RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, December 20, 2011

" Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..begitulan sebaliknya.."

video 

baru je lepas tengok vc ni. so sweettttttt...
suka-suka.....

Sunday, December 18, 2011

Teluk Intan


Baru2 ni, penulis berpeluang singgah di Menara Condong Teluk Intan. So penulis ingin berkongsi sejarah2 berkaitan menara ini. Nak naik xboleh sbb menara ditutup untuk kerja2 baikpulih. So juz melawat kat luar jelar. Sumber adalah board atau papan maklumat yg ada di sebelah menara tersebut. Berikut gambar2 yg diambil di sekitar menara condong dan bandar teluk intan untuk dikongsikan.

Papan Maklumat Menara Condong


Kompleks Menara Condong


Simpang empat di bandar Teluk Intan


Salah satu syarikat perkayuan/pembalakan yg classic


Stesen Bas Bersatu Teluk Intan


Stesen bas dari belakang

_______________________________

Sumber:
1. Papan maklumat pelancongan

Thursday, December 15, 2011

Perang Sabil Sungai Manik

Ketika zaman kemuncak kegemilangan daerah Larut di bawah pimpinan Ngah Ibrahim, ramai imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah. Kemasukan ini diuruskan oleh Kepten Speedy seperti yg penulis cerita sblm ni. Semasa kedatangan Birch, maysrakat Cina berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Masyarakat Cina turut mendiami Kampung Cina di mukim Bandar, Kg Gajah. Pertelingkahan 2 kumpulan kongsi gelap Gee Hing dan Hai San menjadi salah satu punca campur tangan British kerana pengeluaran bijih timah terjejas.

Ketika penjajahan Jepun, tentera Jepun bertindak baik dengan org Melayu. Jepun mengajar org Melayu berjuang menentang penjajahan Barat dan melatih penduduk tempatan mentadbir negara sendiri. Pemuda Melayu diambil dan dilatih menjadi tentera Jepun, ada yang dihantar ke Sumatra bagi menjadi buruh di sana. Bagaimanapun, tentera Jepun menyiksa dan membunuh kaum pendatang seperti org Cina dan Inggeris. Bagi Jepun, org Cina tiada jati diri dan xpeduli dgn landskap politik tempatan. Selepas kekalahan Jepun, pihak komunis melalui Bintang Tiga dan Kuomintang bertindak mengganas serta menimbulkan huru hara di Tanah Melayu sehinggakan perintah darurat diisyhtiharkan. Anggota komunis yang kebanyakkan berbangsa Cina telah bertindak membunuh orang Melayu yang menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu.

Anggota komunis yg lengkap bersenjata

Zaman darurat menyaksikan serangan-serangan komunis Cina ke atas penduduk2 Melayu. Ada yang mengatakan terdapat orang Melayu yang menjadi tali barut komunis. Penduduk asal Melayu terpaksa hidup dalam ketakutan sampai ke suatu tahap, kemarahan org Melayu memuncak dan mula bertindak balas dengan melancarkan Perang Sabil iaitu singkatan fi-sabilillah pada tahun 1948-1960. Pendekar2 Melayu yg terpaksa mempertahankan kampung Melayu, mula menyerang masyarakat Cina yg menjadi tali barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap, Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak. Kemuncak Perang Sabil apabila berlaku pertempuran di jambatan Sungai Tunku, Teluk Intan antara sekumpulan pengganas komunis yang naik tongkang, dari Langkap dan Chui Chak dengan pendekar-pendekar Melayu. Ketika ini, orang Melayu yang berketurunan Banjar telah bertindak menyatukan orang Melayu dengan ilmu kerohanian dan kebatinan. Hanya menggunakan pedang atau parang lading, org Melayu berhabis-habisan mempertahankan diri menentang komunis Cina yg lengkap bersenjata senapang. Seluruh pemuda Melayu dikatakan telah mengambil air tawar, ilmu kain merah dan ayat-ayat hafazan dari seorang guru yang berketurunan Banjar.

Komunis Cina menyerang penduduk Melayu kerana tidak dilayan baik oleh Jepun.

Mengikut Wikipedia, Sungai Manik terletak 5 KM dari Teluk Intan. Berjiran dengan Kampung Gajah dan pekan Tapah Road. Sungai Manik mendapat nama dari penemuan sejumlah manik-manik di tepi sungai yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Amukan org Melayu dalam Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, menyaksikan org Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan.Ini mengembalikan kampung2 tradisional Melayu seperti Kampung Gajah kembali aman dan terpulihara dari penjajahan ekonomi masyarakat Cina yg pernah menjadi tali barut komunis. Jika anda berpeluang pusing2 kampung sini, anda dapat menyaksikan kedamaian dan ketenangan semulajadi. Seperti yg kita tahu, masyarakat peniaga Cina dari ideologi China ini, bertunjangkan kongsi gelap dan jenayah dalam mengembangkan bisnes seperti yg kita dapat tengok dalam filem2 mereka. Jadi tak hairan jika anda merasa semacam jer if berjalan di pekan kecil Kuala Sepetang. Paham2 lar asal usul penduduk setinggan kawasan ni kan.

Tuan Guru Haji Bakri - menjadi guru ilmu kebatinan Banjar

Pemerintahan MPAJ Bintang Tiga Komunis 14 hari menyaksikan penderitaan yang memberi kenangan perit kepada penduduk Tanah Melayu. Juga menyaksikan penyatuan masyarakat Melayu mempertahankan diri dari kekejaman suatu kaum yang asalnya hanya pendatang, tetapi lupa diri dan menyerang penduduk asal. Seperti yang ditakuti pihak Jepun ketika melatih org Melayu memerintah dahulu. Apa2 pun, artikel ini hanyalah REVIEW kepada tulisan2 lain dlm blog, forum dan mini artikel bersumberkan internet lain. Tiada yang baru. Pembaca boleh mencari dan membuat rujukan lebih detail untuk mengetuhui hidden history ini. Tiada provokasi, tiada perkauman, tiada prejudis....hanyalah penulisan sejarah yg pernah berlaku di negara kita. Cintakan negara, cintakan lah sejarah. Semoga kita bangsa Malaysia terus bersatu dan menjaga keharmonian kaum tanpa lupa asal usul dan sejarah masing2.

_____________________________________

Sumber:
1) Wikipedia
2) Forum

3) Blog

Wednesday, December 14, 2011

" Kerja memerah idea..."

Assalamualaikum..
hari ini rasa macam nak update blog sikit. rasa macam lamaaaaaaaaaaaa sangat tak update blog. sibuk aa sejak dua menjak ni ( sibuk kebendanya, padahal malas), sekarang ni aku tengah gigih nak siapkan satu manuskrip pasal kertas cadangan telah diterima, so penerbit nak tengok full manuskrip untuk menilai keseluruhan cerita. target aku nak buat dalam 200 m/s je tapi sekarang dah dekar 250 m/s tapi cerita tak habis2 lagi. ada lebih kurang 75% lagi nak siap. so satu hari ni aku gigih nak mengadap lappy sampai juling biji mata ( okey ini tipu) . sebenarnya semalam aku dah start buat manuksrip baru, bila penerbit nak tengok manuskrip yang satu lagi baru kalut kau nak buat ye.haha..sementara aku ada idea, tu yang start tulis sikit-sikit...at least dah siap manuskrip n sementara nak tunggu keputusan penerbit tu, bolehlah aku sambung manuskrip tu..ye dak..manuskrip yang satu lagi ( banyak gila..tak tau macam mana nak rifer..hikhik..) , manuskrip yang dah siap n dah dihantar sebulan lepas masih tidak tahu keputusannya. mungkin akhir tahun ni semua bizi..so sabo jelah ye dah..esok nak pergi kelantan ambik adik aku baru habis belajar, so aku terfikir nak angkut sekali ke lappy pasal kat sana semalam je..tapi aku bergelut jugak ni nak siapkan manuskrip ni..poneng mak, nyah...esoklah pagi2 aku pikir nak bawak ke dhak..k kah, nak sambut buat kerja...tata..

p/s: dua hari ni aku layan semua lagu melayu..saja amik mood nak tulis manuskrip..memang mengimbau kenanagan..hihihi...

Friday, December 9, 2011

" Tak ada tajuk.."

assalamualaikum...
selamat hari khamis...aku suka hari khamis..bukan sebab malam ni malam jumaat.hehehe...tapi yelah, malam jumaat boleh baca yasin..pastu malam ni ada citer best yang aku suka tengok..cerita family kardashian kat star world..tapi hari ni aku bukan nak cakap pasal citer tu..aku nak cakap pasal benda lain. dalam dunia ni, macam yang kita tahu, bukanlah dunia yang kekal. lambat laun akan bertemu dengan penghujungnya juga, masa tu dinamakan kiamat. dan dalam masa itu, kita sebagai manusia ini sering diuji dengan pelbagai ujian, sama ada ujian dalam bentuk kesenangan, dan ujian dalam bentuk kesusahan. dan terus terang aku cakap, kalau ujian dalam bentuk kesenangan ini aku rasa lagi susah kita nak hadapi berbanding ujian dalam bentuk kesusahan. contohnya, kalau kita kaya raya, hidup senang goyang kaki dapat duit jatuh dari langit, ada kalanya kita tak sedar itu adalah ujian, menguji tahap kita bersyukur dan memperhambakan diri kepada Allah. yelah, kadang kala kita lalai, kaya sikit, glamer sikit mulalah lupa diri. tapi tak semua..ada jugak yang sedar diri dan tak hanyut..baguslah kalau macam tu..itu yang aku maksudkan ujian kesenangan tu lagi berat sebenarnya dari ujian kesusahan. kalau kita susah, for sure kita akan sentiasa ingat Allah, doa banyak2..tapi ada jugak yang tak ingat Allah..macam-macam ragam mansuia ni..
bila kita sentiasa diuji dengan kesusahan, sepatutnya kita kena ingat Allah selalu. selalunya apa yang ada dalam hidup kita ketika itu, haruslah dihargai..contoh macam family, kawan-kawan, pasangan, kerjaya dan apa-apa jelah..kerana itu sahajalah yang kita ada yang membolehkan kita kuat semangat untuk hidup..
tapi kalau benda ciput macam tu pon orang sibuk nak jugak..aper cerr...
jadi seharusnya kita menganggap..itu adalah ujian..untuk menguji tahap mana kesabaran kita..sabar..sabar..sabar....sabar itu separuh daripada iman..

Thursday, December 8, 2011

" Sayang Diari..."


15 Ogos 1931
Hari ini aku telah dijemput oleh Rio dan keluarganya ke majlis sambutan hari lahir Rio yang ke 21. Sambutan tersebut sudah tentulah telah diadakan secara besar-besaran memandangkan Rio merupakan satu-satunya anak tunggal dalam keluarganya. Ibu dan ayahku sangat teruja dengan jemputan tersebut dan aku tahu mengapa. Keluarga Rio merupakan keluarga yang sangat kaya dan berpengaruh. Menjadi antara jemputan keluarga itu memang sentiasa diimpikan oleh ibu dan ayahku. Aku pada mulanya enggan mengikut ibu dan ayahku ke masjlis tersebut namun ibu berkeras kerana Rio telah berpesan beberapa kali kepadanya yang kehadiran aku adalah diwajibkan. Sebelum itu Rio sempat berpesan secara berkias sekiranya aku tidak hadir ke majlis hari lahirnya itu, rahsia aku yang satu itu pasti akan sampai ke pengetahuan kedua ibu dan bapaku. Mahu tidak mahu aku terpaksa juga mengikut kehendaknya. Entah sampai bila Rio mahu mengugutku dengan perkara itu.
Aku tidak benar-benar mengenali kedua ibu dan bapa Rio. Apa yang aku tahu, bapa Rio merupakan saudagar kaya yang mengusahakan perniagaan minyak mentah. Itu sahaja. Seperti biasa, ibuku agak kecoh dengan pakaian yang mahu dipakai lantas membuat temu janji dengan kedai pakaian kegemarannya di pekan. Aku mengigatkan ibu tentang beberapa helai pakaian yang masih belum dipakainya lagi kali terakhir kami membeli belah. Pada mulanya ibu agak keberatan untuk menyelongkar almari bajunya itu dan menyatakan yang baju baru tentu nampak anggun di tubuhnya, dan baju di dalam almarinya itu tentu telah ketinggalan zaman namun aku berjaya memujuknya supaya membatalkan aktiviti yang membuang masa itu. Aku mengatakan yang cuaca yang tidak menentu akan membuatkan ibu mudah jatuh sakit dan kulit akan menjadi pucat, sekaligus akan menjejaskan kecantikan ibu pada malam berlangsungnya majlis itu. Ibu kelihatan dapat menerima alasanku itu untuk tidak keluar membeli belah. Aku mengeluh lega. Membeli belah bersama ibu merupakan aktiviti terakhir yang akan aku lakukan. Ibu cenderung menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk memilih pakaian yang dirasakan sesuai. Belum termasuk dengan perhiasan yang lain.
Seperti biasa, setibanya kami di kediaman agam tersebut, kami disambut oleh penyambut tetamu yang mempersilakan kami masuk ke dalam rumah banglo tersebut. Aku agak terpegun kagum apabila melihat hiasan dalaman rumah yang seperti istana itu. Rumah itu terlalu besar untuk keluarga seperti Rio kerana mereka hanya tinggal tiga beranak sahaja. Namun aku membuat kesimpulan yang pembantu rumah mereka yang ramai itu mampu membuatkan rumah tersebut seolah-olah berpenghuni. Aku hanya berdiri tercegat memandang lukisan-lukisan yang tergantung di dinding. Ibu dan ayahku kelihatan sedang sibuk berbual entah tentang apa dengan tetamu yang lain. Aku tidak ambil pusing akan hal itu kerana urusan perniagaan bukanlah minatku. Setelah menghabiskan masa selama beberapa minit meneliti lukisan yang pelbagai itu, aku berjalan menghampiri meja yang menghidangkan makanan. Seperti biasa, meja panjang tersebut penuh dengan pelbagai jenis makanan. Aku hanya tercegat di tepi meja tersebut. Tidak benar-benar tahu apa yang perlu dibuat. Suara pengumuman oleh ayah Rio menarik perhatianku seketika. Ayah Rio mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada tetamu yang hadir ketika itu. Aku sempat menjeling ke arah Rio yang berdiri megah di sisi ayahnya. Aku segera mengalihkan pandangan ke arah lain apabila pandanganku bertembung dengan pandangan Rio. Setelah menyampaikanan ucapan yang panjang lebar, ayah Rio memberikan peluang kepada Rio pula untuk menyampaikan ucapan. Aku hampir memutarkan bebola mata apabila Rio seperti biasa, akan memuji dirinya sendiri dan bermegah-megah seperti selalu. Aku tidak ambil pusing akan apa yang dikatakan oleh Rio itu lantas mula menikmati pembuka selera yang terdapat di situ.
Rio datang menghampiriku ketika aku sibuk memilik hidangan berat. Dia melahirkan ucapan terima kasihnya kerana kesudianku untuk hadir. Bagiku ucapan tersebut kedengaran tidak ikhlas ditelingaku. Mungkin kerana Rio tahu yang aku tidak akan datang jika tidak dipaksa. Rio kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengajakku berbual dan aku hanya melayannya berbual dengan ala kadar. Ria mengajakku menari namun aku menolak dengan alasan kakiku sakit. Alasan yang aku reka itu telah mambantutkan keinginan Rio untuk menari. Rio bertanya aoa yang tidak kena dengan kakiku. Aku memberikan alasan yang aku terjatuh beberapa hari yang lalu. Ria kelihatan percaya dengan alasanku itu dan tidak melanjutkan hasratnya untuk menari. Aku memberikan cadangan kepadanya supaya mempelawa beberapa orang gadis yang hadis di situ untuk menari namun Rio enggan. Katanya dia tidak berminat dengan mana-mana gadis di situ kecuali aku. Aku agak terkejut mendengar kata-kata berterus terang dari Rio itu dan rasa kurang selesa mula menular di dalam diriku. Aku cuba berlagak biasa dan menghabiskan makanan di pingganku namun seleraku telah hilang. Aku memandang sekeliling, mencari-cari kelibat  kedua ibu dan ayahku dan berharap dapat pulang sahaja ke rumah. aku kemudian teringat yang aku ada membawakan hadiah untuk Rio. Aku membuka beg tanganku dan mengeluarkan bungkusan sederhana besar itu  dan menghulurkan kepada Rio. Rio terkejut dengan pemberian tersebut namun gembira. Aku hanya mampu tersneyum dengan rasa serba salah melihat reaksi Rio yang agak berlebih-lebihan itu apabila menerima hadiah harijadi daripadaku kerana aku sebenarnya tidak benar-benar menganggap pemberian itu adalah istimewa. Sekadar pemberian sebagai kawan. Tidak lebih tidak kurang. Untuk melindungi rasa serba salah yang semakin mencengkam perasaanku, aku berterus terang sahaja tentang kandungan hadiah tersebut namun Rio tidak peduli untuk memberikan perhatian pada kata-kataku. Perhatiannya tertumpu kepada hadiah ditangannya dan mula membuka bungkusan hadiah itu dengan tidak sabar-sabar. Dia mengeluarkan isi dalam kotak tersebut dengan berhati-hati. Aku hanya mampu merenung dengan sayu. Walaupun Rio kadangkala menjengkilkanku, namun aku yakin dia lelaki yang baik, yang layak memperoleh apa yang dia peroleh sekarang ini. Dia memuji hadian pemberianku itu sebagai ‘cantik’. Aku tersenyum kecil. Pen pemberianku sebagai hadiah harijadinya itu disemak di poket luar sutnya. Aku mengatakan kepadanya yang dia tidak perlu berbuat begitu hanya kerana ingin mengambil hatiku namun dia tidak mengendahkan dan menjawab dia akan menghargai apa sahaja yang diberikan olehku walau sekecil mana pun pemberianku itu. Aku mula terfikir yang Rio mungkin bukanlah seteruk yang aku sangkakan. Ketika mahu pulang, Rio menghadiahkan sekumtum bunga mawar merah kepadaku. Pada mulanya aku agak ragu-ragu untuk menerimanya namun akhirnya aku menerima pemberian tersebut dengan menyatakan di dalam hati yang Rio sekadar berkelakuan sopan terhadapku. Aku juga sempat menemui ibu bapa Rio yang menerima baik kehadiranku. Aku hanya mampu membalas kata-kata pujian mereka itu dengan tersenyum. Apa yang aku mahu adalah pulang ke rumahku sendiri.

Wednesday, December 7, 2011

Kampung Gajah, Perak

Pada 23/11/11 penulis berkesempatan melalui Kampung Gajah, Perak semasa mengunjungi Kompleks Sejarah Pasir Salak. Jika sesapa baca entry sblm ni pasal pembunuhan JWW Birch oleh Sepuntum dan sbgainya, anda mesti igt lagi yg lokasi kejadian tersebut adalah Kg Gajah. Jika tgk google maps, Kg Gajah ni terletak blah kanan tebing Sg Perak. If dari Kuala Selangor, amik jalan ke Teluk Intan, kemudian sblm masuk masuk bandar Teluk Intan susur ke kiri ikut jalan ke Lumut. Nnt akan ada signbord belok kanan masuk jalan kampung. Follow jer jalan tu... Lebih kurang jarak dari Ipoh 80km dan T.Intan 26km.

Sebuah penempatan untuk projek tanaman nangka 1996

Kg Gajah ni kira dh menyimpan seribu satu kenangan sejak zaman dahulu lg. Kg ni menjadi tmpat pemberontakan pertama penduduk tempatan menentang kehadiran dan campurtangan penjajah British. Kg ini juga telah diserang dgn teruk oleh tentera British selepas pembunuhan Birch. Pada zaman komunis juga, berlaku Perang Sabil antara penduduk Melayu dan pendatang Cina yg disokong komunis. Nnt kita review skit sejarah perang ni. Tapi berkaitan sbb lepas perang tersebut, masy cina berhijrah ke bandar2 spt Teluk Intan, Langkap dan Setiawan membolehkan ekonomi tradisional dan kampung2 bersejarah tua ini kekal terpelihara.

Agensi kerajaan turut membantu ekonomi peduduk tempatan

Jika anda melalui jalan Kg Gajah pada waktu pagi, anda dpt merasakan keheningan suasana kampung yg tenang. Melalui kawasan penempatan peneroka, sawah padi, tanaman buah-buahan seperti durian, nangka dan rambutan, serta pokok2 kehijauan mmg memberi ketengan. Menghampiri pukul 10pg, jalan dan kedai kopi dipenuhi pakcik2 yg baru pulang dari kebun. So hati2 memandu. Org melayu di sini masih mengekalkan warisan perusahaan mereka terutamanya tanaman durian. Anda boleh lihat semangat gotong royong, amanah sopan santun dan pembersih menjadi amalan masyarakat di sini.

Salah sebuah warung kopi di tepi sawah. Mkn simple2 dlm suasana kampung.

Kampung Gajah sinonim dgn buah durian warisan. Pokok2 mencecah ratusan tahun. So jgn terkejut spanjang jalan dr Pasir Salak menghala ke Bota, anda akan melalui kawasan kebun durian yg batangnya menggapai langit mcm kayu balak. Area ni jgk berlambak-lambak kedai jual buah durian. Anda bleh stop kt kedai peraih if nak makan kt situ. nk bw balik pning kpala plak kn. Penulis smpat berenti merasa durian Kg Gajah ni. If nk bwk balik, beli kt kedai2 berpayung...situ murah psl pkok durian sendiri n mmg nak kasi habs cepat. Nama durian pling popular kat sini ialah durian Tok Paduka Raja.

Salah sebuah gerai durian yg berlambak2 tepi jalan Kg Gajah ni.

Salah satu pokok durian yg tua tapi masih subur.

Durian kampung ni mempunyai ulas bapak besar..harga RM8 sebijik..

Sambil2 mkn durian, mari kita rewind skit sejarah asal usul nama Kampung Gajah ni. Utk makluman, nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain. Idea dicetuskan Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 1986 semasa datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak kerana bg beliau perkataan 'kampung' tidak lagi sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson telah ditukar kepadaTeluk Intan dan Port Weld kepada Kuala Sepetang. Namun begitu ramai membantah dan tidak ada nama yang sesuai, maka nama Kampung Gajah dikekalkan sampai sekarang. Terdapat beberapa versi kisah, antaranya kerana di kampung ini tedapat banyak gajah berkeliaran mencari makan. Gajah2 ini dtg dari utan rimba berhampiran Bukit Tunggal. Ia makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior penduduk kg. Selepas makan, gajah liar ini akan minum air di sungai perak berhampiran.

Selain durian, pisang pun menjadi tanaman utama penduduk Kg Gajah.

Kisah kedua dikatakan berpunca dari kesan tapak kaki gajah yg banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di sawah2 padi. Sebenarnya tapak kaki ini milik manusia yang mendapat penyakit untut, sejenis penyakit yang menjadikan kaki dan tapak kaki membesar dan menggerutu beserta bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit ini dikatakan berpunca dari gigitan nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Tentera Siam yang hendak menyerang negeri Perak membatalkan hasrat selepas terlihat begitu banyak kesan tapak kaki menyebabkan mereka menyangka dan takut dengan kehadiran banyak gajah di kawasan ini.

Image lakaran Sang Gedembai

Cerita ketiga yg lebih dongeng, dikatakan Kampung Gajah mendapat nama daripada sebuah batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Batu ini asalnya seekor gajah yg di'tegur' oleh Sang Kelembai iaitu suatu makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika tergangu, Sang Kelembai akan menegur menyebabkan manusia atau haiwan bertukar menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang, dilarang menyapa jika terserempak dgn Sang Kelembai. Jika tidak mereka akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan camfirm tak dapat. If bernasib malang, mereka akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

Habis sudah kesah dongeng.... Akhir skali, datanglah ke kampung bersejarah ini dan rasilah dorian perak ni. Lain pokok lain rase kot. Mayb kena gn selera anda. Next entry penulis nak share kisah Perang Sabil yg pernah berlaku di sini yg sbnrnya disembunyikan lagendanya kerana dikhuatiri menggugat keselamatan kaum. Tapi ini kisah sejarah..tiada pihak harus sakit ati or angap rasist sbb ia dah pun berlaku. So penulis akan cari2 bahan utk dikongsikan. Jom gerak kuar dr Kampung Gajah ni. Sampai di hujung jalan simpang dua, belok lah ke kiri....anda akan lalu pekan kecil kg ni dgn replika durian besar. Teruskan perjalanan dgn selamat....

Replika Buah Durian di pekan kecil Kg Gajah.
____________________________________________________

Rujukan:
1. Kunjungan penulis 23/11/11
2. Pejabat Daerah dan Tanah Kg Gajah
3. Wikipedia

Tuesday, December 6, 2011

Salju Di Danau Kota

Video + Lirik:



Coretan:
My dear rusa,
Aku xpernah kesal memilih dirimu
Biarpun kau sering tengking n marah2
Krn bagiku kasih sayang
Adalah satu anugerah
Yg tak ternilai olehku

Betul katamu hidup penuh pura-pura
Tapi tidak pada diri ini
Krn cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu (Maksud?)

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang nampak terbiar layu disirami duka
Diriku ini dah umpama pengemis
Mengharap kasih syg dari mu itu
Izinkanlah aku terus menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...

Inspired by Lagu Salju Di Danau Rindu (Mamat)

The Grave of Si Puntum @ Sepuntum + Pembunuhan JWW Birch


Lanjutan kepada post Kompleks Sejarah Pasir Salak, bersebelahan pagar kompleks ni jgk terdapat sebuah perkuburan Islam yg nmpak gaya mcm dh lama xguna. rumput2 dh panjang terbiar bgitu shja. Di sini bersemadinya jenazah Si Puntum dan boleh dilawati mereka yg meminati sejarah dan melihat sendiri kubur ini. Ada banyak gambar2 penulis di sekitar perkuburan ini, tapi tidak dipaparkan demi menghormati jenazah yg lain2. tapi pemandangan mmg unik dan cantik dgn rumput2 panjang, ada pokok besar, pokok2 berbatang putih yg tinggi giler serta batu2 nisan klasik myerlahkan lg keaslian warisan di sini.

Kubur Si Puntum betul2 di bwh rimbunan pokok tua ini.

Sambil2 itu, mari kita kenali siapa Si Puntum ini. Mengikut buku teks Si Puntum atau Sepuntum merupakan orang asli yang menjadi pengikut setia kepada Dato Maharaja Lela. Beliau menetak kepala Birch, mengakhiri nyawa lelaki Inggeris tersebut. Si Puntum kemudiannya ditangkap, dibicarakan pada 3 & 4 Mei1876 dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876 di Bandar Baru iaitu lokasi kubu utama British dan kediaman rasmi residen British.

Terlebih dahulu menyerang Birch ialah Pandak Indut yang merupakan bapa mertua kepada Dato Maharaja Lela. Beliau dikatakan pendekar paling handal di Perak. Menerima pedang daripada Dato Maharaja Lela untuk membunuh Birch yang mengarahkan menampal surat pengumuman di Pasir Salak. Beliau adalah orang pertama mengoyak surat ditampal Mat Arshad dan menikam suruhan Inggeris itu dengan lembing. Mat Arshad yg merupakan kerani dan jurubahasa Birch turut terbunuh dalam kejadian ini.

Perahu digelar "Perahu Naga" yg dinaiki JWW Birch

Kajian mengenai peristiwa pembunuhan Birch telah dilakukan lama dahulu dan anda bleh downloadnya di internet. Kesimpulan dari jurnal tersebut, rupanya telah berlaku rusuhan penduduk yang menyerang serta membunuh Birch dan 16 orang tali barutnya. Beberapa org termasuk Ngah Jabor, Panjang Bur, Kulup Ali merejam lembing ke arah tempat mandi Birch menyebabkan Birch cedera dan terjatuh dalam sungai. Ketika timbul di blakang rumah mandi, Birch ditikam dengan lembing oleh Se Tuah sebelum ditetak di kelapa oleh Si Puntum dengan parang panjang sebanyak 2x. Untuk lebih lanjut baca lah journal tulisan Abdullah Zakaria bin Ghazali setebal 72 m/s ni.

Rentetan dari kejadian, telah berlaku serangan tentera British ke atas Kg Gajah. Yg terlibat ditangkap dan dibicarakan. Saksi2 kejadian yg terdiri dari warga cina pendatang memberi nama2 mereka yg membunuh Birch membolehkan wira2 Melayu ini disabitkan kesalahan dan dihukum gantung. Mereka yang tiada bukti kukuh terlibat dlm kejadian pembunuhan dipercayai seramai 40 orang telah dibuang daerah ke Pulau Seychelles Utara Madagascar. Selepas 16 tahun, hanya Sultan Abdullah yg mendapat pengampunan Ratu Victoria dan dibenarkan pulang. Laks. Amin dan Ngah Ibrahim tidak dibenarkan pulang krn British bimbang dengan pengaruh mereka Mereka dipindahkan ke Sarawak dan terakhir ke Singapura.

Berikut diceritakan sedikit biografi sebahagian dari mereka yg terlibat dalam peristiwa penbunuhan Birch.

Sultan Abdullah
Sultan Perak ke-26 dengan gelaran Sultan Abdullah Mahmud Shah II. Menandatangani Perjanjian Pangkor bg mendapat tahkta sebelum menyedari beliau sebenarnya hanya menjadi boneka British. Beliau yg tidak berpuas ati dengan campur tgn dan kebiadapan Birch menitahkan Dato Maharaja lela mengetuai rancangan pembunuhan Birch. Baginda turut mempengerusikan mesyuarat gerakan sulit membunuh Birch di Kg Durian Sebatang pada 21 Jul 1875. 16 tahun hidup dalam buangan. Meninggal pada 1922 dan dikebumikan di Makan Diraja Bukit Chandan

Dato Maharaja Lela Pandak Lam
Seorang pembesar delapan Perak, berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yg berasal dari Daerah Lukut, Sulawesi. Salah seorang drpd 5 hulubalang Negeri Perak. Daeng dilantik sbg mufti Perak pada pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III dan diberi kuasa memancung sesiapa sahaja tanpa bicara. Beliau mengetuai gerakan sulit merancang pembunuhan Birch. Dibicarakan di Matang pada 14-22 Dec 1876 sebelum dihukum gantung pada 20 Jan 1877 di Taiping. Difahamkan British mengarahkan mayat beliau dikerat 3 dan ditanam berasingan di tebing Sg Perak.

Datuk Sagor (Sri Agar)
Gelaran penuh Datuk Sagor ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja yg dikurniakan sultan Perak ke 23 iaitu Sultan Jaafar. Nama beliau sebenar ialah Ngah Kamdin bin Radin lope, keturunan Bugis berdarjat Daeng. Salah seorang dari 5 hulubalang Negeri Perak iaitu Dato Maharaja Lela, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta dan Seri Adika Raja. Dilahirkan di Kampung Gajah dan berhijrah ke Larut utk mengusahakan bijih timah bersama anak saudaranya Ngah Ibrahim. Memerintah wilayah tebing Sg Perak dr Kg Gajah ke Pulau Tiga. Dalam istana, beliau bertanggungjawab menaal hal ehwal istana dan membina istana serta kapal-kapal sultan.Bersenjata sundang iaitu keris panjang yg sesuai digunakan untuk melibas. Kehadiran residen menyebabkan beliau kehilangan kuasa. Beliau menolak arahan British agar membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kg Gajah, mengibarkan bendera British dan membina balai di bukit tersebut. Terlibat dalam perancangan pembunuhan Birch dan kemudianya dihukum gantung bersama Dato Maharaja Lela.


Laksamana Mohamad Amin Alang Duakap

Pembesar Istana yg juga bapa mertua Ngah Ibrahim. Catatan British menceritakan Laks. Amin seorang yg bertubuh besar, telah memeluk, merampas keris dan kemudianya menikam Datuk Syahbandar yg mempunyai ilmu kebal. Pernah merancang utk membunuh Frank Swettenham di Bota. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles. Meninggal dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari, Singapura pada 1908 sblm jenazahnya disemadikan semula di Makam Diraja Bukit Chandan pada 2006. Namanya diabadikan pada kapal perang Malaysia F136 KD Laksmana Mohamad Amin yg dibina di Breda, Mestre, Itali pada 22 Mac 1982.

Ngah Ibrahim
Nama penuhnya ialah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar yg juga digelar Menteri Larut. Mewarisi kuasa untuk membangunkan daerah Larut Matang dr bapanya Long Jaafar. Membangunkan sebuah kota sbg pusat pentadbiran dan menggaji Kapten Speedy sbg pengurus. Beliau kehilangan hak memungut cukai dari pelombongan biji timah selepas kehadiran residen British. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles. Meninggal dan dikebumikan di Makam Aljunied Jln Kubor, Singapura. (P/s: Artikel Ngah Ibrahim akan didetailkan dlm post seterusnya)


Ngah Jabor
Nama sebenarnya Mohammad Jabar bin Bardot. Merupakan org kanan Dato Maharaja Lela. Beliau berusia 17 tahun ketika terlibat dalam pembunuhan Birch di Pasir Salak dengan merejam rumah mandi Birch dengan lembing. Beliau terlepas dari sebarang hukuman berat walaupun mengaku membunuh Birch krn hakim mahkamah ketika itu ialah Raja Idris. Raja Idris adalah saudara susuan beliau apabila keluarga Diraja menyerahkan Raja Idris utk disusui ibu Ngah Jabor iaitu Unda Punta. Raja Idris yg menjadi Sultan Perak ke-28 diceritakan bertindak melepaskan Ngah Jabor secara senyap2. Beliau kemudianya menghilangkan diri selama 10 tahun. Dipercayai Kampung Jabor, Kemaman merupakan lokasi Ngah Jabor menyembunyikan diri dari British, menuntut ilmu dan bertapa. Tahun 1894, Ngah Jabor muncul semula di Perak dan menjadi watak penting dalam pembukaan Kampar. Beliau meneroka lombong bijih timah sebelum menjadi orang kaya terkenal di Lembah Kampar. Menggunakan nama Mohamed Jabar, Ngah Jabor suka mendekati alim ulama dan pemimpin agama dari seluruh nusantara. Beliau meninggal pada 1921 dan dikebumikan di Kg Gajah.

Habis membincangkan tokoh pejuang, mari kita review sedikit maklumat tentang penjajah JWW Birch ni. Nama penuhnya James Wheeler Woodford Birch dilahirkan pada 3 April 1826 di South England. Bapanya, Raverand JW Birch merupakan paderi All Saint di Hertford, England. Birch memulakan kerjaya sbg Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya Sri Lanka seawal usia 20 tahun. Beliau diangkat menjadi penasihat Sultan Perak pada 4 Nov 1874 seperti yg ditandatangani dlm Perjanjian Pangkor 20 Jan 1874. Beliau dibunuh pada 2 Nov 1875 ketika berusia 49 tahun dan dikebumikan berhampiran kubu British di Kg Pasir Pulai, 24 km dari P.Salak.

Terlalu banyak lagi cerita disebalik yg dipaparkan. Juz amiklah iktibar...kerana pangkat dan kuasa, ada yg sangup bersahabat dgn penjajah utk kekalkan kuasa tanpa sedar kafirun ini akan menguasai dan merampas semua hak2 kita kelak. Rampasan kuasa dikalangan sultan telah berlaku sejak abad ke 18 lg di Perak, so xheran rampasan kuasa kerajaan Perak turut berlaku di zaman moden ni melibatkan institusi yg sama dan entiti yahudi biru. Nauzubillah... Muslim today...jgn trtido lg. Bangkitlah menentang mereka yg menghina Islam dan tolak al-Quran wlpn mereka nmpak seagama gn kita, tapi hati dan niat mereka dh mcm org kafir sbb sngup bt apa saja demi mempertahankan Putrajaya...eh sori...demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Al-fatihah utk allayarham Si Puntum

___________________________________________

Rujukan:
1. Kunjungan penulis pada 23-Nov 2011
2. Buku Teks Sejarah KBSM
3. Website Sembangkuala
4. Wikipedia


Sedikit catatan kat sini. Dlm Metro hari ni ada kuar pasal rumah Dato Maharaja Lela yg ada berhmpiran Kompleks P.Salak ni. Upanya rumah usang yg nak roboh yg penulis post dlm post sblm ni adalah rumah beliau. Penulis xterkejut laporan akhbar kata langsung tiada usaha memulihara rumah ni yg spttnya benda warisan bersejarah. Jgn lupa kerajaan yg sama menghancurkan sejarah dan tanah rizab kretapi Kuala Sepetang, so xmustahil tiada usaha nak jaga rumah ni. Sedih lg penulis....huhu

Rumah Dato Maharaja Lela yg kini dijadikan tempat maksiat


Monday, December 5, 2011

Kompleks Sejarah Pasir Salak


Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina bagi memperingati perjuangan Dato Maharaja Lela menentang undang2 British dan juga merupakan lokasi pembunuhan Residen British yg pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch. Dibuka setiap hari kecuali Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha bermula jam 9.30 pg hingga 5 ptg. Tiket masuk dewasa berharga RM4 dan kanak2 RM2, anda boleh mengunjungi Terowong Sejarah, Galeri Keris, Rumah Kutai, tapak Birch dibunuh, Tugu Pahlawan Perak, Tugu Peringatan Inggeris, Tugu Lela Rentaka, menara pandang dan pentas belotah. Anda bleh bersiar2 menikmati pemandangan sungai perak yg pasti tidak mengecewakan kunjungan anda.

Pondok pengawal merangkap kaunter tiket

Rumah Kutai?

Ada jambatan kecil tebing sungai

Sampan lama

Menara Pandang dan wakaf.

Antara benda2 lain yg ada kt skitar kompleks ni. kih2. Ada kubur Si Puntum dan galeri sejarah. boleh lawati tgk2 n sdekah alfatihah. jika anda belok kiri ikut lorong tu anda jumpa perkmpungan kecil yg rumah mereka sgt historical binaanya. (P/s: Sedikit cerita pasal Si Puntum akan menyusul dlm artikel mendatang.)

Tanah Perkuburan Islam P.Salak (Gmbr blur)

Rumah Dato Maharaja Lela?

Galeri Sejarah

Akhir sekali jika anda masih berat hati untuk meninggalkan tempat ni, jgn kuatir krn ada resort yg dibangunkan betul2 di kwsn kompleks ni. Dari tmpt paking tu, belok ke kiri lorong kampung dan anda trus dlm 250 m. Kira sebelah mlm anda xde masalah nak ronda n hayati suasana pada waktu malam. if anda tgk kt website dia mmg cantik mcm 6-star chalet, tp jgn terkejut if anda tgk sendiri nnt.hu. Kunjungan penulis 3 minggu lepas tgk tempat ni mcm tak terurus, terbiar, dan seram...mybe krn tiada pengunjung. Tp binaan bangunan sgt unik n berseni. kolam pun ada n dibina betul2 tpi sungai Perak. Standard Chalet yang lengkap dgn balkoni ni berharga RM157 semalam + brekfast 2 org (musim cuti skolah dan hujung minggu)

Pasir Salak Resort

Chalet Standard. Hari biasa RM105 jer smlmn

______________________________________________________

Rujukan:
1. Catatan lawatan penulis pada 23-Nov 2011.
2. Website Perpustakaan Negara Malaysia-/sejarahmalaysia
3. Website Pasir Salak Chalet

Sunday, December 4, 2011

(VIDEO)" we will...as long as you promise to leave ours..."

Assalamualaikum..selamat hari ahad..hari ni aku nak up sikit video yang tersebar di FB ari ni..dari pg aku upload vc ni..tapi kol sebelas lebih tak jugak upload2..last2 aku buat semula..dah upload, malas pulak nak tulis..so tinggal lagi..ni baru nak bt entry..apa yang menarik tentang vc ni ialah perdebatan tentang pandangan masyarakat dunia tentang islam..dan ada seorang- aku tak sure dia orang paki ke, india ke, afganistan ke tapi yang penting dia islam...menjawab semua soalan 'duta-duta kecil' masyarakt dunia ini..sampai terdiam minat patrisia ( camne ejah tah..), aku pun terpaksa ulang banyak kali untuk dengar lelaki islam ni jawap apa sampai pompuan tu terdiam..upa2 upanya laki tu jawab .( WE WILL...AS LONG AS YOU PROMISE TO LEAVE OURS...". dia cakap tentang apa..tu kena tengok sendiri lah..tak syokkkkkkkk kalu aku cerita kan..hehe..



video

p/s: satu hari nanti..islam akan bangkit...semuanya bermula dari kita....

Friday, December 2, 2011

" handmade PIZZA"

hari tu aku ada buat pizza sendiri.just to share with u all sume.

PIZZA
Bahan Doh Pizza :
280 g tepung gandum
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
sepeket yis


Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.
Cara-cara membuat pizza :
1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.



p/s: selamat mencuba