu..lepas tu dia tanye tunggu kat sini ni ke?..aku cakap yes..sebenarnye aku naik satu bus dengan dia..tp malas aku sembang panjang lebar..bi aku kan ' mantap'...muahahah...
kemudian, tunggu punye tunggu...aku dah letih nak duduk, aku berdiri..mat saleh kat sebelah pon dah gelisah..dia pandang senyum2 je...lepas tu datang pakcik dua orang berdiri sambil sandar kat palang tepi jalan tu..dok nak bersembang dengan mat saleh tu..dia tanye mat saleh tu nak pegi mane...mat saleh tu tunjuk kertas tadi..pakcik bus tu cakap bus ke kemaman dah habis..dalam ati aku ckp ni mesti pak cik teksi ni..dia nk umpan mat saleh aa ni..aku n hosmate just tengok jelah gelagat pakcik yang tak reti cakap omputih ni speaking dengan mat saleh ni..mcm kelakar pon ada sebab pak cik ni bersungguh-sungguh nak tipu mat saleh ni..dahlah mintak tambang mahal gile..mat saleh ni mintak kurang..pak cik sorang lagi tu berdiri depan aku n hosmate aku...dia suruh aku n hosmate aku cakap kat mat saleh ni yang bus ke kemaman dah habis..dia nak cakap bi tek reti..aku malas nak layan..sebab dia nak menipu kan..yang buat aku nak marah..pak cik ni pakse2 pulak kitorang cakap kat mat saleh ni..bengkek aku...lepas tu dia tanye aku nak g mane..memula aku malas nak jawab..tapi dia sibuk2 dok tanye...aku tipu cakap nak g sekian2..pak cik tu cakap ooo dekat je..tapi dia tak cakap pon bas dah takde padahal tadi beriya suruh cakap kat mat saleh tu bus dah habis..padahal kitorang dengan mat saleh tu satu bus je pon..lepas pakcik tu desak..aku yang memang tak suka di desak ni pon terlepas kata..cakap pak cik nak bagi komesyen ke kat kitorang..hosmate aku pandang aku sambil sengeh2 je..tp aku rasa pakcik tu tak dengar kot..tp dia stop mendesak kitorang..
berbalik pada hal mat saleh tadi..nampaknya pakcik sorang lagi berjaya meyakinkan mat saleh tu yang bus dah habis..mat saleh tu dah nak angkat beg, tapi dia sempat berpaling kat kitorang dan tanye..betul ke bus dah takde..aku saling berpandangan dengan hosmate aku..last2 aku cakap..sebenarnye kitorang satu bus je dengan awak ni.( ni pon speaking..heheh..). lepas tu mat saleh tu cakap bus memang selalu lambat ke..aku ckp not really..lepas tu hosmate aku cakap..bus ke kemamamn ada sampai pukul 10 malam. lepas tu mat saleh tu tanye kitorang nak tunggu sampai pukul 10 ke..tak sempat nk jawab, aku nampak bus lalu..aku tunjuk tu bus..mat saleh tu pon tanye bus tu ke yg akan bawak dia ke kemamam, hosmate aku cakap a'ah..lepas tu mat saleh tu cakap sorry kat pak cik teski tu n blah ikut kitorang..dalam bus mat saleh tu sempat senyum kat kitorang..aku ngan hosmate aku gelak2 je dalam bus..mesti pak cik tu benggang..huhuhu..nak buat macam mane..silap oranglah pak cik nak ajak menipu tu..tp kalau pak cik nak tumpangkan kitorang sekali ke rumah sewa..maybe boleh condiser..hik..hik..the moral is...jangalanh suke tipu pelancong...tak baik..buat malu negara je kan...hoho..