RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, January 8, 2011

" isu tudung shawl.....jawapan dari ustaz love..."

baru2 ni dunia blogger telah dikecohkan dengan satu entri pasal pemakian tudung shawl yang ditulis oleh seorang mamat blogger lelaki..yang jadi kecoh sebab dia letak pic fatin liyana sebagai contoh..pada pandangan aku...kita tak de hak nak jatuhkan sesuatu hukuman pada seseorang based on pemerhatian kita je..lagi pun aku rasa cara dia tegur tu pon mcm tak kena je sebab dalam masa yang sama...dia mengaibkan orang dengan pandangan dia yang tak berapa bernas tu..yg tukang komen pon..ada jugak cakap kalau perempuan yang tegur, kata jeles, bila lelaki tegur barulah betul blah3...aku malas nk cakap banyak..sebab aku pon pakai jugak shawl segala bagai...tp aku tak terase pon sebab aku tahu..islam itu indah dan mudah...sekarang maybe nk pakai shawl sebab nak nampak cantik..tp dalam masa yang sama aku pastikan yang ia mengikut syarak..kalau mcm shawl yang tak tutup dada tu ( jenis ada batu kat hujung), aku pakai shawl labuh lain n barulah aku lilit shawl batu tu..biarlah berlapis2 asal aku dapat pakai shawl batu tu n dalam masa yg sama, mengikut syariah..kepada tuan punyer blog yang buat entri shawl menjengkelkan tu...sila baca apa kata ustaz love tentang isu ini..lagi bernas..

petikan entri dari ustaz love :


Ustaz Love pun tak tahu nak mulakan dari mana… cuma mungkin Ustaz Love boleh cuba untuk menjelaskan serba sedikit dari sudut hukum.. Apa jua pakaian, hendaklah menutup aurat dengan sempurna… Tak kira lelaki ke, pempuan ke… Kalau pempuan pakai seluar ketat hingga menampakkan susuk punggung, hukumnya adalah haram.. begitu juga lelaki kalau pakai seluar ketat.. Jadi, jangan ingat kalau pakai tight sampai lutut (masa main bola ke), itu dah tutup aurat sempurna dah..
Dan aurat juga banyak bahagian.. bukan setakat rambut (bagi wanita) atau kepala lutut (bagi lelaki) je… tapi meliputi apa yg digariskan oleh syariat.. iaitu bagi wanita, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.. manakala bagi lelaki, auratnya daripada pusat hingga lutut… termasuk yg berada di belakang pusat dan juga belakang pelipat lutut..
Itu dari sudut hukumnya… Namun, banyak lagi faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum kita menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai berdosa, fasiq, munafiq, hipokrit dsb…
Adalah tidak adil sekiranya kita membandingkan seorang yang baru belajar2 nak pakai tudung, dengan wanita Arab Saudi yg memakai tudung dan berpurdah (niqab) atau memakai burqa (menutup seluruh badan termasuk mata..kat bahagian mata tu ada jaring untuk melihat)… Juga tidak adil membandingkan seorang artis yang bertudung dengan seorang ustazah lepasan al-Azhar…
Hukum itu jelas.. tiada pertikaian di situ.. cuma dari sudut amali, maka banyak perkara dilonggarkan agar tidak menyebabkan seorang yang baru2 nak berjinak dengan amalan agama ni, terus meninggalkan amalan tersebut…
Bagi seseorang yang memang ada kesedaran beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai tudung…
Kaedah bertudung juga kita perlu fahami… bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan… Asalkan menutup aurat, jalan je..
Berkenaan dengan tudung shawl ni plak, sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat, dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..
Jadi, pandangan Ustaz Love takde la liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak.. pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu… Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…
Panjangnya Ustaz Love menulis… tak pasti la menjawab soalan ke tak.. hehe

1 140 tukang karut:

Shaofie said...

jemput join segmen. mudah je.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

Post a Comment