RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, February 26, 2011

" 1st time duduk sorang di dalam rumah dua tingkat tanpa penghuni "

minggu ni 1st time aku tak balik rumah mak ayah aku. 1st time jugak aku tidur sorang2 semalam di dalam rumah dua tingkat ini. dengan cerita yang tak berapa sedap di dengar mengenai rumah ini, aku hanyalah berbekalkan fikiran positif serta percaya bahaya Allah itu sentiasa memerhati dan melindungi aku. akhirnya..pagi pun menjelma. alhamdulillah, tiada apa2 yang berlaku. Thank You Allah kerana melindungi hamba-Mu ini. minggu ni aku tak balik kerana kawan aku dari kl nak datang. pada asalnya dia nak datang interview di sini, tapi di sebabkan ada masalah yang boleh bikin semua orang hangin, jadi dia datang just atas tiket melawat sahaja. kesian dia. huhu. nanti lepas zuhur mungkin aku akan gerak keluar fetch dia di terminal. hari ni tak tau nak masak ape lagi. kena pergi kedai beli barang makan. hari ni takde keluar mane lepas ambik dia kerana dia sampai pon dah lewat petang.esok baru aku nak bawak dia berjalan di sekitar kawasan ini. yang tak bestnya..sekarang tempat kerja aku mengamalkan bayar gaji hujung bulan. memang perghhhhhhhhhhhhhhh nak tunggu selama 30 atau 31 hari tu. sabar jelah..pengurusan baru yang teruk dan menyusahkan ni memang nak kena boikot. takpe2...nanti tunggu dah lihat..

Thursday, February 24, 2011

" tolong jangan trauma..."

entri pendek:
adoii..semalam kereta aku bergesel dengan kereta-entah-apa...habis bumper kereta depan aku terkopek. kereta yang di gesel tu just bercalar je.nasib takde owner. tulah..sape suruh letak kereta di bahu jalan..aku nak u-turn pon susah..hope jadi pengajaran pada tuan punye kereta supaya fikirkan bahawa jalan itu bukan ayah anda yang punya. walaupun pengajaran tu terpaksa dibayar dengan bumper kereta aku..huhu..

Sunday, February 20, 2011

" lama tak update blog...*sign*"

sekarang aku dah ada kat rumah sewa..actualy aku nk tulis entri ni kat rumah tadi..tp sebab mengantuk..aku delay dulu..sebab takaaut tertido dalam bus plak..bahaya kan..minggu ni minggu yg aku tunggu2 sebab nak dapat gaji..hehe..bulan depan pulak ada meeting di taman negara..aaa..mencilah...baru nak plan pergi kl jumpa buah hati..potong line betul..so kena tunda end of april baru bley g kl..yelah..kenalah tunggu gaji baru sedap nak jalan kan..hehe..aku sebenarnya tengah nak cari hp..dalam kotak fikiran aku..aku berkenan dengan hp sony zylon...macam best je..harga pon aku tgk range dalam rm 400++..kale pink pulak tu...dah kale feveret aku tak ade iaitu purple..hentam pink pon jadik..okeylah..nanti aku buat entry untuk sambutan CNY peringkat negeri pahang hari tu..gambar aku tak tengok lagi...just snap2 je guna hp kak fisha..kakak tempat keje aku tu..nanti ada masa aku buat entri khas tu..tunggguuuuuuuuuuuu...

Saturday, February 12, 2011

" Budak 13 tahun cipta laman mirip Facebook" ( gambar )

BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.
Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.
Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.
"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.
Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.
Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.
Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.
"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

Sunday, February 6, 2011

" berbahagialah wahai empunya diri...."

sakit hati tak kalau prove dah ada depan mata, tapi kita still lagi...seboleh-bolehnya tak nak percaya?? fikiran dan minda pula memainkan peranan dalam mengelirukan kita dengan berkata itu benar n itu tak benar...seolah2 ada 'devil' n 'angle' yang saling bertarung untuk menyakinkan pendapat masing2...sumtimes susah nak percaya benda yang ada bukti sekalipun..sekarana sifat ingin memaafkan dalam diri itu sangat tinggi..sifat ingin sentiasa memberi pelunag -entah-keberapa- itu sangat tinggi..sifat baik hati dalam diri yang walaupun sebesar kuman, sudah mula menonjolkan diri..bila jadi macam ni..rasa nak marah + maki hamun orang tertentu..biar puas hati..sifat jahat juga turut keluar dengan mulut yang tak henti2 menyumpah seranah semata-mata desakan dari dalam hati yang inginkan kebenaran. tambah2 berdepan dengan orang yang tak pandai menilai nikmat dan hikmat. bodoh aku katakan pada orang tersebut. memang semua manusia tak lari dari kesilapan..tapi adakah itu alasan untuk kita sentiasa melakukan kesilapan??

apa agaknya hukuman untuk bagi orang macam ni sedar??sedar yang bertapa dia bernasib baik mempunyai kehidupan ini...tanpa perlu dia timbulkan masalah dengan sengaja tanpa guna istilah " manusia tak lari dari kesilapan"? aku hairan dengan orang2 spesis macam ni..ape yang dia cari dalam hidup dia sebenarnya...tidak pernah hendak mengaku kesalahan diri dan hanya meletakan semua punca kesalahan pada orang lain dengan nisbah dia 1 kesalahan dan orang lain 99 kesalahan..kelakar rasanya bila hakim menjatuhkan hukuman pada diri sendri dengan macam tu sekali..adakah itu orang yang kita cari dalam hidup ini?? beranikah tuan punya diri membuka peluang kepada orang lain...memberi peluang kepada diri untuk lebih bahagia...

Friday, February 4, 2011

" hari yang indah bila cuti...."

hari ni hari jumaat. lagi dua hari cuti aku nak habis sebelm kembali bekerja. inilah cuti paling lama selain hari raya aidil fitri nanti. cuti lain memang takde dah selain cuti weekend. cuti ni memang aku maraton movielah..semua cerita kat lappy aku ni, aku tengok, dari merlin season 3 ( sekarang tengah tayang di tv3), movie korea, dan sekarang cerita nikita. kalau kerja memang aku takde masa nk layan benda2 ni semua. balik rumah dah penat. bangun esok pagi kalau takde kelas pagi, kena masak pulak. so sosial life aku hanya berjalan waktu weekend je. tu pon akalau aku bersosial. selalu aku bersosial di dalam bilik bertemankan lappy ni je. sekarang ni pulak aku sakit tekak batuk2. baru minggu lepas aku baik batuk..dah batuk balik..haishhh...kalau batuk, aku selalu makan hacks je..lepas tu baik..ni aku beli sebungkus terus hack..hope cepat baik sebelum aku memulakan tugas hari isnin nanti..cuti2 ni mesti ramai blogger yang pergi holiday ke mane2 kan?mcm aku duduk rumah jelah..layan movie tu pon dah cukup heaven bagi aku..tanpa tekanan kerja..sekarang ni aku tunggu panggilan dari seseorang yang bakal merealisasikan impian aku...tak tahulah bila kan..tunggu jelah...
p/s: tajuk entri tah hape2...

Wednesday, February 2, 2011

" [Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak "

[Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
sumber : www.ariffshah.com