RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, March 27, 2011

" bila aku dihubungi oleh wakil dari majalah Intrend "

hari jumaat yang lepas, aku start pindahkan semua barang2 yang besar2 macam almari apa semua. bos aku sewa lori sederhana. yang tukang angkut barang tu siapa lagi kalau bukan kitorang berempat kerana tak sampai hati nak tengok uncle cina n aunty tu angkat sendiri. dahlah tua. kurus pulak tu. jadi kitorang pon tolonglah angkat.memang penat gile.bos pulak pakai lepas tangan tak datang tengok pon even aku sengaja parking kereta depan rumah dia. lepas je habis angkat barang, terus pergi cari sarapan. balik rumah terus masak untuk makan malam. sempatlah aku lelap mata macam biasa around 12.30 sampai 1.15pm. bangun terus bersiap nak ke tempat kerja. dalam pukul 2.10, hp aku berbunyik. aku tengok kepala 03, aku terus angkat. rupanya wakil dari RTM ( tak ingat sapa nama dia), katanya diajuga dari majalah Intrend. nak buat segmen kegilaan fesyen korea. masa tu aku takdelah teruja sangat sebab aku kalut dah lambat nak pergi kerja. tudung tak pakai lagi. lagipun aku tak suka kalau kena keluar majalah ke..tv ke..so ckp punye ckp..habis disitu je sebab dia ckp aku duduk jauh pulak..aku cakap pada bf aku, dia kata jangan bunuh pelung lagi..benda ni boleh tolong majukan perniagaan. tp takpelah..bg aku..kalau ada rezeki lagi..tak kemana..lagipun aku sekarang agak stress dengan macam2 perkara..berdebar lagi tunggu novel aku dikeluarkan..jadi biar setel satu2..huhu..

Sunday, March 6, 2011

" tolong jangan usik barang-barang aku..!!"

entri lepas geram. entri ini di tujukan kepada ENGKAU! tolong jangan usik barang-barang aku. dah kalau nk buang barang-barang aku..TOLONG tanye dulu. hidup menyusahkan orang je...arggghhhhhh...!!!!

" surat perjanjian dari must read publication dan sampai.."

hari ini hari ahad, petang sikit aku akan balik ke rumah sewa untuk menyambung tugas sebagai pendidik. bahan ape semua dah buat malam tadi. oh ya, minggu lepas, aku terima surat perjanjian dari must read publication. tapi memandangkan alamat tu alamat mak ayah aku, aku hanya menerima surat tersebut semalam iaitu pada hari sabtu. sampai2 rumah terus bukak envelop pos express n baca slow2. lepas tu simpan dulu. tadi baru bukak balik n sains aggrement tu dan masuk sampul. esok baru suruh ayah aku pos laju. insyaAllah kalau tak ada ape2 halangan, hujung bulan april ni, akan ada pesta buku antarabangsa di PWTC, dan mengikut kata puan zaida, buku aku akan berada di pesta buku tersebut if sempat cetak. harap2 sempatlah cetak ek. kerana hujung bulan 4 aku memang plan nak ke kl..bercuti dan menenangkan fikiran di samping orang tersayang. okeylah..nanti aku follow up lagi if ada ape2 update terbaru..jumpa lagi..