RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, December 26, 2010

" tahniah kepada semua bakal ibu bapa muda....---aku jeles okey..! "

tadi aku on fb sekejap..tetiba baru aku perasan. kawan aku mase sekolah menengah yang baru kahwin ari tu dah ada berita gumbira. dorang nk dapat baby dah..seronok tengok orang happy kan..setakat ni dah dua orang kawan aku kawin tahun ni, dan nk dapat baby..umo same ngan aku..muda remaje lagi..wahh...aku sungguh jeles...bestkan kalau kita dah kawin dengan orang yang kita sayang, lepas tu dapat pulak rezeki baby..terasa sempurna hidup kita kan..mungkin bukan rezeki aku lagi nak kawin cepat2 ni..tanggungjawab banyak lagi ni..hurmmm...tak silap aku, sorang lagi kawan aku bertunang semalam kot..ke  hari ni aku tak ingt. dia ade jemput..tapi tak dapat datang sebab jauh nuhhhhh kat kuale kangsar tu...tunggu ko kwin jelah ek mek...hehe..aku bila lagi?? ohh tidakkk...saya sangat cemburu... (*~*)

Saturday, December 25, 2010

" sabtu adalah hari yang di tunggu..."

hari ni sabtu, hari cuti..minggu ni aku balik lagi ke rumah..bukan homesick ehh..sebab aku ingat na uruskan penukaran status ptptn yang ujrah tu..sebab aku ingat nk start bayar tahun depan...ala..rm 50 sebulan pon jadik le kan..janji bayor..kang bertangguh makin banyak pulak bunga - bunga cinta dia tumbuh bagai cendawan lepas hujan..hehe..sejak kerja ni seminggu sekali baru aku dapat update blog..sedih kan..huhu..aku pon sekarang dlm proses nk sesuaikan diri lagi dengan suasana baru..ni 1st time aku duduk umah sewa..sebelum ni memang semua hostel je...tu lain sikit kan..housmate aku pulak kuat makan..asal malam je jemput..asal malam je magi..adooiiii...duduk rumah sewa bleh buat aku gemuk...tak boleh jadik ni..kena banyak bersenam ni..hehe..sekarang ni akulah yang kena drive dari rumah ke tempat kerja, dari tempat kerja ke rumah..sebab housmate aku yg selalu drive tu dah berhenti sambung belajar...aku dahlah tak cekap lagi drive..nasib dekat je..asal nk start kereta mesti dah mula berdebar...dahlah parking pon agak2 mcm nak fail tapi ok lagi..huhu..aku harap dalam masa sebulan ni bolehlah aku cekap drive..kira takde dah takut2 or teragak2 ke ape kan..bgantuk pulak..mlm tadi tido lambt tgk citer korea + gayut kat tepon...nk makan dulu ke tido? ke tido dulu baru makan? hehe..

Monday, December 20, 2010

" Selera luar biasa Putera Harry "

LONDON: Pendedahan seorang pengasuh budak mengenai hubungan Putera Harry dengan janda 13 tahun lebih tua daripadanya beberapa tahun lalu meletakkan keluarga diraja Britain itu di bawah perhatian ramai sekali lagi.
Dikhabarkan, Harry, 26, menghantar pemandu dan limosin eksklusif menjemput Catherine Davies untuk bertemu di tempat sulit.

Pengasuh itu, Monica Herrero, 24, berkata Harry menjalin hubungan dengan Catherine empat tahun lalu.
Katanya, Catherine - berusia 34 tahun ketika itu - bertemu Harry beberapa kali dan dia bertugas menjaga dua anak wanita terbabit. “Pada satu ketika, mereka bertemu dua kali seminggu,” katanya.

Kata Monica, walaupun Catherine majikannya, wanita itu selalu bercerita mengenai pengalamannya bersama Harry selepas sesuatu pertemuan.

Malah, katanya, Catherine juga sering menunjukkan mesej pesanan ringkas dihantar Harry kepadanya.

“Pada satu ketika, Catherine mengaku Harry menciumnya dalam bilik mandi,” katanya.

Walaupun ketika berpacaran dengan Harry status Catherine adalah janda, dia kemudian berkahwin tetapi bercerai semula selepas muncul dalam siri realiti televisyen, Real Housewives of DC.
Catherine juga pernah menceritakan secara terbuka hubungannya dengan Harry.

Kata Catherine, anak raja itu memeluknya dengan erat dan menciumnya.

“Lidah saya kelu selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Istana Buckingham menafikan berita berkenaan dan menegaskan Harry tidak mempunyai pemandu peribadi yang boleh diarah pergi ke mana saja.

“Sebaliknya, Harry dibantu pemandu rasmi dan pengawal peribadi yang mengiringinya ke sesuatu tempat,” katanya kenyataan itu. - Agensi

Sunday, December 19, 2010

" rungkai misteri tentang Hanis Zalikha Zainal "

SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.
Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).


Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.

Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

“Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.


>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

credit: metro ahad.

Saturday, December 18, 2010

" esok sabtu...cuti..yeye,,,"

esok sabru..cuti dah..hehe..rase mcm lame je minggu ni..baru 5 hari kerja dah rasa mcm 5 bulan je. sok pagi2 aku nak balik umah. sebenarnya aku bukan nak balik umah sangt pon. nanti ada yang ckp aku home sick..tp sebab semua roomate aku balik..aku takut aa nak duduk rumah ni sorang2..dahlah dua tingkat...so nak tak nak kenalah balik..lagi pun aku nak ambik baju kemeja n beg baru sampai. aku beli secara online ari tu. nanti aku cerita pengalam sikit2 pasal aku kerja kat sini. yang paling tak tahan tu pengalam hari ni aa..okeylah..nanti aku cerita lagi...nak tito...nanti jumpa kat umah ek..papai...

Wednesday, December 15, 2010

" kerja time....!!"

sekarang ni kat pejabat. tak ada kelas, so aku buat modul jelah. broadband dapat pulak kat dalam bangunan ni. semalam tak dapat. so tak yahlah aku susah2 nk online kat pc...hehe..laptop sendiri lagi sedap kan...hehe..tadi ak drive datang sini. semalam pun drive jugak. tapi mcm tak yakin je sebab aku kan memang tak cekap, tempat pulak sibuk, housmate aku pulak tak pandai bawak kereta. so pandai2lah aku kan..tapi hari ni housmate aku yg pandai bawak kereta tu ada..so dialah yang duduk sebelah tolong tengok..kena praktis bagi cekap ni..kalau si mira ( housmate pandai bawka kereta..) tu balik ke, tak de ke senang aku yang drive kan..kipas menghala ke arah ku membuatkan mataku berat semacam je..hoho..makan banyak masa tengah hari td kot..tp lapar lagi..bila banyak guna otak untuk buat modul ni..perut cepat je lapo..tp aku ada bawak roti..boleh makan..hoho..dah2 kerja..nanti boss marah pulak..korang semua...!! kerja..!! jangan curik tulang..nanti gaji kena potong..

" Whos Your Daddy?? "

A father puts his three year old daughter to bed, told her a story and listened to her prayers which she ended by saying

"God bless Mommy, God bless daddy, God bless grandma and good-bye grandpa."

The father asked, "Why did you say good-bye grandpa?"

The little girl said, "I don't know daddy, it just seemed like the thing to do."

The next day grandpa died.



The father thought it was a strange coincidence.

A few months later the father put the girl to bed and listened to her prayers, which went like this:

"God bless Mommy, God Bless daddy and good-bye grandma."


The next day the grandmother died.


Oh my god, thought the father, this kid is in contact with the other side.

Several weeks later when the girl was going to bed the dad heard her say,

"God bless Mommy and good-bye daddy."

He practically went into shock.



He couldn't sleep all night and got up at the crack of dawn to go to his office.

He was nervous as a cat all day, had lunch sent in and watched the clock.

He figured if he could get by until midnight he would be okay.

He felt safe in the office, so instead of going home at the end of the day he stayed there, looking at his watch and jumping at every sound.

Finally midnight arrived; he breathed a sigh of relief and went home.


When he got home his wife said "I've never seen you work so late, what's the matter?"

He said "I don't want to talk about it, I've just spent the worst day of my life."

She said "You think you had a bad day, you'll never believe what happened HERE.


He asked "What"??????















She said "This morning ... our neighbour James died."

p/s: ths entri is auto post.